FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Saturday, September 7, 2013

new life as degree student

BISMILLAH
ALHAMDULILLAH A'LA KULLI HAL

Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku meneruskan pengajianku
Sungguh, ilmu Allah itu seluas lautan
walaupun kita tak dapat apa yang kita rancang
tapi hakikatnya Allah dah lama merancang apa yang kita perlu

"....boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

[2:216]

Alhamdulillah
bermain dengan ayat Allah itu hakikatnya dapat menenangkan jiwa
menghilangkan segala keresahan dan ketakutan
memang kita tidak akan tahu perkara yang berada di depan
maka pergantungan kepada Allah jualah yang terus dan sentiasa menguatkan kita

duhai diri
ingatlah inilah wasilah yang ditentukan Allah untuk dikau lalui bagi mencapai redaNya

"Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan (wasilah) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya agar kamu beruntung"

[5:35]

maka di sinilah wasilahku diteruskan
uitm shah alam
ijazah sarjana muda sains (kepujian) teknologi bio-komposit

ALHAMDULILLAH sekali lagi
selesai sudah mds selama seminggu
minggu yang sangat awesome walau kepenatan
minggu yang dipenuhi dengan amanat dan tarbiyah

kata seorang kakak
"tahniah kerana anda dipilih untuk melepasi tapisan Allah untuk datang ke surau"
dan pesan seorang murabbi lagi semenjak di bangku persekolahan
"manusia adalah anak kepada suasana, jika baik suasana maka baiklah manusia tersebut"
maka dengan sendirinya saya berpesan kepada hati
"carilah jemaah yang baik, wujudkan suasana yang baik kerana
tidak ada sesiapa pun yang mampu memaksa saya mencari kebaikan melainkan diri saya sendiri yang hanya sentiasa berada dalam pemerhatian Allah"
pesan seorang murabbi yang lain pula
"ke mana awak pergi, junjunglah Islam insyaAllah awak akan selamat"
daripada pesanan itu, saya yakin untuk menjaga diri, dan tidak perlu khuatir dengan culture shock 

"Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanmu dan Tuhanku, dan tidak ada satu pun  makhluk bergerak yang bernyawa melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya(menguasainya)..."
[11:56]

tiada seorang pelajar pun yang mahukan kegagalan
semuanya ingin berjaya
dan dengan izin Allah saya akan menggunakan segala nikmat yang dipinjamkan untuk mencari keredaanNya melalui pencapaian yang memuaskan..aminn
rasanya diri ini sudah tidak senggup menghampakan harapan yang ingin melihat saya berjaya
man jadda wajada
jom jihad kerana Allah
tajdid niat muhasabah diri

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran kepadamu dalam beragama..."
[22:78]

selebihnya saya meletakkan seluruh kehidupan saya kepada Ilahi

"Dan milik Allahlah apa yang ada di langit dan di bumi dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan"
[3:109]

barakallahhu lakum wabaraka alaykum

Saturday, August 24, 2013

be positive


RAWATAN KENDIRI KETIKA DEMAM

ASSALAMUALAIKUM SEMUA ^_^
semoga ceria sentiasa

bersyukurlah jika kita antara insan yang sedang menikmati kesihatan yang baik
sesungguhnya nikmat sihat itu jarang sekali disyukuri
apabila jatuh sakit barulah kita sedar betapa seronoknya berada dalam keadaan sihat walafiat itu

cuaca musim ini menjadi panas yang luar biasa
hal ini kerana pemanasan global yang melampau
ramai antara kita yang jatuh sakit
pendek kata lebih baik tinggal diam di dalam rumah jika tiada kepentingan di luar
ataupun sebaiknya keluar sahaja pada waktu malam

mungkin ramai yang demam
jangan mengeluh
sakit itu penghapus dosa
banyakkan beristighfar ketika sakit
mudah-mudahan Allah memberi kesabaran untuk menanggung kesakitan tersebut

baiklah
berikut merupakan beberapa nasihat jika saudara/saudari diserang demam

1. makan ubat
ubat adalah penawar kepada penyakit dan menjadi asbab penyembuh dengan izin Allah
seeloknya pesakit tidak melengah-lengahkan waktu untuk mengkonsumsi ubatan
makanlah panadol atau paracetamol
jangan lupa baca basmalah dan berharap agar ubat tersebut dapat menyembuhkan

2. pura-pura gagah dan katakan aku tidak demam (hehe)
iya tips ini juga penting sebagai motivasi kepada diri sendiri
jangan lemahkan diri anda sebaliknya berlaku gagah

3. solat pada waktunya
jangan jadikan demam atau penyakit sebagai alasan untuk meninggalkan solat
sebaliknya solatlah dan berdoalah untuk beroleh kesembuhan
kadang-kadang tubuh kita akan menjadi lebih baik selepas solat
gunakanlah rukhsah yang dianjurkan dalam Islam

4. jaga makan
makan itu penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan badan
apatah lagi bagi membantu sistem badan membina pertahanan imunisasi yang kental melawan penyakit
kebanyakan orang akan hilang selera apabila demam
disarankan untuk menjamah kurma walau hanya sebiji kerana khasiat kurma yang sama seperti sepinggan nasi, malah khasiat kurma juga lebih cepat diserap oleh sistem badan
jika tidak suka akan kurma, disarankan agar tetap mengkonsumsi nasi walaupun hanya sesuap dua
ataupun makan sahaja bubur nasi
hal ini penting terutamnya bagi mereka yang menghidap gastrik
dikhuatiri terpaksa menanggung derita sakit perut dan sebagainya

5. basuh muka dengan air suam
air akan menjadi musuh sejati bagi mereka yang demam
sedangkan ingin mengangkat wuduk pun kita akan menggeletar kesejukan
basuhlah muka dengan air suam supaya kita mendapat kesegaran yang optima

6. tuam kepala dengan cool fever atau air asam gelugor atau air daun durian selat
dengan melakukan perkara ini dapat mengurangkan kepanasan suhu badan

7. pakai baju sejuk sehingga berpeluh
baluti tubuh anda dengan sesuatu yang dapat menghasilkan peluh supaya demam anda cepat kebah

sekian... :)

Saturday, August 17, 2013

ledakan perasaan saudara seIslam

LAKNAT ke atas kalian musuh-musuh Islam
berani kalian memperlakukan saudara-saudara kami lebih teruk dari binatang
kalian menumpahkan darah suci para syuhada' kami
kalian melakukan kerosakan di bumi Tuhan kami
kalian mengalirkan air mata saudara kami yang tidak berdosa

jika kalian menyangka kalian telah menang
nescaya kamilah yang akan mentertawakan kalian kerana kami punya Allah
ISLAM pasti akan menang
hati-hati umat Islam sentiasa bersatu
dan Tuhan kami pasti menghantar tentera terhebat untuk menghancurkan kalian

SAUDARA-SAUDARA SEISLAMKU
teruskanlah berdoa untuk kesejahteraan bumi anbiya
bumi yang banyak meninggalkan sejarah para nabi dan Rasul

YA ALLAH
TUHAN YANG BERKUASA ATAS APA SAHAJA
BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA ISLAM
HANCURKANLAH MUSUH ISLAM
DAN HIDUPKANLAH PARA SYUHADA' DI SISIMU
SEMARAKKANLAH SEMANGAT JIHAD KAMI
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA BERKUASA
TEGAKKANLAH ISLAM DI MUKA BUMIMU
DAN AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI


lahawlawala quwataillabillah
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR

Friday, August 16, 2013

UMI ABAH, I LOVE YOU!


Subhanallah! Mengikuti putaran bulan, bumi dan matahari tanpa disedari telah mengubahku menjadi seorang gadis yang dewasa. Terasa baru sahaja tangan lembut umi membuaiku diikuti dengan alunan zikrullah yang masih terngiang-ngiang di telingaku. Kalau dulu aku rendah, sekarang aku sudah sedikit tinggi. Kalau dulu aku si kanak kecil tetapi sekarang aku sudah menjadi gadis. Kalau dahulu aku sering meminta-minta mahukan itu dan ini tetapi sekarang aku sibuk memikirkan barangan yang sesuai dihadiahkan kepada umi dah abahku. Allahhuakbar! Maha suci Tuhanku yang menjadikan!
Umi. Seorang insan yang telah melahirkanku. Melahirkanku dalam agama fitrah lantas menyemaiku dengan nilai-nilai Islam. Senyumannya mampu menenangkah hati yang gundah dan resah. Suaranya saja mampu mendamaikan. Garangnya bertempat walaupun aku sering merajuk memendam rasa dengan garangnya seorang umi. Ya aku anak manja. Kuat merajuk. Cepat menangis. Ingin dimanja dan ingin dibelai. Ingin di’princess’kan. Tetapi lain pula pada hari ini. Jika dulu aku kuat merajuk, tetapi hari ini aku sibuk memikirkan sifat keanak-anakanku yang pasti telah banyak menyusahkan umiku. Sudahlah sakitnya tidak terkira dan tidak mampu aku gambarkan semasa melahirkanku, ditambah pula dengan melayan kerenahku yang dipenuhi dengan 1001 ranjau. MasyaAllah, sabarnya umi. Hebatnya umi. Aku juga ingin menjadi seperti umi, seorang wanita yang tidak mengenal erti putus asa. Umi permata hatiku. Umi yang sentiasa teguh dengan pendiriannya “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih”.
Abah. Aku bangga menjadi puterinya. Aku bangga. Abah banggakah engkau melihat puterimu yang sedang menuju dunia dewasa ini? Banggakah abah atau abah kecewa atas segala kekuranganku? Abah juga hebat. Dia sentiasa berdiri di belakangk dan tidak pernah membiarkan aku tersungkur. Abah pahlawanku dan abah sentiasa nampak gah di hadapanku walaupun abah sendiri memiliki kekurangan yang tersendiri. Lumrah manusia yang tiada sempurna. Abah yang mendidikku menjadi seorang wanita solehah tanpa aku sedari. Hebatnya abah sehinggakan di saat usia remajaku aku tidak pernah sekali pun mendengar abah menegur cara berpakaianku. Sangkaku abah tidak pernah kisah akan cara aku berpakaian tetapi tanpa aku sedari abah yang telah mendidikku agar menutup aurat semenjak aku belum baligh. Aku bangga menjadi anak didikan abah. Pakaianku yang sudah mampir ke status sempurna tertutup membuatkan mulut abah terkunci untuk menegur sebaliknya hanya mengukir senyum. Terima kasih abah!



CEMBURU POSITIF



Sungguh. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri berusaha mengubahnya. Satu perkataan penting di sini iaitu usaha.
Jatuh. Siapa yang tak pernah jatuh? Sama ada jatuh dalam belajar bertatih mahupun jatuh dalam kehidupan. Setiap daripada kita pasti pernah jatuh dan pasti akan jatuh. Teringat adik-adik kecil yang belajar bertatih. Suka aku perhatikan mereka berusaha berjalan kerana berjalan itu sememangnya aktiviti “mesti” manusia. Mula-mula hanya dengan bergantung untuk berdiri pada ibu atau bapa mereka, kemudian bergantung sambil melangkah perlahan-lahan pada kerusi, meja, dinding dan sebagainya. Mereka jatuh kemudian bangkit lagi meneruskan langkah. Akhirnya dengan dorongan ibu bapa mereka, mereka mampu berjalan gagah. Indah. Indah sekali memikirkan telatah mereka yang setiap daripada kita pernah lalui semasa kecil dahulu.
Kehidupan seterusnya diteruskan. Daripada bayi menjadi kanak-kanak kecil yang riang dan ceria, kemudian menjadi remaja sebelum usia menjengah dewasa. Dalam kehidupan ini, tiada jalan yang sentiasa lurus. Semuanya penuh liku dan onak duri. Halangan dalam kehidupan mematangkan, namun mengelak daripada duri kehidupan tidak akan memberi makna pada erti bahagia. Masakan kita tahu apakah itu gembira tanpa merasa sedih? Aku cemburu. Cemburu kepada mereka yang berjaya meniti jalan yang berduri. Cemburu kepada mereka yang sentiasa berjaya. Cemburu kepada mereka yang sentiasa tampak bahagia. Dalam erti kata lain, aku cemburu kepada mereka yang memiliki segala-galanya- iman, taqwa, harta, anak soleh-solehah, keluarga bahagia, ilmu dan kebesaran jiwa berserta kemuliaan akhlak.
Cemburuku positif. Biarlah aku cemburu. Asal aku dapat pastikan cemburuku bersifat positif. Kadangkala aku cemburu pada kesenangan orang lain tanpa mengetahui kesusahan yang mereka hadapi. Aku cemburu pada kejayaan orang lain tanpa mengetahui bayaran usaha yang telah ditunaikan. Cemburuku hanya pada kesenangan fizikal semata-mata tanpa mengkaji kesusahan yang tersembunyi. Biarlah cemburu ini bersifat positif. Teruskan cemburu. Semoga cemburu positif ini menjadi pemangkin kejayaan dunia akhirat.
Dari satu aspek, aku sebenarnya sangat cemburu melihat kejayaan rakan-rakan di saat jatuh ini. Mereka belajar sama naiknya dengan diriku tetapi mereka sentiasa lebih daripadaku. Sesungguhnya Allah melebihkan sebahagian manusia atas sebahagian yang lain untuk menguji hambanya. Sedih mengatakan aku bukanlah seorang yang “gifted” dan aku perlu berusaha keras untuk mendapatkan sesuatu khususnya dari sudut akademik. Subhanallah. Aku sebenarnya sedang diuji dari sudut ini. Ya akulah insan yang sering jatuh berkali-kali dalam tempoh 18 tahun kehidupan ini. Bayangkan hanya usia sementah ini aku telah jatuh berkali-kali, apakah kejatuhan yang akan datang mungkin bertimpa-timpa? Nauzubillah. Minta dijauhkan. Biarlah aku diuji.
“adakah kamu menyangka kamu sudah beriman sedangkan kamu masih belum diuji”
Akhir kalam, biarlah kita jatuh berkali-kali asalkan tidak pernah takut untuk bangkit kembali- mengimbau kenangan belajar bertatih!



Monday, April 1, 2013

DEFINISI CINTAKU


Allah ajarkan aku erti cinta. Sahabat nyatakanlah kepadaku apakah makna cinta. Apakah nilai cinta di matamu? Adakah ia seperti barang-barang yang boleh dijual beli ataupun hanya seperti khazanah yang perlu disimpan kejap di dalam peti besi supaya tidak ada sesiapa pun yang dapat merampasnyadarimu? Indahkah cinta atau sakitkah? Bagaimanakah rasa bahagia dilamun cinta? Ahhhh aku ingin tahu sekali kerana aku belum pernah merasai cinta yang membuatkan diri sang pencinta seperti dilambung tinggi di awan-awangan.
Tuhan ajarkan aku erti cinta.  Cintaku hanya satu. Cinta pada Ilahi, cintakan Rasul dan agamaku yakni Islam. Ya hanya belajar mencintai tiga subjek utama di atas sudah cukup mengajarku erti cinta. Rasa sakit dan gembira mencintai Ilahi memuatkan aku dewasa dalam menjalani kehidupan. Kerana Dialah cinta pertama dan utamaku. Tiada yang lain dan aku tidak akan pernah menduakannya. Dia hanya satu. Ya Wahid, ajarkan aku erti cinta seorang hamba kepada penciptanya . aku cukup gembira “bercinta”. Cukup gembira! Setiap hari, pasti aku bersujud sebanyak  34 kali, di dalam sujud-sujudku dipenuhi dengan keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cukup untuk aku melepaskan rinduku kepada kekasihku. Setiap hari yang tanpa keuzuran aku membaca ayat-ayat cinta yang penuh romantis dari kekasihku. Sujud-sujud dan ayat-ayat cinta tersebutlah  yang sering mengtarbiah diriku supaya sentiasa dekat, dekat dan lebih dekat. Kadangkala Dia menguji cintaku kepadanya sehinggakan hatiku pernah berasa goyang. Debaran cintaku seperti sudah tidak wujud. Hatiku seperti mati dan beku. Namun perasaan inilah yang membuatkan dadaku semakin sesak dan sentiasa terasa ingin kembali kepadanya malah terasa mahu menjadi lebih dekat daripada yang sebelumnya. Subhanallah! Indahnya cintaku dan aku yakin insan-insan lain juga sedang hanyut dibuai cinta dengan Pencipta andai mereka memahami erti cinta yang sebenar. Erti cinta yang hakikatnya tidak pernah menghanyutkan tetapi hakikatnya sentiasa membimbing dan mentarbiah.
Allah, aku hamba yang lemah.  Namun di sebalik kelemahanku Engkau gantikan pula dengan kelebihan yang jarang sekali aku syukuri.
Allah. Aku hamba-Mu yang lemah. Namun aku sering mengharapkan agar Engkau sentiasa memandangku dengan cintaMu yang pasti membahagiakanku.

Sunday, January 27, 2013

BERPALING DARI PENDIRIAN ?



Dalam meniti usia dewasaku
Aku mempelajari banyak hal
Semuanya untuk membentuk sebuah kesempurnaan dalam kehidupan
Meskipun hakikat seorang insan itu tiada yang sempurna

Dan dalam mempelajari sesuatu untuk membina kehidupan yang lebih baik dari hari ke hari
Aku menyedari banyak kelemahan diriku
Sampai terkadang aku merasakan
Aku sangat tidak layak untuk menerima layanan sebegini indah seperti yang seang aku kecapi detik ini
Aku terlalu khilaf
Ada ketika aku gagal berlaku jujur
Sedangkan dalam Islam sendiri melarang pengikutnya untuk menipu
Tetapi aku kadang kala menipu juga
Bak kata orang tipu sunat
Walhal tiada istilah tipu sunat
Ahhhh, itu salah satu khilafku
Bukankah Allah sendiri yang akan menutup aib hambaNya?
Aibkah itu?
Aku masih tidak mengerti
Sehinggakan aku merasakan dalam aku mencari nilai-nilai kehidupan
Aku semakin sesat dan terpancing oleh umpan kesenangan
Ah aku benci kejahilan
dan yang lebih aku bencikan
pengetahuan yang tidak dapat aku sempurnakan dalam norma kehidupan


Allah maafkan aku untuk itu
Sesungguhnya aku insan biasa
Sepatutnyalah Engkau mengujiku dan aku berharap aku mampu mengatasi setiap ujian itu dengan berpaksikan kesempurnaan namaMu
bertunjangkan iman
aku lemah
tuntuniku Ya RABB
aku benci kekhilafanku
benci setiap kesalahan yang aku lakukan dengan sedar mahupun tidak

:'(

Tiap air mataku mengalir
Allah...
Aku lemah dan tak bererti
Tiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi


Hidupkah aku hari ini?
Bagaimana dengan esok?
Hidupkah aku dengan hati yang segar mensyukuri nikmatMu?
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

APA KHABAR IMANKU?
SIHATKAH?
SAKITKAH?
DAHAGAKAH ENGKAU DENGAN MAKANAN ROHANI?
....