FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Monday, April 1, 2013

DEFINISI CINTAKU


Allah ajarkan aku erti cinta. Sahabat nyatakanlah kepadaku apakah makna cinta. Apakah nilai cinta di matamu? Adakah ia seperti barang-barang yang boleh dijual beli ataupun hanya seperti khazanah yang perlu disimpan kejap di dalam peti besi supaya tidak ada sesiapa pun yang dapat merampasnyadarimu? Indahkah cinta atau sakitkah? Bagaimanakah rasa bahagia dilamun cinta? Ahhhh aku ingin tahu sekali kerana aku belum pernah merasai cinta yang membuatkan diri sang pencinta seperti dilambung tinggi di awan-awangan.
Tuhan ajarkan aku erti cinta.  Cintaku hanya satu. Cinta pada Ilahi, cintakan Rasul dan agamaku yakni Islam. Ya hanya belajar mencintai tiga subjek utama di atas sudah cukup mengajarku erti cinta. Rasa sakit dan gembira mencintai Ilahi memuatkan aku dewasa dalam menjalani kehidupan. Kerana Dialah cinta pertama dan utamaku. Tiada yang lain dan aku tidak akan pernah menduakannya. Dia hanya satu. Ya Wahid, ajarkan aku erti cinta seorang hamba kepada penciptanya . aku cukup gembira “bercinta”. Cukup gembira! Setiap hari, pasti aku bersujud sebanyak  34 kali, di dalam sujud-sujudku dipenuhi dengan keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cukup untuk aku melepaskan rinduku kepada kekasihku. Setiap hari yang tanpa keuzuran aku membaca ayat-ayat cinta yang penuh romantis dari kekasihku. Sujud-sujud dan ayat-ayat cinta tersebutlah  yang sering mengtarbiah diriku supaya sentiasa dekat, dekat dan lebih dekat. Kadangkala Dia menguji cintaku kepadanya sehinggakan hatiku pernah berasa goyang. Debaran cintaku seperti sudah tidak wujud. Hatiku seperti mati dan beku. Namun perasaan inilah yang membuatkan dadaku semakin sesak dan sentiasa terasa ingin kembali kepadanya malah terasa mahu menjadi lebih dekat daripada yang sebelumnya. Subhanallah! Indahnya cintaku dan aku yakin insan-insan lain juga sedang hanyut dibuai cinta dengan Pencipta andai mereka memahami erti cinta yang sebenar. Erti cinta yang hakikatnya tidak pernah menghanyutkan tetapi hakikatnya sentiasa membimbing dan mentarbiah.
Allah, aku hamba yang lemah.  Namun di sebalik kelemahanku Engkau gantikan pula dengan kelebihan yang jarang sekali aku syukuri.
Allah. Aku hamba-Mu yang lemah. Namun aku sering mengharapkan agar Engkau sentiasa memandangku dengan cintaMu yang pasti membahagiakanku.

No comments: