FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Friday, August 16, 2013

UMI ABAH, I LOVE YOU!


Subhanallah! Mengikuti putaran bulan, bumi dan matahari tanpa disedari telah mengubahku menjadi seorang gadis yang dewasa. Terasa baru sahaja tangan lembut umi membuaiku diikuti dengan alunan zikrullah yang masih terngiang-ngiang di telingaku. Kalau dulu aku rendah, sekarang aku sudah sedikit tinggi. Kalau dulu aku si kanak kecil tetapi sekarang aku sudah menjadi gadis. Kalau dahulu aku sering meminta-minta mahukan itu dan ini tetapi sekarang aku sibuk memikirkan barangan yang sesuai dihadiahkan kepada umi dah abahku. Allahhuakbar! Maha suci Tuhanku yang menjadikan!
Umi. Seorang insan yang telah melahirkanku. Melahirkanku dalam agama fitrah lantas menyemaiku dengan nilai-nilai Islam. Senyumannya mampu menenangkah hati yang gundah dan resah. Suaranya saja mampu mendamaikan. Garangnya bertempat walaupun aku sering merajuk memendam rasa dengan garangnya seorang umi. Ya aku anak manja. Kuat merajuk. Cepat menangis. Ingin dimanja dan ingin dibelai. Ingin di’princess’kan. Tetapi lain pula pada hari ini. Jika dulu aku kuat merajuk, tetapi hari ini aku sibuk memikirkan sifat keanak-anakanku yang pasti telah banyak menyusahkan umiku. Sudahlah sakitnya tidak terkira dan tidak mampu aku gambarkan semasa melahirkanku, ditambah pula dengan melayan kerenahku yang dipenuhi dengan 1001 ranjau. MasyaAllah, sabarnya umi. Hebatnya umi. Aku juga ingin menjadi seperti umi, seorang wanita yang tidak mengenal erti putus asa. Umi permata hatiku. Umi yang sentiasa teguh dengan pendiriannya “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih”.
Abah. Aku bangga menjadi puterinya. Aku bangga. Abah banggakah engkau melihat puterimu yang sedang menuju dunia dewasa ini? Banggakah abah atau abah kecewa atas segala kekuranganku? Abah juga hebat. Dia sentiasa berdiri di belakangk dan tidak pernah membiarkan aku tersungkur. Abah pahlawanku dan abah sentiasa nampak gah di hadapanku walaupun abah sendiri memiliki kekurangan yang tersendiri. Lumrah manusia yang tiada sempurna. Abah yang mendidikku menjadi seorang wanita solehah tanpa aku sedari. Hebatnya abah sehinggakan di saat usia remajaku aku tidak pernah sekali pun mendengar abah menegur cara berpakaianku. Sangkaku abah tidak pernah kisah akan cara aku berpakaian tetapi tanpa aku sedari abah yang telah mendidikku agar menutup aurat semenjak aku belum baligh. Aku bangga menjadi anak didikan abah. Pakaianku yang sudah mampir ke status sempurna tertutup membuatkan mulut abah terkunci untuk menegur sebaliknya hanya mengukir senyum. Terima kasih abah!



No comments: