Bismillahirrahmanirrahim~ Dengan nama Nya ana memulakan penulisan ini.. Bukan untuk menghebahkan kehidupan ana..namun ana percaya,, sedikit sebanyak perlu ana kongsikan nukilan dari kehidupan pemberianNya..untuk manfaat kita bersama Semoga setiap huruf di hujung jemari ana diberkati Allah~ Salam ukhuwah<3
Saturday, August 24, 2013
RAWATAN KENDIRI KETIKA DEMAM
ASSALAMUALAIKUM SEMUA ^_^
semoga ceria sentiasa
bersyukurlah jika kita antara insan yang sedang menikmati kesihatan yang baik
sesungguhnya nikmat sihat itu jarang sekali disyukuri
apabila jatuh sakit barulah kita sedar betapa seronoknya berada dalam keadaan sihat walafiat itu
cuaca musim ini menjadi panas yang luar biasa
hal ini kerana pemanasan global yang melampau
ramai antara kita yang jatuh sakit
pendek kata lebih baik tinggal diam di dalam rumah jika tiada kepentingan di luar
ataupun sebaiknya keluar sahaja pada waktu malam
mungkin ramai yang demam
jangan mengeluh
sakit itu penghapus dosa
banyakkan beristighfar ketika sakit
mudah-mudahan Allah memberi kesabaran untuk menanggung kesakitan tersebut
baiklah
berikut merupakan beberapa nasihat jika saudara/saudari diserang demam
1. makan ubat
ubat adalah penawar kepada penyakit dan menjadi asbab penyembuh dengan izin Allah
seeloknya pesakit tidak melengah-lengahkan waktu untuk mengkonsumsi ubatan
makanlah panadol atau paracetamol
jangan lupa baca basmalah dan berharap agar ubat tersebut dapat menyembuhkan
2. pura-pura gagah dan katakan aku tidak demam (hehe)
iya tips ini juga penting sebagai motivasi kepada diri sendiri
jangan lemahkan diri anda sebaliknya berlaku gagah
3. solat pada waktunya
jangan jadikan demam atau penyakit sebagai alasan untuk meninggalkan solat
sebaliknya solatlah dan berdoalah untuk beroleh kesembuhan
kadang-kadang tubuh kita akan menjadi lebih baik selepas solat
gunakanlah rukhsah yang dianjurkan dalam Islam
4. jaga makan
makan itu penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan badan
apatah lagi bagi membantu sistem badan membina pertahanan imunisasi yang kental melawan penyakit
kebanyakan orang akan hilang selera apabila demam
disarankan untuk menjamah kurma walau hanya sebiji kerana khasiat kurma yang sama seperti sepinggan nasi, malah khasiat kurma juga lebih cepat diserap oleh sistem badan
jika tidak suka akan kurma, disarankan agar tetap mengkonsumsi nasi walaupun hanya sesuap dua
ataupun makan sahaja bubur nasi
hal ini penting terutamnya bagi mereka yang menghidap gastrik
dikhuatiri terpaksa menanggung derita sakit perut dan sebagainya
5. basuh muka dengan air suam
air akan menjadi musuh sejati bagi mereka yang demam
sedangkan ingin mengangkat wuduk pun kita akan menggeletar kesejukan
basuhlah muka dengan air suam supaya kita mendapat kesegaran yang optima
6. tuam kepala dengan cool fever atau air asam gelugor atau air daun durian selat
dengan melakukan perkara ini dapat mengurangkan kepanasan suhu badan
7. pakai baju sejuk sehingga berpeluh
baluti tubuh anda dengan sesuatu yang dapat menghasilkan peluh supaya demam anda cepat kebah
sekian... :)

Saturday, August 17, 2013
ledakan perasaan saudara seIslam
LAKNAT ke atas kalian musuh-musuh Islam
berani kalian memperlakukan saudara-saudara kami lebih teruk dari binatang
kalian menumpahkan darah suci para syuhada' kami
kalian melakukan kerosakan di bumi Tuhan kami
kalian mengalirkan air mata saudara kami yang tidak berdosa
jika kalian menyangka kalian telah menang
nescaya kamilah yang akan mentertawakan kalian kerana kami punya Allah
ISLAM pasti akan menang
hati-hati umat Islam sentiasa bersatu
dan Tuhan kami pasti menghantar tentera terhebat untuk menghancurkan kalian
SAUDARA-SAUDARA SEISLAMKU
teruskanlah berdoa untuk kesejahteraan bumi anbiya
bumi yang banyak meninggalkan sejarah para nabi dan Rasul
YA ALLAH
TUHAN YANG BERKUASA ATAS APA SAHAJA
BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA ISLAM
HANCURKANLAH MUSUH ISLAM
DAN HIDUPKANLAH PARA SYUHADA' DI SISIMU
SEMARAKKANLAH SEMANGAT JIHAD KAMI
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG MAHA BERKUASA
TEGAKKANLAH ISLAM DI MUKA BUMIMU
DAN AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI
lahawlawala quwataillabillah
ALLAHUAKBAR

Friday, August 16, 2013
UMI ABAH, I LOVE YOU!
Subhanallah! Mengikuti putaran bulan, bumi
dan matahari tanpa disedari telah mengubahku menjadi seorang gadis yang dewasa.
Terasa baru sahaja tangan lembut umi membuaiku diikuti dengan alunan zikrullah
yang masih terngiang-ngiang di telingaku. Kalau dulu aku rendah, sekarang aku
sudah sedikit tinggi. Kalau dulu aku si kanak kecil tetapi sekarang aku sudah
menjadi gadis. Kalau dahulu aku sering meminta-minta mahukan itu dan ini tetapi
sekarang aku sibuk memikirkan barangan yang sesuai dihadiahkan kepada umi dah
abahku. Allahhuakbar! Maha suci Tuhanku yang menjadikan!
Umi. Seorang insan yang telah melahirkanku.
Melahirkanku dalam agama fitrah lantas menyemaiku dengan nilai-nilai Islam.
Senyumannya mampu menenangkah hati yang gundah dan resah. Suaranya saja mampu
mendamaikan. Garangnya bertempat walaupun aku sering merajuk memendam rasa
dengan garangnya seorang umi. Ya aku anak manja. Kuat merajuk. Cepat menangis.
Ingin dimanja dan ingin dibelai. Ingin di’princess’kan. Tetapi lain pula pada
hari ini. Jika dulu aku kuat merajuk, tetapi hari ini aku sibuk memikirkan
sifat keanak-anakanku yang pasti telah banyak menyusahkan umiku. Sudahlah
sakitnya tidak terkira dan tidak mampu aku gambarkan semasa melahirkanku,
ditambah pula dengan melayan kerenahku yang dipenuhi dengan 1001 ranjau.
MasyaAllah, sabarnya umi. Hebatnya umi. Aku juga ingin menjadi seperti umi,
seorang wanita yang tidak mengenal erti putus asa. Umi permata hatiku. Umi yang
sentiasa teguh dengan pendiriannya “hendak seribu daya tidak hendak seribu
dalih”.
Abah. Aku bangga menjadi puterinya. Aku
bangga. Abah banggakah engkau melihat puterimu yang sedang menuju dunia dewasa
ini? Banggakah abah atau abah kecewa atas segala kekuranganku? Abah juga hebat.
Dia sentiasa berdiri di belakangk dan tidak pernah membiarkan aku tersungkur.
Abah pahlawanku dan abah sentiasa nampak gah di hadapanku walaupun abah sendiri
memiliki kekurangan yang tersendiri. Lumrah manusia yang tiada sempurna. Abah
yang mendidikku menjadi seorang wanita solehah tanpa aku sedari. Hebatnya abah
sehinggakan di saat usia remajaku aku tidak pernah sekali pun mendengar abah
menegur cara berpakaianku. Sangkaku abah tidak pernah kisah akan cara aku
berpakaian tetapi tanpa aku sedari abah yang telah mendidikku agar menutup
aurat semenjak aku belum baligh. Aku bangga menjadi anak didikan abah.
Pakaianku yang sudah mampir ke status sempurna tertutup membuatkan mulut abah
terkunci untuk menegur sebaliknya hanya mengukir senyum. Terima kasih abah!
CEMBURU POSITIF
Sungguh. Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri berusaha mengubahnya. Satu perkataan
penting di sini iaitu usaha.
Jatuh. Siapa yang tak pernah jatuh? Sama ada
jatuh dalam belajar bertatih mahupun jatuh dalam kehidupan. Setiap daripada
kita pasti pernah jatuh dan pasti akan jatuh. Teringat adik-adik kecil yang
belajar bertatih. Suka aku perhatikan mereka berusaha berjalan kerana berjalan
itu sememangnya aktiviti “mesti” manusia. Mula-mula hanya dengan bergantung
untuk berdiri pada ibu atau bapa mereka, kemudian bergantung sambil melangkah
perlahan-lahan pada kerusi, meja, dinding dan sebagainya. Mereka jatuh kemudian
bangkit lagi meneruskan langkah. Akhirnya dengan dorongan ibu bapa mereka,
mereka mampu berjalan gagah. Indah. Indah sekali memikirkan telatah mereka yang
setiap daripada kita pernah lalui semasa kecil dahulu.
Kehidupan seterusnya diteruskan. Daripada
bayi menjadi kanak-kanak kecil yang riang dan ceria, kemudian menjadi remaja
sebelum usia menjengah dewasa. Dalam kehidupan ini, tiada jalan yang sentiasa
lurus. Semuanya penuh liku dan onak duri. Halangan dalam kehidupan mematangkan,
namun mengelak daripada duri kehidupan tidak akan memberi makna pada erti
bahagia. Masakan kita tahu apakah itu gembira tanpa merasa sedih? Aku cemburu.
Cemburu kepada mereka yang berjaya meniti jalan yang berduri. Cemburu kepada
mereka yang sentiasa berjaya. Cemburu kepada mereka yang sentiasa tampak bahagia.
Dalam erti kata lain, aku cemburu kepada mereka yang memiliki segala-galanya-
iman, taqwa, harta, anak soleh-solehah, keluarga bahagia, ilmu dan kebesaran
jiwa berserta kemuliaan akhlak.
Cemburuku positif. Biarlah aku cemburu.
Asal aku dapat pastikan cemburuku bersifat positif. Kadangkala aku cemburu pada
kesenangan orang lain tanpa mengetahui kesusahan yang mereka hadapi. Aku
cemburu pada kejayaan orang lain tanpa mengetahui bayaran usaha yang telah
ditunaikan. Cemburuku hanya pada kesenangan fizikal semata-mata tanpa mengkaji
kesusahan yang tersembunyi. Biarlah cemburu ini bersifat positif. Teruskan
cemburu. Semoga cemburu positif ini menjadi pemangkin kejayaan dunia akhirat.
Dari satu aspek, aku sebenarnya sangat
cemburu melihat kejayaan rakan-rakan di saat jatuh ini. Mereka belajar sama
naiknya dengan diriku tetapi mereka sentiasa lebih daripadaku. Sesungguhnya
Allah melebihkan sebahagian manusia atas sebahagian yang lain untuk menguji
hambanya. Sedih mengatakan aku bukanlah seorang yang “gifted” dan aku perlu
berusaha keras untuk mendapatkan sesuatu khususnya dari sudut akademik.
Subhanallah. Aku sebenarnya sedang diuji dari sudut ini. Ya akulah insan yang
sering jatuh berkali-kali dalam tempoh 18 tahun kehidupan ini. Bayangkan hanya
usia sementah ini aku telah jatuh berkali-kali, apakah kejatuhan yang akan
datang mungkin bertimpa-timpa? Nauzubillah. Minta dijauhkan. Biarlah aku diuji.
“adakah kamu menyangka kamu sudah beriman
sedangkan kamu masih belum diuji”
Akhir kalam, biarlah kita jatuh berkali-kali
asalkan tidak pernah takut untuk bangkit kembali- mengimbau kenangan belajar
bertatih!
Subscribe to:
Comments (Atom)