FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Saturday, February 18, 2012

sinopsis - fi atieya

Bismillahirahmanirrahim..
Ya Allah, Engkau berkatilah penulisanku ini.. amin~
ya..inilah sinopsis kepada sebuah novel yang sedang saya usahakan semenjak dari tingkatan 4 lagi..
menyedari waktu yang sentiasa suntuk
saya menghitung tempoh masa yang diambil adalah agak lama
cadangnya mungkin waktu yang lama sementara menunggu result spm boleh memuaskan hati dengan menyiapkan air tangan pertama ini
tetapi nampaknya ia akan memakan masa bertahun-tahun lagi..
semoga tempoh tidaklah selama itu dengan usaha dan ilham yang didatangkan..
setakat ini beru sahaja sampai bab 7 tetapi insyaAllah akan disambung lagi sehingga kesudahannya.
maka dengan itu suka sekali saya kongsikan sinopsisnya di sini.. :)
sekian, wassalam ~


KERTAS KERJA PEMBIKINAN NOVEL SUTERA KASIH

Dicampurkan dengan tiga unsur
·         Islamik
·         Romantik
·         Komedi

SINOPSIS
Dhiya merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah yang cemerlang di Malaysia. Kehidupannya yang jarang dikelilingi lelaki membuatkan dia menjadi canggung setiap kali terpaksa berhadapan dengan mana-mana lelaki. Baginya, hanya dua sahaja lelaki yang penting dalam hidupnya iaitu abah dan adiknya. Di saat-saat genting peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju hidupnya, Dhiya dikejutkan dengan berita kematian abahnya. Satu demi satu bencana menimpanya sehingga dia menjadi putus asa untuk mengecapi kebahagian. Kehadiran guru sementara di saat gentingnya sedikit sebanyak memberi semangat kepadanya. Dengan kekuatan rohaninya, Dhiya meneruskan kehidupan sebagai insan biasa di luar alam persekolahan. Pelbagai pekerjaan yang dicubanya untuk menimba pengalaman sementara menanti keputusan peperiksaan. Mengetahui dirinya yang memegang status anak angkat membuatkan dirinya nekad untuk membawa diri. Siapa sangka, cubaan yang datang membawa hikmah yang cukup indah dari yang Maha Esa. Beberapa tahun mengubat hati di negara orang, Dhiya pulang ke bumi Malaysia untuk menabur bakti sebagai seorang peguam dan pakar motivasi. Pertemuan yang hanya dianggap kebetulan di negara matahari terbit itu ternyata adalah suratan takdir yang tercatat sejak di Luh Mahfuz lagi. Kehadiran Hafiz Daniel dalam fasa ketiga kehidupannya membuatkan dia terfikir mungkinkah benar kata-kata temannya Fara bahawa Hafiz Daniel merupakan jodohnya. Saat pintu hati mula terbuka untuk membina sebuah mahligai, Dhiya dikejutkan dengan satu lagi kejutan. Air matanya yang hampir kekeringan itu ternyata tumpah semula apabila menyedari status dirinya dan Daniel. Masih adakah ruang untuk Dhiya mengecap bahagia? Siapakah pula lelaki yang sentiasa memujuknya melalui mimpi di saat kesedihannya? Bagaimanakh Dhiya mengubat hatinya yang semakin dirundum kepiluan itu? Wujudkah keajaiban yang selalu dibaca di dalam kisah dongeng sewaktu kecil? Ya, dialah Fatihah Mardhiya yang hanya merupakan seorang wanita biasa tetapi betul-betul telah mengenal erti kehidupan sebenar.

1 comment:

Nur said...

now as i can't access my blog anymore, for the posts of 4-7 years back, i am laughing alone..

the best thing of having a blog is, you can trace your pattern of unmatured or for years before..

nd somehow, you will also never expect, "how come i can write this?" hahahuhuu