FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Sunday, February 26, 2012

PRINSIP HIDUP

BISMILLAH...
hari ini tiba-tiba dapat idea ni untuk dijadikan status fb

"didosakan atau dipahalakan?"
fikirkan itu sebelum anda bertindak :)
kemudian ada 1 komen
fatihah.mean???
kemudian saya jawab

sblm buat ape2, fikir dhl akibatnya di sisi Allah sama ada Dia memberikan kita blsn dosa ataupun gnjrn pahala.. jika dosa sebaiknya kita menjauhkan diri drpd melakukan perbuatan itu dgn apa cara sekalipun kerana dosa mengundang kemurkaanNya dan pahala mendekatkan kita kepadaNya :)

YA..SEDARI KECIL SAYA TERFIKIR-FIKIR APAKAH YANG SESUAI UNTUK DIJADIKAN PRINSIP HIDUP
Pada waktu itu saya baru belajar mengenai masa
orang kata MASA ITU EMAS
maka pada waktu itu saya sangat menghargai masa 
tetapi saya terfikir
disebabkan terlampau menghargai masa saya jadi terlampau mementingkan diri sendiri (SELLFISH)
sehingga menjadi malas untuk menemani teman-teman hatta ke tandas sekali pun*zaman kecik2 biasalah :)
kemudian saya jadi lengah dengan prinsip itu
sehinggalah saya semakin membesar dan memahami bahawa
ajaran Islam merupakan prinsip hidup yang paling sempurna untuk dituruti
dengan menjadikan Allah swt sebagai yang teratas di dalam hati melalui laluan keIKHLASan
namun sekali lagi saya terfikir
mengapakah aku sering tergoda?
antara iman dan nafsu
ingatkah lagi kalian bahawa bersama kita ini adanya qarin yang sentiasa berdampingan?
di samping malaikat di kiri dan kanan...
alangkah bahagianya saya jika dapat menimbulkan persoalan seperti di status itu sebelum melakukan apa-apa tindakan..
supaya saya sentiasa sedar perbuatan jahat yang bakal saya lakukan itu akan mendatangkan kemurkaanNya
manakala perbuatan yang baik pula dapat saya lakukan bersungguh-sungguh dengan ikhlas demi menggapai redhaNya..
mudah-mudahan~
apa-apa pun.. 
ISLAM tetap agama yang syumul yang perlu kita ikuti setiap ajaran yang terdapat di dalamnya
semoga percaturan hidup yang serba mencabar ini dirahmatiNya :) amin- 

No comments: