FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Thursday, December 23, 2010

bila keluarga tidak bahagia..siapa yang perlu dipersalahkan???


Assalamualaikum wth. kth semua..   :)

Hari ini saya ingin membawa tajuk kebahagiaan keluarga sebagai santapan hati semua..
Asas kebahagian itu sebenarnya datang drpd keluarga.. Sebelum kita berbahagia dengan kebahagian yg datang dalam hidup kita atas sebab pelbagai faktor seperti kejayaan dan sebagainya, kita terlebih dahulu akan cukup berbahagia dengan sebab berada dalam sebuah keluarga yang harmonis.. Persoalannya,, dari manakah institusi kekeluargaan yang harmoni ini terbentuk... Siapa yang perlu dipersalahkan sekiranya anak2 mula tidak menghormati ibu bapa,, atau bergaduh sesama sendiri??? ibukah? atau ayah?? atau mungkin abang, kakak,angah,achik,adik,, along atau ahli keluarga yang lain??? Sila jawab.. anda jawab..saya baca :D
asas sebuah keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan anak <3
Bagi saya.. ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab membentuk keluarga yang harmonis.. dan melalui institu si kekeluargaan itulah akan terbentuk insan rabbani yang akan menghidupkan bumi Allah ini sesuai dengan salah satu tanggungjawab manusia di muka bumi ini sebagai khalifah.... Mereka harus menyemaikan rasa kasih sayang dalam diri anak2 supaya mereka saling mencintai antara satu sama lain kerana Allah.. dan dari rasa cinta sesama sendiri itulah akan wujudnya kebahagian yang mana sebesar matahari sekalipun masalah yang datang tidak akan dapat menghancurkan kebahagian sesebuah keluarga tersebut..mungkin terlalu besar hiperbola yang saya berikan di sini tetapi itulah yang saya fikirkan apabila menerapkan kasih sayang dan kecintaan sebagai asasnya...


Kebanyakan ibu bapa akan gagal membentuk keluarga yang bahagia sekiranya mereka sebagai pasangan suami isteri  sendiri gagal mewujudkan persefahaman antara satu ama lain.. sementelah itu anak2 pula yang menjadi mangsa... Dalam meniti waktu2 untuk membesar, mereka memerlukan suasana yang cukup kondusif dan selesa untuk melalaui saat2 kritis mereka dalam kehidupan supaya akhirnya mereka sendiri menjadi individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang sama ada duniawi mahupun ukhrawi.. perlu ingat bahawa asas pendidikan juga bermula dari keluarga..di rumah dan bukanlah di sekolah.. ibu bapa yang memberi pendidkan awal kepada mereka sama ada mengenai keagamaan mahupun tatacara kehidupan.. Jadi teramatlah penting buat ibu bapa memahami antara satu sama lain terlebih dahulu agar dapat memberi tarbiah yang berkesan kepada anak-anak mereka.

ibu bapa yang mengalami masalah rumah tangga perlulah menyelesaikannya secara bijak dan amatlah tidak wajar sekiranya bertengkar di hadapan anak2.. Emosi mereka akan terganggu dengan masalah ibu bapa yang tiada berkesudahan..sebaiknya, berbincanglah dengan bija dan jangan biarkan masalah ini menembusi pengetahuan anak2.. Janganlah sekali2 memburukkan ibu atau ayah si anak.. bangkitkanlah kasih sayang antara ibu, bapa dan anak...

Cuba anda masuki situasi yang saya berikan ini yang mana ayahnya seorang yang tidak bertanggungjawab..sanggup membiarkan anak kelaparan tetapi isterinya cukup menyayangi anak2 dan sanggup berbuat apa sahaja untuk kebahagian anak2..sememangnya dalam pasangan ini tidak wujud persefahaman... pasangan suami isteri ini sentiasa bertengkar di hadapan ank2 tanpa segan silu... Siapa yang harus dipersalahkan.. si ayah tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik malah nafkah tiada diberi kepada si isteri.. si isteri pula sanggup bekerja lelah supaya anak2nya bahagia namun sentiasa memahari suaminya,,.. lama-kelamaan anak2 akan menjadi tertekan dengan situasi ini dan tidak mustahil anak2 akan berubah kelakuan kepada ibu bapa mereka..tiada perasaan hormat kepada mereka dan hilang rasa sayang kepada adik-beradik..mula tdak betah tinggal di rumah dan sebagainya.. tiadalah sy mahu bercakap panjang dan ini hanyalah pandangan saya sebagai anak remaja semata2.. maafkan saya atas segala kekurangan mahupun sebarang kekasaran.. semoga keluarga kita semua sentiasa dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan kasih sayang dalam hati masing2 supaya wujud kecintaan sesama kita... Janganlah menyalahkan sesiapa atas masalah yang menimpa tetapi tanyalah diri sendiri ats segala kekurangan....  PERBAIKI DIRI KE ARAH YANG LEBIH BAIK.. InsyaAllah~   semoga saya dan anda diberkati..amin.






p/s: salam sayang dari saya untuk semua insan yang saya sayangi..selepas ini saya akan meniggalkan laman coretan ini buat masa yang lama kerana kewajiban menuntut ilmu telah menyeru kembali..saya akan pulang ke sekolah yang jauh dari kampung halaman..semoga kalian mendoakan kejayaan saya.. amin~
sekalung penghargan buat semua yang sudi membaca tulisan ini dan seribu kemaafan atas segala kesilapan dalam penulisan saya selama ini baik dari emosi mahupun apa jua keadaan.. salam kemaafan juga buat kalian.. ^_^









saya dedikasikan ayat2 ini untuk anda :)






No comments: