Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sepanjang tempoh persekolahan tahun ini dapat saya hadapi dengan baik..Di sini, ingin saya berkongsi sedikit mengenai pengalaman saya sepanjang tempoh berada di salah sebuah sekolah tersohor di Kuala Terengganu sempena program akademik sekolah saya yang kedua buat tahun ini yang mana program akademik yang pertama telah berjaya diadakan di Melaka...
Pagi itu(sabtu, 5mac2011),saya berasa begitu segar dan bersemangat untuk memulakan perjalanan. Semua perkara telah disiapkan termasuklah mengambil naskhah-naskhah majmuan yang dipesan oleh ustazah. Akhirnya kami bertolak lebih kurang jam 7.00 pagi. Saya berasa sedih apabila mengetahui Cikgu Daliza, iaitu salah seorang guru Bahasa Melayu yang sepatutya menyertai rombongan tidak dapat ikut serta atas faktor kesihatan. Walaubagaimanapun, kehadiran Cikgu Rosli dan Cikgu Shamsul menceriakan saya. Saya seolah-olah belajar subjek Geografi bersama-sama kedua-dua guru tersebut yang tidak pernah jemu melayan kerenah kami.terima kasih cikgu..
berus gigi oi!!!
Sesampai di sana, kami dikehendaki menginap di asrama lama sekolah tersebut. 'Mood' saya walaubagaimanapun terkacau apabila saya menyedari bahawa saya tertinggal berus gigi...satu kepayahan yang sememangnya menguji emosi..saya terpaksa menggosok gigi menggunakan jari hampir dua hari dan satu perkara yang tidak akan saya lupakan...........satu hari iaitu pada hari kedua di kt,saya terserempak dengan pak cik buyung iaitu pemandu kepada pengetua sekolah saya..saya terpaksa meminta bantuannya untuk membelikan alatan tersebut.Namun, saya tidaklah terlalu berharap sebaliknya Pak Cik Buyung telah membelikan berus gigi tersebut.. Langsung diserahkan kepada kawan saya kerana beliau tidak menjumpai saya pada malam tersebut. Ada untungnya juga saya menghebahkan nasib malang saya ini kepada teman2..Pak Cik Buyung tidak meminta bayaran satu sen pun malahan terusan menghadiakan senyuman ikhlasnya walhal saya telah teramat segan pada waktu itu..
"Betul pak cik tak nak saya bayar?? Berapa harga berus gigi ni pak cik..mana boleh free je..."
"Tak pe tak payah bayar..pak cik belanja...kalau awak nak bayar sangat..ada RM100??"
Saya terdiam mengenangkan keikhlasannya.
ALAMAK
"Fatihah, nanti awak tolong bawakkan lap top ustazah ye..dengan LCD dan extension wire sekali"
"OK. ustazah..tapi kan,,rumah ustazah kat mane ye??"
"Rumah ustazah dekat rumah yang paling lawa sekali"
Teringat perbualanku dengan Ustazah Haniza yang meminta bantuanku untuk persedian kelas PAI pada malam itu....Aku meminta bantuan dua sahabat akrabku, Syafik dan Eliza untuk menemaniku..Sebenarnya kami masih belum mengenalpasti di manakah tempat penginapan ustazah, lantas kami menunggu ustazah selesai 'dinner' untuk mengetahui tempat penginapan mereka bagi memudahkan urusan kami pada malam itu. Apabila melihat kelibat ustazah, kami segera mendapatkan mereka. Ketika itu juga, guru-guru lelaki memasuki perkarangan asrama untuk ke dewan makan..Cikgu Rusli telah memintaku untuk memanggilkan seorang pelajar dan aku meminta Syafik memanggilnya atas alasan aku sedang berbual dengan ustazah...
Aku yang keseorangan pada waktu itu menemani ustazah pulang ke tempat penginapan mereka yang terletak di asrama baru... Pada waktu itu Eliza juga mengikuti Syafik untuk memanggil pelajar yang dicari Cikgu Rusli....
"Aduhai..aku sorang2 ke?!" Rungut hatiku lantaran menyedari aku akan pulang ke tempat penginapanku di asrama lama seorang diri.. Lantas aku teringat beberapa pasukan yang masih belum menamatkan latihan...Telahan hatiku benar apabila aku bertembung dengan satu kumpulan pelajar lelaki yang baru menamatkan sesi latihan mereka..Pandanganku tunduk..Resah, risau dan takut hadir dalam hatiku..Hanya Tuhan yang tahu...
"Assalamualaikum" sapa seorang daripada mereka.. Tiada nada bergurau mahupun niat jahat terkesan. Namun aku yang dalam ketakutan hanya mengabaikan mereka saat berselisih di jalanan.
"Assalamualaikum" tegur lelaki yang lain pula.. Hatiku kebingungan. Nadanya lebih tegas seolah-olah memaksaku menjawab salamnya. Aku langsung teringat akan kewajiban menjawab salam..
"Waalaikummussalam" jawabku dengan nada perlahan tetapi masih boleh didengari oleh telinga normal..
"Alhamdulillah" terdengar respon terbuka daripada suara-suara lain..aku hanya melepaskan keluhan lega lantas mempercepatkan langkahku memasuki pagar asrama lama... Hilang debar di hatiku..Alhamdulillah...
DERU ANGIN YANG TIDAK AKAN KU LUPA
"Eliza,,kita keluar awal jom pagi ni..nak pegi tepi pantai tu..hari ni dah nak balik" Ada rasa sayu bersarang di hati.
Aku, Syafik dan Eliza keluar awal pada hari itu seusai mengemas barang kami. Kami berjalan mengelilingi tract padang yang cantik terbina. Kami berhenti dan mengambil tempat di atas tembok yang betul2 menghadap ke pantai meskipun ombaknya tidak mampu mencapai penglihatan kami.. Angin dan deru ombak yang menghasilkan alunan ketanangan membasahi hati kami dengan seribu kenangan yang pasti terpahat saat kami berpisah kelak... Seperti biasa, kami memulakan rutin 'video klip' kami dengan menyanyikan nasyid kegemaran kami.. Seperti yang dijangka, hujan turun menitik ke bumi.. kebetulan pula aku baru menyelesaikan tugas sebagai pakar meteorologi yang melaporkan keadaan cuaca pada hari itu( berangan )..
Aku mempercepatkan langkah kerana takut basah ditimpa hujan, menuju ke kawasan asarama.. Ada detik risau di hatiku memandangkan kami akan berjalan jauh pada hari itu.. Namun, dengan bekas ketenangan pantai yang terkesan, Syafik dan Eliza berjalan dengan bahagianya sedangkan aku mula berlari-lari anak...
KENANGAN INI PASTIKU ABADIKAN
Ruang ini aku khususkan khas buat sahabatku yang tercinta...
NUR SYAFIKAH AHMAD <3 <3 <3 NUR AMIRA ELIZA HANIS A.RAHIM <3 <3 <3
Syafik, Eliza...
di mana lagi dapat kucari teman sebaik kalian
betapa banyak kenangan yang pasti menggamit hati ini saat kita melangkah sendiri seusai keluar dari bumi Tun Fatimah kelak...
terima kasih kerana sudi menemaniku saat aku tertawa apatah lagi berduka
kalian betul2 teman yang memahami
walaupun dengan lagak bersahaja dan gaya sempoi kalian
pasti aku simpan kenangan kita di Taman Tamadun Islam, Pasar Payang dan Pantai Batu Buruk
juga kenangan kita bersama di Endau Rompin
Biarpun tidak dirakam dalam kamera
tetapi memori minda ini lebih mahal daripada cip kamera buatan manusia itu...
Pasti saat kita ber'video klip' itu
akan menjadi aset termahal memori kalbu
ketenangan air di bawah jeti Taman Tamadun Islam
menjadi saksi keutuhan persahabatan kita
Kenangan melarikan diri drpd Ustaz Ruzaiza
telah terpatri rapat di lubuk jiwa
rasa sedih mengenangkan perasaan bersalah pada beliau
maafkan kami atau lebih tepat SAYA ustaz
Tidak terbayang rasanya untuk menjalani kehidupan di luar pagar Desa Tun
Menjauh dan makin meninggalkan jarak fizikal dari jasad kalian
Berjanjilah sahabat
Kita berteman dunia akhirat
tegurlah saya jika saya tersalah
maafkanlah saya jika saya bersalah
dan saya memohon menghalalkan apa jua makanan, minuman dan lain2
Uhibbukumfillah
Ingatlah warkah cinta ini dari hati yang ikhlas....
Man Jadda Man Wajad.....
SEMOGA BERJAYA DUNIA AKHIRAT YA UKHTI <3
APRESIASI
Buat guru-guru yang saya sayangi..
saya telah menganggap kalian seperti ibu bapa saya sendiri
Ustazah Kamariah, Ustazah Haniza,Puan Saidah,Puan Nakimah, Cik Suhana, Ustaz Ruzaiza, Cikgu Shamsul, Cikgu Rusli dan Cikgu Ujang...
terima kasih kerana sudi menjaga kami sepanjang berada di Kuala Terengganu selama 4 hari 3 malam..
Maafkan kami atas segala kesalahan kami..
MAAFKAN KAMI andai mengguris perasaan kalian..
Buat Ustazah Kamariah dan Ustazah Haniza
kalian sudah saya anggap seperti ibu saya sendiri
terima kasih kerana mengambil berat
semoga Allah memelihara ikatan kasih yang terbina
Buat Ustaz Ruzaiza
maafkan saya atas segala kesalahan
saya gagal menjalankan tanggungjawab saya dengan baik
ustaz pula yang menjadi mangsa tempiasnya
maafkan saya
saya tidak pernah berhenti berharap agar Allah berterusan membekalkan sumber kekuatan yang hakiki untuk melangsaikan semua tanggungjawab dan amanah ini...
Buat Cikgu Shamsul dan Cikgu Rusli
menaiki bas bersama-sama kalian memberi lebih makna untuk terus meneliti bumi Allah
semoga segala maklumat yang kalian berikan akan berguna dunia akhirat..
terima kasih cikgu
Buat Cikgu Ujang
terima kasih kerana sudi belanja ice cream cornetto vanila
dan sudi 'speaking' terengganu dengan saya
walaupun hanya sepatah dua
Buat Puan Nakimah
Saya sangat menghargai perubahan jadual yang dilakukan semata-mata ingin memperkenalkan lagi bumi Terengganu
maafkan kami atas respon yang tidak memuaskan hati cikgu
terima kasih yang tidak terhingga
saya tidak dapat membayangkan kesugulan lawatan ini tanpa perubahan jadual yang cikgu lakukan
Buat Puan Saidah
Saya berasa risau dan sedih tatkala melihat cikgu seperti tidak sihat apatah lagi cikgu tidak mahu makan sewaktu saya menghantar makanan pada hari itu
saya sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan cikgu
dunia akhirat..
jasamu kukenang guruku..
Buat Cikgu Suhana
terima kasih kerana prihatin saat saya berseorangan di bangku R&R..
bukan saya tidak sihat..
mungkin sedikit mabuk waktu itu..
terima kasih cikgu
GURU-GURUKU..
di mana lagi dapat kujumpa guru sebaik dan setulus kalian....
Hanya Allah yang akan membalas setiap kebaikan yang kalian kerjakan
terima kasih untuk segalanya..
juga UHIBBUKUMFILLAH...

Masjid Kristal yang kami lawati ketika berkunjung ke Taman Tamadun Islam
Mampu memuatkan lebih kurang 700 jemaah.
Kontroversi mengenai kiblat yang salah adalah tidak benar kerana pada awalnya kompas dikatakan salah akibat tarikan magnet yang dipengaruhi oleh bahan binaan masjid ini yang terdiri daripada besi, keluli dan kaca yang banyak.
Pada waktu malam masjid ini akan mempamerkan 7 warna pelangi yang menarik apabila dipancarkan cahaya lampu.
Masjid ini tidak digunakan untuk solat Jumaat kerana jumlah penduduk yang menetap di kawasan ini tidak melebihi 40 orang.
Masjid ini sentiasa menerima pelawat yang banyak dari dalam dan luar negara serta menjadi lokasi aktiviti Islamik peringkat negeri, negara dan antarabangsa.
Mimbar di dalam Masjid Kristal
Kubah Masjid Kristal dari dalam
Ketenangan air di jeti Taman Tamadun Islam (lokasi utama ber'video klip')
:)
KENANGAN: fatihah, eliza, syafikah-di luar Masjid Kristal
Persisiran Pantai Batu Buruk
Antara pemandangan yang dilihat sewaktu perjalanan
Bergambar sebelum pulang ke STF: 8 MAC 2011

No comments:
Post a Comment