FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Monday, April 1, 2013

DEFINISI CINTAKU


Allah ajarkan aku erti cinta. Sahabat nyatakanlah kepadaku apakah makna cinta. Apakah nilai cinta di matamu? Adakah ia seperti barang-barang yang boleh dijual beli ataupun hanya seperti khazanah yang perlu disimpan kejap di dalam peti besi supaya tidak ada sesiapa pun yang dapat merampasnyadarimu? Indahkah cinta atau sakitkah? Bagaimanakah rasa bahagia dilamun cinta? Ahhhh aku ingin tahu sekali kerana aku belum pernah merasai cinta yang membuatkan diri sang pencinta seperti dilambung tinggi di awan-awangan.
Tuhan ajarkan aku erti cinta.  Cintaku hanya satu. Cinta pada Ilahi, cintakan Rasul dan agamaku yakni Islam. Ya hanya belajar mencintai tiga subjek utama di atas sudah cukup mengajarku erti cinta. Rasa sakit dan gembira mencintai Ilahi memuatkan aku dewasa dalam menjalani kehidupan. Kerana Dialah cinta pertama dan utamaku. Tiada yang lain dan aku tidak akan pernah menduakannya. Dia hanya satu. Ya Wahid, ajarkan aku erti cinta seorang hamba kepada penciptanya . aku cukup gembira “bercinta”. Cukup gembira! Setiap hari, pasti aku bersujud sebanyak  34 kali, di dalam sujud-sujudku dipenuhi dengan keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cukup untuk aku melepaskan rinduku kepada kekasihku. Setiap hari yang tanpa keuzuran aku membaca ayat-ayat cinta yang penuh romantis dari kekasihku. Sujud-sujud dan ayat-ayat cinta tersebutlah  yang sering mengtarbiah diriku supaya sentiasa dekat, dekat dan lebih dekat. Kadangkala Dia menguji cintaku kepadanya sehinggakan hatiku pernah berasa goyang. Debaran cintaku seperti sudah tidak wujud. Hatiku seperti mati dan beku. Namun perasaan inilah yang membuatkan dadaku semakin sesak dan sentiasa terasa ingin kembali kepadanya malah terasa mahu menjadi lebih dekat daripada yang sebelumnya. Subhanallah! Indahnya cintaku dan aku yakin insan-insan lain juga sedang hanyut dibuai cinta dengan Pencipta andai mereka memahami erti cinta yang sebenar. Erti cinta yang hakikatnya tidak pernah menghanyutkan tetapi hakikatnya sentiasa membimbing dan mentarbiah.
Allah, aku hamba yang lemah.  Namun di sebalik kelemahanku Engkau gantikan pula dengan kelebihan yang jarang sekali aku syukuri.
Allah. Aku hamba-Mu yang lemah. Namun aku sering mengharapkan agar Engkau sentiasa memandangku dengan cintaMu yang pasti membahagiakanku.

Sunday, January 27, 2013

BERPALING DARI PENDIRIAN ?



Dalam meniti usia dewasaku
Aku mempelajari banyak hal
Semuanya untuk membentuk sebuah kesempurnaan dalam kehidupan
Meskipun hakikat seorang insan itu tiada yang sempurna

Dan dalam mempelajari sesuatu untuk membina kehidupan yang lebih baik dari hari ke hari
Aku menyedari banyak kelemahan diriku
Sampai terkadang aku merasakan
Aku sangat tidak layak untuk menerima layanan sebegini indah seperti yang seang aku kecapi detik ini
Aku terlalu khilaf
Ada ketika aku gagal berlaku jujur
Sedangkan dalam Islam sendiri melarang pengikutnya untuk menipu
Tetapi aku kadang kala menipu juga
Bak kata orang tipu sunat
Walhal tiada istilah tipu sunat
Ahhhh, itu salah satu khilafku
Bukankah Allah sendiri yang akan menutup aib hambaNya?
Aibkah itu?
Aku masih tidak mengerti
Sehinggakan aku merasakan dalam aku mencari nilai-nilai kehidupan
Aku semakin sesat dan terpancing oleh umpan kesenangan
Ah aku benci kejahilan
dan yang lebih aku bencikan
pengetahuan yang tidak dapat aku sempurnakan dalam norma kehidupan


Allah maafkan aku untuk itu
Sesungguhnya aku insan biasa
Sepatutnyalah Engkau mengujiku dan aku berharap aku mampu mengatasi setiap ujian itu dengan berpaksikan kesempurnaan namaMu
bertunjangkan iman
aku lemah
tuntuniku Ya RABB
aku benci kekhilafanku
benci setiap kesalahan yang aku lakukan dengan sedar mahupun tidak

:'(

Tiap air mataku mengalir
Allah...
Aku lemah dan tak bererti
Tiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi


Hidupkah aku hari ini?
Bagaimana dengan esok?
Hidupkah aku dengan hati yang segar mensyukuri nikmatMu?
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

APA KHABAR IMANKU?
SIHATKAH?
SAKITKAH?
DAHAGAKAH ENGKAU DENGAN MAKANAN ROHANI?
....

Thursday, December 6, 2012

BELAJAR CEMBURU DENGAN SEKETUL BATU SUNGAI



Tempoh hari, sewaktu mandi manda bersama-sama dengan adik sepupu di Ulu Yam, pakcikku mengambil beberapa ketul batu sungai untuk dibawa pulang.

"Kenapa ambil banyak-banyak, nak buat bertuku ke?" aku bertanya tatkala melihat beberapa biji batu dimasukkan ke dalam beg oleh pakcikku lantaran teringat antara kegunaan batu sungai adalah untuk bertuku. Umiku juga gemar bertuku. Sebab itulah aku tahu antara kegunaan tersebut.

"Taklah...ni untuk diletakkan di pusara arwah. Takkan kakak tak tahu. Kakak mesti tahu batu sungai kan sentiasa berselawat. Bukankah bagus kalau kita meletakkannya di pusara" ibu saudaraku menjawab sebelum sempat suaminya memberi penjelasan kepadaku.

Aku lantas teringat perihal batu sungai yang berselawat. Bukan setakat batu sungai, malahan tumbuh-tumbuhan dan sekalian makhluk lain juga sering bertasbih memuji Ilahi. Aku jadi kagum. Tergamam. Indahnya menjadi batu-batu yang dipijak manusia tetapi sering berselawat, dalam erti kata lain ia sebenarnya lebih suci dari diriku ini yang tidak terlepas daripada tercalit dosa selaku manusia biasa. Timbul rasa iri. Semenjak dari itu, aku berazam untuk sentiasa berselawat ke atas nabi setiap masa dan ketika. Selain daripada menenangkan hati, ia sentiasa membantuku daripada mencalit diri ke arah lumpur dosa. Setiap saat dan ketika, berselawatlah wahai saudaraku.