FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Thursday, December 6, 2012

BELAJAR CEMBURU DENGAN SEKETUL BATU SUNGAI



Tempoh hari, sewaktu mandi manda bersama-sama dengan adik sepupu di Ulu Yam, pakcikku mengambil beberapa ketul batu sungai untuk dibawa pulang.

"Kenapa ambil banyak-banyak, nak buat bertuku ke?" aku bertanya tatkala melihat beberapa biji batu dimasukkan ke dalam beg oleh pakcikku lantaran teringat antara kegunaan batu sungai adalah untuk bertuku. Umiku juga gemar bertuku. Sebab itulah aku tahu antara kegunaan tersebut.

"Taklah...ni untuk diletakkan di pusara arwah. Takkan kakak tak tahu. Kakak mesti tahu batu sungai kan sentiasa berselawat. Bukankah bagus kalau kita meletakkannya di pusara" ibu saudaraku menjawab sebelum sempat suaminya memberi penjelasan kepadaku.

Aku lantas teringat perihal batu sungai yang berselawat. Bukan setakat batu sungai, malahan tumbuh-tumbuhan dan sekalian makhluk lain juga sering bertasbih memuji Ilahi. Aku jadi kagum. Tergamam. Indahnya menjadi batu-batu yang dipijak manusia tetapi sering berselawat, dalam erti kata lain ia sebenarnya lebih suci dari diriku ini yang tidak terlepas daripada tercalit dosa selaku manusia biasa. Timbul rasa iri. Semenjak dari itu, aku berazam untuk sentiasa berselawat ke atas nabi setiap masa dan ketika. Selain daripada menenangkan hati, ia sentiasa membantuku daripada mencalit diri ke arah lumpur dosa. Setiap saat dan ketika, berselawatlah wahai saudaraku.

No comments: