FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Saturday, April 7, 2012

susahnya nak buat!!!

assalamualaikum sebagai pembuka bicara
:)

bismillah...
perasan tak dalam kehidupan kita
terlalu banyak benda yang kita nak buat
tapi mesti tak terbuat

contohnya macam ni:

  1. ah kenapalah ngantuk sangat niiiiiiii??? aku tahu tak elok tidur lepas subuh tapi kenapa aku tidur jugakkk???
  2. eh dah azan tuuuu...ahhh, kejap lagilah aku solat, 5 minit 5 minit!!! lepas settle kerje ni aku terus solat,, eh alamak, cite best uh kat tv, ok2,, jap lagi iklan aku solat
  3. orang tengah azan tu, senyapla mulut kenapa kau nak bercakap lagi??? macam tak de waktu lain je kau nak cakap, tapi kita still cakap
  4. ala, muda lagi aku!!! setakat nak pergi masjid solat jemaah buat apa, tunggu la dah berumur sikittt, lagipun kat masjid tuh hanya pakcik-pakcik ngan makcik-makcik je selalu pergi
  5. ish!!! homework ni nak kena hantar esok, tak apalah, malam karang aku buat
  6. alamak dah pukul 12, hurmm takpelah. pukul 12.30 nanti aku tido, meriah gile dekat fb sekarang ni..
  7. alamak leceh rr ikut bapak pergi kenduri, nak kena salam orang tu salam orang ni
  8. nak makan pun malas masuk dapur, biar je lah perut ni kosong
  9. ok ok ok, after view home, view profile plak, lepas ni aku offline laa, eh ada orang komen status la, oh layan jap
  10. dah 4.30 laa, aduhai susahnya nak bangun buat tahajud.ok ok pukul 5 la aku bangun
  11. eh, exam lambat lagi buat apa aku study awal-awal, enjoy la dulu....lek luuuuuuuuu
  12. ish susahnya, tiru je lahhh
  13. senangnya duit 10 ringgit terbang tengok wayang berjoli segala bagai tapi susah betul nak masuk tabung masjid
  14. waktu-waktu maghrib macam ni ramai la pulak muda-mudi keluar duduk bersantai tepi jalan tapi masjid kosong
  15. ah!!! dia tu sape nak bagi nasihat kat aku diri sendiri pun tak betul(sekurang-kurangnya orang yang memberi nasihat itu sedang memperbetul diri sendiri)


hoho, itu mungkin antara jutaan monolog diri yang  bermain dalam fikiran sejuta manusia
niat sudah ada, ilmu sudah cukup tinggal nak buat tak kesampaian
macammana nak maju ni???
susah juga kalau cakap tak serupa bikin
tapi tak salah untuk cakap berkali-kali supaya niat itu sentiasa hidup dan senang untuk direalisasikan segala perbuatan yang baik
bila bertangguh menjadi punca, alamatnya memang tak jalanlah sesuatu pekerjaan tuh
dan bila tiada tekad untuk beristiqamah dalam sesuatu amalan, memang kadang-kadang amaln yang ingin sangat kita amalkan terhenti separuh jalan
bak kata peribahasa melayu,, hangat-hangat tahi ayam

betul islam tu syumul
dan sepatutnya umat Islam yang betul-betul berpegang kepada syariatnya
pasti berjaya dunia akhirat tetapi masih ada yang terkandas
kerana mungkin mereka hanya mengetahui tetapi tidak mengamalkan
sebab tu lah dalam sebuah hadis, iman itu dibuktikan dengan amal perbuatan bukan kata-kata

susahnya nak mendisiplinkan diri kan
saya merasai bertapa susahnya kerana saya sedang melalui
  "aku tahu sekian sekian sekian tak boleh buat tapi kenapa aku masih buat"

  "aku nak buat sekian sekian sekian tapi kenapa sampai sekarang aku tak buat buat"

  " arghhhhhhhhhh...susahnya!!!!"

sahabat-sahabat sekalian dan diriku yang sangat aku cintai
yang susah itulah memerlukan mujahadah
tidak cukup dengan hanya mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu perkara tanpa kesungguhan dan niat yang dialasi dengan keikhlasan :)

indahnya hidup bersama ISLAM
susah senang mengamalkan syariatnya bergantung pada diri sendiri
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL :D

No comments: