Bismillahhirrahmanirrahim
Betullah
Manusia yang merancang
Allah yang menentukan segala-galanya
Dan Dialah sebaik-baik perancang
Tiada siapa pun yang mengetahui apa yang
berada di hadapan mereka
Termasuklah diriku ini
Alhamdulillah…
Masuk hari ini genap seminggu aku berada di
UiTM PUNCAK ALAM
Dan segala-galanya sempurna bagiku
Tiada yang kurang
Buat adik-adikku yang berada di luar sana
Dan bakal memasuki alam universiti seperti
yang sedang aku lalui
Kakakmu ini berharap agar kalian pandai
menjaga diri
Kerana apa yang pasti
Berada di universiti jauh berbeza
berbanding dengan berada di sekolah
Kalau dekat sekolah dulu
Ada guru disiplin, ustazah, ustaz dan
pengawas-pengawas yang sentiasa memantau korang
Tapi dekat sini
Segala-galanya perlu diuruskan sendiri
Tidak ada sesiapa pun yang akan memaksa
korang
Kesimpulannya, hargailah alam persekolahan
korang
Dan gunakan apa yang korang dapat di
sekolah
Untuk adapt dengan future life korang
Serius tak tipu
Ilmu-ilmu kat situ sangat penting
Pandai-pandailah jaga diri ya
Kerana akan tiba satu tahap korang akan
hidup berdikari sekari-karinya
Minggu orientasi saya kat sini sangatlah
best
Walaupun ada segelintir yang berpendapat
mereka didera
Tapi saya sangat menghargainya
Nama minggu orientasi itu ialah Minggu
Destini Siswa (MDS)
Di sana korang akan belajar cara
tepuk-tepuk macam budak tadika
Ditemani oleh abang-abang n kakak-kakak PM
(pemimpin siswa) yang sangat sporting!!!
Serius korang akan merinduinya
Kerana pada saya
Sehari sebelum habis MDS saya sudah merasai
kesedihan itu
special appreciation to all my pm brothers
kak mira
kak atin
kak ecah
kak wan
kak puteri
kak lala
kak tiqah
kak ummu
abang hilmi
abang azam
angah
abang jimmy
abang shuk
abang zafran
dan lain-lain lagi
Mungkin kerana saya pelajar asrama
Saya tidak merasai sedihnya homesick
Nak tahu kenapa saya sedih bila MDS dah nak
habis
Sebab selepas ini mungkin saya akan sibuk
dengan pelajaran
Oh ya
Saya pelajar ASASI SAINS di sini
Dan subjek saya ada 6 semuanya
Phy chem bio pai computing math (general
ya)
Kalau untuk pelajar asasi engineering
Bio akan digantikan dengan subjek computer
ape ntah (kwang3)
Heee
Dekat sini sangat best dan bebas
Korang boleh keluar masuk sesuka hati tapi
kalau rasa tak nak tidur tepi jalan baliklah kolej before pukul 11 malam
So pandai-pandailah jaga diri dan bezakan
yang baik dan buruk
Pergaulan antara laki dan perempuan pun
bebas
Semua bergantung pada diri sendiri untuk
mengawal ikhtilat tu
Tak de sape pun yang nak larang tapi ingat…
Allah Maha Melihat
Dan semua dah besar kan.. jadi…. Hurmmm
Kolej Rafflesia untuk siswi dan Angsana
untuk siswa
Ada dua kompleks yang menempatkan kafe2
untuk korang cari makan
Kkpr dan kkpa
Siswa dan siswi boleh pilih mana-mana je
untuk pergi
Tiada pengklasifikasian mengikut jantina
Satu blok ada yang 7 dan ada yang 9 tingkat
1 tingkat lebih kurang 4 rumah
Satu rumah 4 bilik dan satu bilik 2 orang
Bilik saya dekat R3 ni betul-betul mengadap
padang kawad
Haha
Esok adalah hari pertama kelas bermula
Bertapa cuaknya
Doakan saya mudah belajar dan mudah pandai
Amin…
PERINGATAN
Kalau kalian adalah calon penghuni sini dan
bakal melalui MDS
Untuk siswi
Jaggan lupa bawa baju putih plain n kain
hitam
Nanti jadi macam saya
Wahahaha
Oh alat elektrik boleh bawa dan dikenakan
caj rm10 per item
Upss.kecuali periuk nasi dan alatan memasak
yang lain
Jangan bawa pisau, nanti kena panggil waktu
MDS
Haha
Laptop tak digalakkan sewaktu minggu
orientasi
Err, itu pandai-pandailah jaga kalau nak
bawak jugak..
Hehehe
Nanti kena beli labcoat rm 45
Segala nota2 dan buku2 refer pada lecturer
nanty
Anggaran dalam 500 ringgit Malaysia la
jugak
Hulahulaha
Pandai-pandailah budget duit untuk makan
sebab minggu orientasi je makan free
Yang lain sendiri punya poketlaaa
Haha
Malas nak cerita pasal tangga yang 200 ++
tu
Semua orang dah tahu kut
Tangga yang menyambungkan kolej dengan
fakulti
C’est tout
 |
| gambar ni google je... xde masa snap sendiri nak tgk banyak lagi google la..huhu |
Senyuman kasih dari saya :)