FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Friday, July 20, 2012

cintaku pada antuna

bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah
berkahilah penulisan ini



sebak. sebak hati ini
seperti biasa perasaan bercampur baur
bukan setakat 3 dalam satu malah mungkin lebih dari itu

demi masa,
sesungguhnya manusia berada dalam kerugian
melainkan yang beriman dan beramal soleh
mereka berpesan-pesan kepada kebenaran
mereka berpesan-pesan dengan sabar


Ya Allah
ke mana telah aku habiskan masa-masaku?
*terfikir mengenai ini

Alhamdulillah
sedar tak sdar, sdh hmpr 2 bulan bergelar pelajar di tempat baru ini
berkenalan dengan teman-teman baru
dan mempelajari banyak perkara baru
bukan setakat silibus baru
malah perkara baru dalam kehidupan ini keseluruhannya
dan esok
Alhamdulillah sekali lagi
kerana dipertemukan dengan Ramadan al-Mubarak
buat kesekalian kalinya.
semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan meningkatkan ketakwaanku kepadaNya
terima kasih Ya Rabb

syahdu...
rindu
ya merindui teman2 yg lama
walaupun Allah telah mempertemukan dengan insan2 yg baru
tetapi hati yg rapuh ini masih merindui mereka yg pernah membuatku ketawa dan tersenyum
inilah rindu atas dasar cinta kepadaNya

rindu
rindu juga pada suasana menyambut Ramadan al-Mubarak di sekolahku
itu hanya satu kerinduan
pada hakikatnya
aku sepatutnya gembira dapat bertemu lagi dengan Ramadan kali ini
walau  di mana aku berada
keikhlasan yang cuba aku cari dan terus kupupuk agar memekar dalam diri
sepatutnya telah lama mampu memadam rasa ini
Subhanallah
indahnya sebuah kerinduan


AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN
ALLAH,
aku hambaMu dan Engkau adalah penciptaku
semoga Engkau sentiasa bersama denganku
dan semoga aku sentiasa dekat denganMu
sepatutnya hatiku hanya merinduiMu
mencintaiMu
dan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupanku
adalah penghubung cintaku denganMu
terima kasih kerana masih menjaga hatiku dari dicemari
cinta duniawi yang palsu
jika Engkau wujudkan cinta dalam hatiku
biarlah cinta itu keranaMu


ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL




No comments: