FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Sunday, December 18, 2011

PASANG SURUT*nota merah hijau

Hidup seperti ini  -> sgt;menggerunkan...



dan kadangkala sangat menenangkan...


 pasti ada pasang surutnya :)



DID YOU KNOW WHAT IS SEA BREEZE AND LAND BREEZE?
a simple syllibus in science study
let see....
together we relate these in our life
just by ur own mind...
good luck~

With a heavy heart i tried to write this post...
Bismillah...

 


***
Hidup ini ada pasang surutnya
Sekejap kita ketawa
kemudiannya menangis
untuk pelbagai alasan
yang pasti
semuanya atas kehendak Ilahi

Macam langit
tidak selalu cerah
pasti ada gelapnya
hujan juga tidak semestinya selalu menggila lebatnya
kadangkala dipenuhi rahmat
dan mereka bertanya mengapa bagitu?
petani risau tanamannya hanyut ditenggelami banjir
nelayan khuatir tidak dapat turun ke laut 
dan penoreh bimbang tidak dapat menoreh 

Tetapi bukankah ada baiknya
tanah yang kering kontang menjadi subur
tumbuh-umbuhan yang hampir layu semakin segar
tumbuhan akuatik membiak subur
hidupan laut berenang gembira

kita merancang, Allah juga merancang..
dan Dialah sebaik-baik perancang
Dia pasti memberikan sesuatu yang kita perlukan,
bukan yang kita hendak..

Kenapa setiap orang memiliki kekurangan?

ya.. kerana walaupun manusia sebaik-baik makhluk
namun, tiada satu pun yang sempurna
oleh itu,
kita perlu saling melengkapi untuk menggapai redaNya

Bagaimana kalau manusia itu sukar dibentuk?

Kenapa bertanya begitu
setiap manusia memiliki hati bukan?
yang menjadi raja dalam dirinya
sasarkan setiap luahan berupa pengajaran kepada hati
cepat atau lambat 
dia pasti dapat menerimanya
dan seterusnya mengubah dirinya
ke arah kebaikan

Tapi pepatah Melayu ada mengatakan
melentur buluh biarlah dari rebungnya~
kalau rebung sudah menjadi buluh
yang muda sudah menjadi tua
bagaimana lagi ingin dilentur? 
Wahai soalan yang sedemikian..
mengapa engkau masih mencabar mindaku
kufikir tiada lagi jawapan yang dapat ku beri
namun aku segera teringat
bukankah besi yang keras boleh dilentur dengan api
inikan pula hati manusia
Usia bukan penghalang untuk berubah
namun hati seseorang
mesti ikhlas
tiada istilah tua pada hati...

Tapi bagaimana kalau hati yang keras
walaupun tidak tua
bukankah itu lebih susah

Iya... mungkin
tapi masih boleh dilembutkan
hanya dengan mendekatkan diri pada pencipta
memperbanyakkan zikrullah
untuk menghidupkan kembali hati yang telah mati
Lihatlah betapa indahnya
hati yang mati sahaja boleh dihidupkan kembali

Aku masih ragu-ragu
bagaimana kalau dia masih tidak mahu berubah?

Bersabarlah..
bukankah Allah ingin mengujimu..
dan sungguh..
sabar itu indah..

Jadi bagaimana kalau hanya aku yang terpaksa menangis atas kesakitan yang aku alami?


Kenapa perlu menangis..
adakah engkau menyesali takdir yang telah ditetapkan kepadamu?
tidak mengapa
mungkin kita akan sama-sama menangis
kerana kita cuma hambaNya yang lemah
oleh itu..
menangislah hanya kepada Dia
sesungguhnya Dialah yang membuatkan orang tertawa dan menangis


Tapi...
aku punya lagi satu soalan
bagaimana dengan dosa-dosaku
aku sendiri banyak mempunyai dosa
patutkah aku menangis kepadaNya
aku sendiri berasa cukup malu..
aku bertaubat..kemudian aku membuat dosa kembali

Bukankah aku sudah katakan tadi
Tiada manusia yang sempurna
dan bukankah dia Maha Pengampun
ingat,,
sebaik-baik taubat itu adalah taubat nasuha
iaitu kamu menyesali perbuatan kamu dan berazam dengan bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya
kita bukannya nabi yang maksum
sedikit sebanyak pasti tercalit dosa
oleh itu
amalkanlah istighfar
dan teruskan usaha untuk menjadi hambaNya yang baik
Bukankah Dia sudah terlampau baik pada kita?
Jadi,
apa salahnya jika kita menjadi hambaNya yang baik
Dalam hidupmu..
peganglah satu kunci antara ribuan kunci kemuliaan
ISTIQAMAH
biarpun amalanmu kecil
asal kamu ikhlas dan berterusan mengamalkannya
sehingga pintu-pintu syurga terbuka
mudah-mudahan~






No comments: