FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Friday, November 19, 2010

Sutera Kasih~BAB 2

BAB 2




‘Ibu.., ibu tahu tak, cikgu Biology Dhiya dah pindah. Kitorang tak tahu apa-apa pun pasal tu. Macammana Dhiya nak belajar Biology lepas ni. Kalau dapat cikgu lain pun, mesti tak best macam Puan Maisara.’ Adu Dhiya pada ibunya sebaik sahaja telefon yang berdering diangkat Puan Fauziah. Jelas sekali sifat keanakan Fatihah Mardhiya walaupun telah berusia 17 tahun.



‘ Assalamualaikum Dhiya..’ Puan Fauziah memperbetul cara anak gadisnya yang lupa memberi salam. Dia sering mengajar anak-anaknya memberi salam dan menekankan kepentingan salam terhadap anak-anaknya.

‘Waalaikummussalam’ Jawab Dhiya malu-malu akan kealpaannya itu. Dia tahu, ibu dan abahnya sangat menekankan perkara berkaitan keagamaan apatah lagi mengenai tatatertib. Entah apalah yang menghasutnya tadi sehingga begitu terburu-buru. Rindu ibu agaknya.

‘Dhiya sihat ke?’ Puan Fauziah mengubah topik perbualan. Terasa lama benar tidak mendengar suara lembut milik anak gadisnya itu.

‘Sihat ibu. Ibu….’ Dhiya masih belum puas mengadu.

‘Ya Dhiya. Ibu tahu.’ Puan Fauziah memintas sebelum Fatihah Mardhiya berceloteh dengan lebih lanjut. Dia cukup faham dengan sikap Dhiya yang suka mengadu kepadanya sejak dari kecil lagi. Walau perkara kecil sekalipun akan tertulis di dalam buku aduannya.

‘Berkenaan Cikgu Dhiya itu. Ibu rasa Dhiya terima sajalah cikgu apa pun yang akan menggantikan tempatnya. Dhiya ingatkan erti kesyukuran. Ibu selalu ingatkan Dhiya, kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan pandang siapa yang mengajar, tapi pandanglah apa yang diajar. Samalah jugak dengan jawatan. Jangan pandang pangkat seseorang itu tetapi pandanglah tanggungjawabnya. Setiap peristiwa itu pasti ada hikmahnya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Ingat Dhiya!’ Panjang pula Puan Fauziah memberi nasihat. Itulah kelebihannya dalam mendidik anak-anak. Penuh berhikmah.

‘He..he..’ Dhiya tertawa kecil.

‘Dhiya ni kenapa pulak. Ibu bagi nasihat, yang Dhiya gelak sorang-sorang ni kenapa?’ Makin pelik Puan Fauziah dengan sikap anak daranya itu.

‘Ibu, nilah yang buat Dhiya rindu kat ibu ni. Rindu dengar tazkirah ibu. Oh ya ibu, Kimi tak balik ke minggu ni?’ Terasa rindu pula dengan adik kesayangannya itu.

‘Oh Kimi. Kimi tak balik la..Katanya ada ujian dua minggu lagi.’ Puan Fauziah tersenyum sendirian mengenangkan kerenah anak terunanya itu. Amirul Hakimi juga tidak ketinggalan dalam pelajaran. Katanya ingin mengalahkan Fatihah Mardhiya. Jarak umur Kimi dan Dhiya yang hanya setahun membuatkan mereka terlalu akrab. Bezanya Kimi baru sahaja diterima di salah sebuah sekolah berasrama penuh pada tahun ini iaitu setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR yang lalu, tidak seperti Dhiya yang memasuki SMSTA menggunakan keputusan UPSR. Bukan Kimi tidak cemerlang dalam UPSR, Cuma belum rezekinya.

‘Ibu tahu tak, kalau sekolah Dhiya dekat macam sekolah Kimi tu, dah lama Dhiya balik tahu!’ Duga Dhiya.

‘Herm Dhiya. Dhiya belajarlah elok-elok kat negeri orang tu. Kaya ilmu, baru orang hormat. Bukannya asyik kena tipu aja. Ingat Dhiya, ilmu menjaga kita tapi kita yang kena jaga harta’

‘Ibu, Dhiya tak pernah lupa pesan ibu. Ibu doakan Dhiya ya. Abah ada ibu?’

‘Abah Dhiya tu ke mana lagi pagi-pagi hujung minggu ni, ke masjidlah dia. Ada ceramah rasanya. Dhiya nak pesan apa-apa kat abah, boleh ibu sampaikan.’

‘Ibu sampaikan salam Dhiya kat abah. Dekat Kimi pun kalau dia ada telefon ibu. Dhiya pergi dululah ibu. Banyak lagi kerja Dhiya kena bereskan’

‘Baiklah Dhiya. Jaga diri baik-baik. Jangan lupa solat awal waktu ya.’

‘ Siap ibu!’Dhiya membalas kata-kata ibunya dengan nada tentera yang baru menerima arahan daripada orang atasan. ‘Assalamualaikum ibu’

‘Waalaikummussalam’

Toottt… talian dimatikan. Puan Fauziah tersenyum sendirian.









Puan Fauziah terdengar bunyi motor menghampiri rumahnya. Seperti yang diduga, suaminya yang membonceng motor tersebut. Sudah menjadi kebiasaan suaminya mengikuti apa-apa juga program yang diadakan di masjid. Maklumlah, mereka sudah berumur. Puan Fauziah juga turut aktif mengikuti program-program di masjid. Cuma hari itu, dia agak kepenatan untuk turut serta setelah seharian menyiapkan kertas kerja untuk program di sekolahnya.Puan Fauziah merupakan guru penolong kanan hal ehwal pelajar di sekolahnya. Jadi tidak hairanlah dia terpaksa turun padang dalam memastikan kemenjadian para pelajarnya, apatah lagi pelajar sekolah rendah yang masih boleh dilentur.

‘Assalamualaikum Zia’ Encik Rashid memberi salam sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah.

Sedari suaminya yang sudah tiba, Puan Fauziah segera menyambut suaminya dengan penuh rasa hormat. Air kopi kegemaran suaminya dihidang di atas meja berserta cucur ikan bilis yang baru selesai digorengnya.

‘Macammana aktiviti hari ni bang? Siapa yang bagi ceramah?’ Puan Fauziah memulakan perbualan.

‘ Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Tadi ada ustaz baru yang menyampaikan ceramah. Katanya lulusan Mesir. Bagus budak tu. Isinya bernas. Cara penyampaiannya pun berkesan. Abang suka sangat gayanya tu.’

‘Baguslah kalau macam tu bang. Zaman sekarang ni bukan senang nak dapat ustaz muda macam tuh. Oh ya bang. Tadi Dhiya ada telefon. Dia kirim salam dekat abang.’

‘Sihat ke si Dhiya tu Zia? Saya pun dah lama sangat tak dengar kabar dia..’

‘Sihat sangatlah Dhiya tu bang. Bertambah manja pun ada.’

Encik Rashid menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar luahan si isteri. Bukan setakat dengan isterinya, Dhiya juga turut manja dengannya. Berbeza pula dengan Amirul Hakimi yang suka berdikari.

‘Erm, tak apalah. Dengan siapa lagi dia nak bermanja kalau bukan dengan kita. Dia sajalah satu-satunya anak perempuan yang kita ada. Dhiya tuh baik budaknya. Dengar kata. Tak susah nak jaga dia. Biarlah kita yang diberi amanah ni mendidik dia menjadi hamba yang bertakwa.’

‘Betul tu bang. Harapnya begitulah.;

No comments: