InsyaAllah selepas ini saya akan sertakan novel yang akan dikeluarkan secara bersiri,,..bab demi bab..
Semoga Allah mencurahkan ilham kepada saya untuk manfaat kita bersama..amin~
selamat membaca:))
BAB 1
Pagi itu sungguh hening. Suasana yang sangat mententeramkan hati yang gundah. Seorang gadis bertubuh genit bangkit menurut sunnatullah. Dia ingin memulakan harinya dengan penuh bersemangat. Dia mengharapkan permulaan dan kesudahan yang baik untuk hari barunya.
‘Semoga hari ini jauh lebih baik dari hari semalam’, bisik hati kecilnya.
Perlahan-lahan, dia mengatur langkah ke bilik air. Sempat diperhatinya suasana di seluruh dormitori. Sungguh, teman-teman seusianya sedang asyik dibuai mimpi. Dia melawan rasa mengantuk yang masih bersisa. Rasa sunyi yang sesekali membuat bulu romanya tegak berdiri tidak sesekali menggetarkan imannya. Dia sentiasa berpegang dengan kata-kata ibunya.
‘Rasa takut itu sebenarnya dari syaitan yang ingin menghalang kita daripada berbuat kebaikan. Takutlah cuma kepada Allah. Allah S.W.T. itu sentiasa dekat dengan hamba yang mengingatiNya, malah lebih dekat dari urat nadi kita sendiri.’
Usai membersihkan diri dan berwuduk, cepat-cepat dia mengenakan telekung. Khuatir jika subuh terlebih dahulu menyapa dirinya. Solat sunat tahajud sentiasa menjadi penemannya. Satu sumber kekuatan baginya untuk memulakan hari yang penuh dengan dugaan yang tidak diduga. Dikerlingnya jam loceng di atas katil bujangnya.
‘Baru 5.15 pagi. Masih awal lagi.’
Segera dicapainya Al-Quran kecil pemberian abah. Dia meneruskan bacaannya. Dia berazam untuk khatam lagi pada tahun itu buat kesekian kalinya. Bezanya, dia ingin menghabiskan bacaan Al-Quran berserta maksud. Dia ingin memahami isi kitab agung itu. Semoga dengan usahanya itu, dia sentiasa berada di landasan yang benar.
‘Kring……Kring….”, bunyi loceng di p.a system rancak berbunyi.
Waktu itu, dia baru selesai menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba kepada Sang Khalid. Segera dikejutkan rakan di sebelah katilnya yang masih enak diulit mimpi. Sebahagian besar teman-teman yang lain telah bangun. Masing-masing tergesa-gesa menuju ke bilik air yang pastinya tidak mampu memuatkan semua ahli kamar F7 yang berjumlah 30 orang itu.
‘Fara!Fara! Bangun! Dah lewat ni. Nanti lewat pulak pergi sekolah hari ni.’
‘Hurm’, jawab Fara malas.
Dhiya menggelengkan kepalanya. Tercuit juga hati kecilnya dengan tingkah bedmatenya merangkap teman baiknya sepanjang empat tahun persekolahannya di Sekolah Menengah Sains Tengku Amalin (SMSTA) itu. Tanpa dipinta, timbul idea nakal di benaknya.
‘Rasakan Fara. Berani awak nak rosakkan hari persekolahan pertama kita ye!! Sudahla dah tua. Dah naik form 5 pun’, bisiknya sendirian sambil merenjis air ke muka Fara yang masih menunujukkan tanda-tanda sedang asyik dibuai mimpi yang indah.
‘Fatihah Mardhiya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!’, hampir tersentak teman-teman yang baru pulang dari bilik air apatah lagi teman-teman sespesies Fara yang sedang terkulat-kulat di atas katil masing-masing sementelah mendengar jeritan Fara yang hampir mengalahkan tarzan di hutan.
Seperti tahu sesuatu yang lebih buruk bakal berlaku, Dhiya segera membuka langkah seribu. Fara yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan nakal Dhiya berusaha mengejar Dhiya untuk menghadiahkan pukulan bantal busuknya. Tidak semena-mena ahli dormitori F7 menyaksikan adegan yang tidak diduga itu.
‘Err…awak tak gosok baju sekolah lagikan Fara!!’
Seperti terkena kejutan elektrik berkuasa 800Watt, Fara menghentikan langkahnya. ‘ MasyaAllah!! Kenapa awak tak ingatkan saya Dhiya?’
Dhiya sedikit lega kerana pagi itu tidaklah disajikan dengan hidangan berbabak tragis. ‘Itula awak. Bukannya nak baca doa bangun tidur. Ini tidak, terus menjerit macam anak tarzan sesat dalam hutan. Lepas tu, saya pulak yang awak kejar. Macammana saya nak bagitahu awak’
Fara sedikit kesal dengan tindakannya. Memang tidak dapat dinafikan lagi dengan sikapnya yang cepat melatah apabila terkejut, apatah lagi dengan tindakan Dhiya sebentar tadi.
‘Hah!! Dah nak pukul enam pagi dah!Dhiya! macammana ni??’’ Fara terus membuktikan sikap yang sudah sebati dengan dirinya. Cepat panik.
Dhiya berpura-pura tidak mendengar rungutan Fara. Segera dilipatnya selimut yang berselerak di atas katilnya. Dilihatnya Fara terkocoh-kocoh ke bilik air dengan rambut yang kusut. Dhiya tersenyum sendirian. Fara, Fara…
Dhiya terasa agak canggung tatkala memasuki pintu dewan makan. ‘ Aku tahulah aku pengawas baru, tak payahla pandang aku macam tu!’
Setelah mengambil sarapan, Dhiya bergegas bergerak ke dewan sekolah. Dia tidak mahu lewat. Hari ini merupakan hari pertama dia memainkan peranan sebagai seorang pengawas. Dia ingin menunjukkan komitmen yang tinggi.
‘Bismillahhillazilayadurrumaasmihisyaiunfilardhi……’ mendayu-dayu suara para penuntut SMSTA mengalunkan zikir sementara menunggu ketibaan bonda pengetua. Begitulah ritual para pelajar SMSTA setiap kali perhimpunan rasmi diadakan.Tidak kurang juga yang berbual kosong. Bercerita mengenai pengalaman yang diperoleh sepanjang cuti akhir tahun yang lalu.
Dhiya sempat menjeling sekumpulan pelajar junior yang asyik membuat bising mengalahkan kambing jumpa rumput.
‘Shhh!!! Senyaplah!!! Korang ni tak reti nak hormat majlis ke??’’ Dhiya mula memainkan peranannya sebagai seorang pengawas.
Kumpulan pelajar junior tersebut mula menunjukkan protes. ‘Dahla pengawas baru, ada hati nak tegur kita..apa! ingat dia tuh baik sangatla!! Jalan pun macam kuda.. mengada-ngada!!’
Sedikit sebanyak Dhiya turut mendengar kutukan percuma untuk dirinya pagi itu. Diikutkan hati ingin saja suapkan 5kg cili pedas kepada budak yang memang tak makan dek saman itu. Nasib baiklah Dhiya mampu bersabar. Mahu dia pula yang dicop kurang ajar nanti. ‘Sabarlah Dhiya, biar Allah sahaja yang membalasnya’, pujuk hatinya.
‘Hello Miss F.R.O.G!! Apesal muncung 5 inci ni?? Mengalahkan woody woodpecker taw!! Tadi bukan main seronok ye dia kenekan kita!!’ sergah Fara yang entah dari mana datangnya.
‘Assalamualaikun Cik Fara sayang!! Dah tak reti bagi salam ke?? Main sergah je!! Nasib baik aku ni sihat walafiat lagi taw!! Kalau tak, menangis tak berlagulah kau!!’ Geram pula Dhiya dengan sikap selamba Fara. Tadi Bukan main gelabah, sekarang dah bising mengalahkan lebah. Takkan mimpi indah dalam shower kut. Mustahil!
‘Fatihah Mardhiya!! Yang awak membebel mengalahkan mak nenek ni kenapa?? Soalan saya pun awak tak jawab lagi taw. Agaknya awak ni memang keturunan nenek kebayan kot!’
Dhiya menjegilkan mata mendengar kenyataan tak bertauliah dari Fara. Tak pasal-pasal aku dicop keturunan nenek kebayan. ‘Dahla..Baik kita diam! Nanti kang ada yang kene pegi klinik nanti!’
Fara yang cukup faham dengan kerenah Dhiya hanya menurut. Perlahan-lahan Dhiya mengalunkan zikir. Fara turut serta mengalunkan zikir walaupun berasa pelik dengan sikap Dhiya yang tiba-tiba moody itu. Nampaknya ada yang berhutang cerita dengannya nanti.
Kelas pertama pada tahun dan hari itu berjalan dengan lancar. Siapa sangka guru yang paling garang di sekolah itu akan bersama-sama mereka bagi sesi persekolahan 2011. Bezanya, guru tersebut menunjukkan perubahan yang amat ketara. Wajahnya yang dianggap bengis oleh senior-senior mereka tidak lagi seperti yang diuar-uarkan. Malah, tuturnya juga lembut dan penuh keibuan. Subjek Additional Mathematic yang diajar memungkinkan sikap panas barannya selama ini, tetapi tiada tanda-tanda sikap itu akan muncul pada sesi persekolahan baru ini.
‘Menarik! Betulkah itu Cikgu Maznah yang saya kenal selama ini?? Rasa macam tak percaya. Kalau macam nilah gayanya, mesti semangat saya belajar Add tahun ni.’
Terdengar beberapa komentar tentang keajaiban yang berlaku di depan mata oleh salah seorang pelajar 5 Cemerlang. ‘Itulah. Saya baru berazam nak kenakan dia habis-habisan tahun ni kalau barannya tak berubah. Nampaknya, sia-sialah gelaran yang saya fikirkan untuknya selama ni..’ Tambah salah seorang pelajar yang lain.
‘Gelaran apa pulak yang awak fikirkan , Maya??’ Tanya Suria merangkap ketua kelas 5 Cemerlang.
‘Betul korang semua nak tahu ni?? Gelarannya……’Maya diam sebentar sebelum meneruskan kata-katanya. ‘Cikgu Maznah berjambul’
Sejenak kemudian, meletus ketawa sulung para pelajar 5 Cemerlang pagi itu. Dhiya yang mulanya tidak berminat mengikuti sesi ‘nasi lemak kopi O’ pagi itu turut menghamburkan tawanya. ‘Korang nih!!’desisnya.
‘Apesal pulak Cikgu Maznah berjambul. Rasa macam tak sesuai je. Ape kata Cikgu Maznah mulut itik, lagi best! Barulah ngam dengan mulut muncungnya yang tak pernah berhenti membebel tuh. Macam tadi! Baru first class, tapi dah macam pembaca berita hilang ijazah aku tengok.’Tambah Ikin yang memang terkenal dengan pelajar nakal di SMSTA.
Seperti bom yang telah ditetapkan waktu letupan, sekali lagi suasana kelas 5 Cemerlang menjadi bingit dengan ketawa yang meledak.
‘Sudah! Sudah! Apelah korang semua ni. Pagi-pagi dah buat dosa. Kutuk cikgu pulak tuh. Kan Cikgu Maznah dah berubah. Kira okla tu. Ni tak, bagi gelaran entah apa-apa kat dia. Sedarlah sikit, kita ni nak SPM tahun ni. Restu cikgu tu penting.’ Entah dari mana kekuatan yang diperolehnya untuk menasihati teman-teman sekelasnya itu. ‘Entah-entah betul kata Fara yang aku ni keturunan nenek kebayan.’ Dhiya sempat menjeling Fara yang tersengih-sengih bak kerang busuk memandangnya. ‘Kutuk akulah tu’
‘Mana Puan Maisara ni? Tak pasal-pasal aku tak belajar Biology hari ni. Dahla orang tengah semangat belajar Biology ni. Hari tu, dia yang semangat suruh kitorang study Bio, sekarang batang hidung pun tak nampak.’ Rungut Dhiya apabila guru yang dinanti-nanti tidak kunjung tiba. Sudah naik lenguh kakinya berdiri di luar lab.
‘Suria, cuba awak pergi tanya dekat pejabat sekolah.’Usul Puteri, seorang pelajar yang tak kalah hebatnya dengan Dhiya dalam subjek Biology.
Sepuluh minit kemudian, Suria muncul membawa perkabaran tiada kelas Biology pada hari itu kerana Puan Maisara telah selamat bertukar di pedalaman Serawak kerana mengikut suaminya yang terpaksa ditukarkan secara mengejut. Semua pelajar 5 Cemerlang terkejut dengan perkabaran itu.
Dhiya seperti terhenyak dengan batu yang besar. ‘Sampai hati cikgu.’ Hatinya sayu mengenangkan guru kegemarannya itu.
2 comments:
salam alaik...
syabaszz...
kisahz yg mnarikk....
cam ad link ngan idop enti kt stf taon dpan ja...
eliza..manuskrip novel ni r sampai bab 7..ntah siap atau tidak :) mudah2an siaplah.. InsyaAllah~
Post a Comment