FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Friday, November 26, 2010

NUKILANKU~

NUKILAN 1:

Hari ni saya menolong ibu saudara saya menjaga anaknya yang masih kecil. Usianya lebih kurang 7 bulan. Subhanallah,, bertapa susahnya ingin menjaga.. tangisan dan rengekan yang perlukan kesabaran. Kasihan saya melihat ibu saudara saya.. sempat saya berfikir bertapa susahnya seorang ibu menjaga seorang anak.. di samping tanggungjawab sebagai seorang isteri..saya yang hanya menjaga anaknya hampir separuh hari pun sudah penat melayan kerenahnya, sehinggakan hampir sakit badan saya.. Dan sekarang barulah saya tahu,, kenapa Allah menjadikan bayi tidur lama dari orang dewasa~memudahkan si ibu menjalankan tanggungjawabnya..saya seorang yang sukakan bayi... bila saya rasa untuk bermain dengan seorang bayi,, saya akan bermain dengannya dengan sepenuh hati..seronok menatap wajah yang tidak berdosa..tetapi akan tiba satu saat pabila saya tidak mampu melayan kerenahnya kerana kepenatan.. begitulah saya..hanyalah penggemar bayi.. tetapi tidak kepada si ibu..tidak pernah merasa penat dengan kerenahnya..Maha Suci Allah yang menjadikan..






NUKILAN 2:

Setiap pagi tatkala mendengar azan Subuh berkumandang, secara otomatis saya akan bangun.. Syukur kepada Allah akan anugerahnya yang ini.. Namun suasana yang seolah-olah memanggil perasaan mengantuk.. bukan saya tidak sedar akan syaitan yang menggoda namun saya tidak berupaya melawannya..Ampunkan aku Ya Tuhan..saya mencuba tetapi saya masih belum mendapat.. Padahal saya tahu akan keburukan tidur semula selepas Subuh.. Ya Rabb..jihad yang sebegini kecil masih belum mampu aku laksanakan..maafkan hambaMu ini..dan keburukannya untuk tidur selepas subuh ini??

  1. tidak bersemangat memulakan hari baru
  2. mimpi perkara yang bukan2
  3. waktu bergerak pantas
  4. badan terasa malas
  5. hilang peluang merasai indahnya terbit mentari
  6. terlepas breakfast
  7. otak terasa lembap
banyak lagilah....anda???

saya dalam usaha melakukannya...bangun subuh dan tidak tidur selepas itu.. InsyaAllah murah rezeki hari itu kerana kita melakukan pekerjaan di awal pagi






NUKILAN 3:

Semalam saya bersama keluarga menyertai lawatan ke expo pameran laksamana Cheng Ho.. seronok ke sana..pelbagai jenis orang yang saya temui..Subhanallah..semuanya cantik2 dan handsome2,,..begitu mudah diri ini menilai orang secara fizikal..sayangnya kita tidak dapat menilai secara dalamannya.. begitulah manusia yang hanya mampu melihat yang zahir sahaja~      dapat pengajarannya??

jangan bersedih hati dengan kekurangan yang kamu ada kerana setiap orang yang datangNya dari Allah itu sangat cantik..perbaiki diri supaya kecantikan luaran itu seiring dengan dalaman....untuk kamu dan saya:)






NUKILAN 4:

Pada suatu hari, saya mengikuti abah ke pasar dan kereta kami diparkir betul2 di hadapan masjid. Saat itu, berlaku satu kekecohan di dalam kereta..sebelum itu, saya yang agak suka menggila bila tiba saatnya dan kena waktunya dengan tidak semena2 mengambil kopiah abah lalu meletakkan di atas kepala saya yang bertudung..dan seorang abang yang berjubah hijau dan berkopiah putih memarkir motornya betul2 di hadapan kereta kami.. tidak semena2 dia menghadiahkan pandangan yang agak lama (stare) kepada saya yang kebetulan selepas itu memandang cermin depan kereta..~mula mengetahui sebab saya menjadi bahan pandangan apabila melihat kopiah di kepala..malu bukan kepalang,,on the spot saya menanggalkan kopiah itu

PENGAJARAN!! JANGAN memalukan diri sendiri...






NUKILAN 5:

FACEBOOK!! siapa saja yang tidak mengenali laman sosial yang cukup popular itu..rasanya sangat sesuai kalau soalan SPM memilih tajuk kebaikan dan keburukan facebook kerana calon2nya juga adalah pengguna laman ini yang sangat aktif.. saya pun seronok menggunakan facebook.. tetapi secara ikhlas saya katakan bahawa laman ini cukup melalaikan saya sebagai seorang pelajar dan muslimah... dan awas! fb bukan laman untuk mencari bf!!!!ingatan untuk saya dan anda~~saya agak keliru di sini..saya ada menonton video dosa 24 jam di facebook,,.. saya mengakui kebenaran video itu..dan soalnya..apakah boleh sekiranya kita meletakkan gambar yang auratnya ditutup sempurna sebagai seorang muslimah...saya tidak punya jawapannya...mungkin anda???bolehlah berkongsi dengan saya...:)
pernah saya terfikir untuk meng'deactivate'kan akaun saya tetapi saya sedar akan kepentingannya..jadi..terpulang pada diri sendiri untuk menggunakan laman sosial fb..jangan anda sangka org yang tidak meletakkan banyak gambarnya itu sebagai 'kodi' sedangkan orang itu berusaha menjaga dirinya dari murkaNya..
maafkan saya~






NUKILAN 6:

Rasa terbeban dengan kerja rumah bingkisan dari guru2 STF tetapi saya sedar tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar..bantui saya..berilah nasihat mahupun tips menyiapkan kerja rumah dan tips mudah faham ketika belajar..Ingin bantu saya dengan itu??  :)






NUKILAN 7:

Wahai hati bersabarlah..masamu kan tiba bila tiba saatnya..usah engkau mendambakan kasih duniawi yang sementara..tulang rusukmu akan muncul jua..usah engkau mencarinya kerana dia sendiri yang akan datang kepadamu..engkau cuma perlu menjaga maruahmu dan mengejar CITAmu bukannya CINTA.. cita-cita perlu dikejar tetapi cinta mengejarmu..percayalah.. :))




saya akhiri dengan assalamualaikum wth.kth. wamaghfirahuwaridhwanuh....

Monday, November 22, 2010

Zikir Munajat - part 01/06

buat teman-teman setugas 2011::)))))))))))))))))))

Perhatian ahli Exco Dakwah Ar-Ruhiyyah(EDAR) Sekolah Tun Fatimah 2011..
Berikut jadual tugasan anda bagi sesi persekolahan 2011:)
.:::Selamat bertugas dan beramal~~


JADUAL TUGASAN PENYELIAAN MUFAZ


ISNIN


Nur Amira Eliza Hanis A.Rahim


Nazatul Afira Afandi


Nur Syaza Ellyna Zainal


Fatimah Mahmood


Izzah Athirah Abdullah Zailani


Ainina Syakirah Abdul Manaff

SELASA


Nurul Hazwani Hatta


Asma’ Shafiyyah Hilmi


Siti Hajar Razali


Nor Zawani Rohiman


Nor Syafeza Norazham


Nurul Najiha Ajusin

RABU


Farah Elina Mohd Asri


Nurul Amanina Salleh


Noor Adlina Shobri


Amy Maria Nabila Amir


Nurul Farhanah Abu Bakar


Haliza Liana Siregar Banir

KHAMIS


Nur Fatihah Mohammad Izani


Siti Aisyah Mardhiah Maheran


Nur Asma’ Azmi


Ungku Farah Wahida Ungku Ismail


Izzati Jamaluddin


Nur Farhani Nadia Mat Mazlan

JUMAAT


Anis Waheeda Musaddad


Aida Suryani Amrin


Asma Hassan


Nur Atiqa Sabaruddin


Khairunnisa Samsudin


Nurul Nasuha Abdul Rahman

SABTU


Nur Amalina Ahmad Firdaus


Asma Diyana Azman


Ilham Farhana Harun@Idris


Noor Faqihah Zulghafir


Nur Syafiqah Dayana Aminuddin


Nurul Syafika Kamaruddin

AHAD


Nur Hidayah Othman


Nur Syafikah Ahmad


Amirah Farhana Aminuddin


Nabilah Rosmaini


Nurzahidah Sanin


Nur Najihah Mohd Asri






BUAT ABANGKU~

cORETAn ini saya dedikasikan buat abang tersayang~
SELAMAT MENDUDUKI SPM<3
Pagi Semalam.. Mohammad Hakimi Mohammad Izani selamat tiba di sekolahnya
SMTB sebagai salah seorang calon yang akan bersama-sama berjihad di dewan peperiksaan hari ini



Ketahuilah abangku
Tiada kata seindah suria
Untuk aku merungkai
Sebuah erti kejayaan
Tanpa satu pengorbanan suci

Andai hari ini harimu
Dan esok akan menjadi hariku
Andai hari ini engkau bertempur
Dan esok pastiku yang berlumpur
Menyambung era perjuanganmu

Segala peluh keringat yang mengalir
Takkan terhapus tanpa sebuah hasil
Dan percayalah
Walau sedikit sekalipun hasilnya
Engkau akan tetap mendapat natijahnya
Kerana yakinku dan yakinmu satu
Janji Allah itu pasti
Dan engkau akan temui hikmahnya
Meskipun kini engkau masih tercari-cari
Engkau pasti akan menjumpainya
Satu saat nanti

Aku tidak mengharapkan apa-apa darimu
Cuma satu kejayaan yang mampu mengukir senyum di bibir itu
Cukup untuk dia dan dirimu
Kejayaanmu itu
Kerana aku
Bakal mengukir senyumku sendiri
Di tampuk perjuangku sendiri

Berjuanglah dengan satu kesungguhan yang jitu
Biarpun senjatamu hanyalah sebatang pen yang murah harganya
Walaupun musuhmu hanya soalan-soalan yang licik
Namun aku pasti
Allah bersamamu
Kerana Dia juga bersamaku
Dan engkau akan tersenyum gembira
Pabila perjuanganmu selesai
Di bawah redhaNya~
yang ikhlas:
                                                                                 adik yang ingin dikau berjaya:))

Sunday, November 21, 2010

.::::BICARA INSAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Izinkan saya memulakan suara hati ini yang semestinya tiada yang mengetahui isinya
melainkan Sang Khalid
dan pembaca sekalian yang mengetahui hanya sedikit dari rasa ini


Saya hanyalah seorang hamba biasa
Mungkin saya hanya melakar impian
Impian memiliki kehidupan yang sempurna
Namun apa yang saya impikan hanyalah bagai melakar pelangi di awan
Saya tidak akn mendapatkan apa yang saya inginkan
selagi saya tidak berusaha mendapatkannya




Bagaimana ingin meneruskan kehidupan ini
Bukankah manusia itu telah ditetapkan jalan hidupnya
Begitu juga saya, hamba yang lemah dan hina ini
Saya akur akan kehidupan dunia ini
Saya dilahirkan, dibesarkan dan sehingga sekarang
Perjuangan saya masih di tengah jalan
tidak tahu destinasi yang tetap
Saya tahu banyak onak duri yang perlu saya tempuhi dalam kehidupan ini
Cukup kuatkah saya untuk mengharunginya??




kehidupan yang penuh tipu daya
saya tidak kuat menghadapinya
tanpa pertulongan Allah di sisi
Saya tidak gagah melangkah
Menuntut ilmu itu
walaupun bunyinya mudah
tapi banyak cabaran
saya takut dan saya goyah
bukan saya tidak sedar peri pentingnya ilmu
tapi saya sering tergoda
 Ya Tuhanku..
bagaimana ingin menjadi hambaMu yang baik??
lemahhnya aku Ya Tuhan..




Andainya dapat aku bersihkan diri dari dosa..
elakkan diri daripada pertambahan dosa..
alangkah indahnya hidup ini
Tapi tidak semua yang kita nak, kita dapat kan??
Betapa Allah itu penuh berhikmah atas setiap kejadian
kalaulah saya boleh minta..
saya ingin menjadi seorang yang pandai..
bukan tidak boleh meminta..
tetapi belum tiba saatnya saya mendapat..
Satu ujian buat saya
kegagalan sepanjang tahun ini
cukup terkesan di hati
semoga tahun hadapan
saya dapat memperbaiki
supaya keputusan SPM 2011 milik saya
akan menenangkan hati pabila memandang




semakin bertambah usia
semakin berat dugaan
bertambah tanggungjawab
perlu jua seiring dengan penambahan ketebalan iman
sebagai persediaan menghadapi utusan kasih dariNya
saya pasrah dengan apa jua yang bakal ditentukanNya
baik buruk semuanya dari Ilahi


Doakan saya menjadi hambaNya yang bertakwa
muslimah yang sejati~sebaik-baik perhiasan dunia


Andai selepas ini saya dapat mengurus kehidupan sebaiknya..
Alangkah bahagianya..
mungkin saya belum cukup matang..
tapi saya cukup pasti akan hakikat kehidupan..
lahir..membesar dan bila tiba masanya..
kembali kepadaNya..


mudah bukan??
cuma perjalanannya mencabar..


saya doakan saya dan kamu
hamba bertakwa..
yang ikhlas dalam menjalani kehidupan..




semoga saya mampu mengatur hidup dengan bijak..
menggunakan akal pemberianNya..


agar tidak tergoda lagi~

nashid jommm!!!

Sutera Kasih

Album :
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com/



Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta
Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa


Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Saturday, November 20, 2010

wahai hati yang ingin dicintai

wahai hati yang ingin dicintai
bersabarlah kamu..
belum tiba saatnya
untuk engkau mengenali hati lain yang tulus
sesungguhnya
engkau telah ditentukan Allah
dengan hati yang ikhlas mencintaiNya

Wahai hati yang ingin dicintai
Janganlah engkau berduka melihat hati lain yang sudah berpunya
Tiba saatnya nanti
kebahagianmu akan datang
memimpinmu ke jalan kebenaran
di bawah naungan redhaNya
bersama hati yang ikhlas itu

Wahai hati yang ingin dicintai
Usahlah kamu tercari-cari
Kerana hati yang ikhlas itu
sedang sabar menunggumu
Sehingga tiba saatnya
kamu akan bertaut mesra
Di bawah lembayung rahmatNya

Wahai hati yang ingin dicintai
Dalam meniti harimu yang penuh onak
Ada kecintaan Agung yang sentiasa menjadi penemanmu
Andai engkau setia mengharap cintaNya
Dia lebih dari sudi menghadiahkan cintaNya
kerana sifat PENYAYANGNYA

Wahai hati yang ingin dicintai
Sesungguhnya engkau sentiasa dicinta
dan hati yang ikhlas itu
pasti akan menantimu
Dengan cinta hakikimu kepada Rabbmu
Dan cinta sejatinya kepada Khalidnya
Pasti akan menemukan kamu berdua
Berbahagialah kamu berdua pada saat itu
Berkat kesabaranmu dan dia
Dipertemukan Allah bila tiba saatnya
Dengan limpahan rahmatNya
Berbahagialahh!!

Friday, November 19, 2010

kalimah AGUNG

ASSALAMUALAIKUM wth.kth

di sini saya ingin berkongsi kebesaran Allah yang ditunjukkan ke atas keluarga saya..
mungkin hal ini sering didengari tetapi ia sangat terkesan di hati saya dan harapnya juga di hati pembaca sekalian..
musim korban begini, banyak daging diperoleh..
bermulalah cerita apabila umi ana memotong daging..
maka menjelmalah satu tanda kebesaran Ilahi yanf Maha Hebat..
Semga kita mengambil ikibar darinya~


                                            sebelum dibakar



                                             selepas dibakar

Sutera Kasih~BAB 2

BAB 2




‘Ibu.., ibu tahu tak, cikgu Biology Dhiya dah pindah. Kitorang tak tahu apa-apa pun pasal tu. Macammana Dhiya nak belajar Biology lepas ni. Kalau dapat cikgu lain pun, mesti tak best macam Puan Maisara.’ Adu Dhiya pada ibunya sebaik sahaja telefon yang berdering diangkat Puan Fauziah. Jelas sekali sifat keanakan Fatihah Mardhiya walaupun telah berusia 17 tahun.



‘ Assalamualaikum Dhiya..’ Puan Fauziah memperbetul cara anak gadisnya yang lupa memberi salam. Dia sering mengajar anak-anaknya memberi salam dan menekankan kepentingan salam terhadap anak-anaknya.

‘Waalaikummussalam’ Jawab Dhiya malu-malu akan kealpaannya itu. Dia tahu, ibu dan abahnya sangat menekankan perkara berkaitan keagamaan apatah lagi mengenai tatatertib. Entah apalah yang menghasutnya tadi sehingga begitu terburu-buru. Rindu ibu agaknya.

‘Dhiya sihat ke?’ Puan Fauziah mengubah topik perbualan. Terasa lama benar tidak mendengar suara lembut milik anak gadisnya itu.

‘Sihat ibu. Ibu….’ Dhiya masih belum puas mengadu.

‘Ya Dhiya. Ibu tahu.’ Puan Fauziah memintas sebelum Fatihah Mardhiya berceloteh dengan lebih lanjut. Dia cukup faham dengan sikap Dhiya yang suka mengadu kepadanya sejak dari kecil lagi. Walau perkara kecil sekalipun akan tertulis di dalam buku aduannya.

‘Berkenaan Cikgu Dhiya itu. Ibu rasa Dhiya terima sajalah cikgu apa pun yang akan menggantikan tempatnya. Dhiya ingatkan erti kesyukuran. Ibu selalu ingatkan Dhiya, kita mesti bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan pandang siapa yang mengajar, tapi pandanglah apa yang diajar. Samalah jugak dengan jawatan. Jangan pandang pangkat seseorang itu tetapi pandanglah tanggungjawabnya. Setiap peristiwa itu pasti ada hikmahnya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Ingat Dhiya!’ Panjang pula Puan Fauziah memberi nasihat. Itulah kelebihannya dalam mendidik anak-anak. Penuh berhikmah.

‘He..he..’ Dhiya tertawa kecil.

‘Dhiya ni kenapa pulak. Ibu bagi nasihat, yang Dhiya gelak sorang-sorang ni kenapa?’ Makin pelik Puan Fauziah dengan sikap anak daranya itu.

‘Ibu, nilah yang buat Dhiya rindu kat ibu ni. Rindu dengar tazkirah ibu. Oh ya ibu, Kimi tak balik ke minggu ni?’ Terasa rindu pula dengan adik kesayangannya itu.

‘Oh Kimi. Kimi tak balik la..Katanya ada ujian dua minggu lagi.’ Puan Fauziah tersenyum sendirian mengenangkan kerenah anak terunanya itu. Amirul Hakimi juga tidak ketinggalan dalam pelajaran. Katanya ingin mengalahkan Fatihah Mardhiya. Jarak umur Kimi dan Dhiya yang hanya setahun membuatkan mereka terlalu akrab. Bezanya Kimi baru sahaja diterima di salah sebuah sekolah berasrama penuh pada tahun ini iaitu setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR yang lalu, tidak seperti Dhiya yang memasuki SMSTA menggunakan keputusan UPSR. Bukan Kimi tidak cemerlang dalam UPSR, Cuma belum rezekinya.

‘Ibu tahu tak, kalau sekolah Dhiya dekat macam sekolah Kimi tu, dah lama Dhiya balik tahu!’ Duga Dhiya.

‘Herm Dhiya. Dhiya belajarlah elok-elok kat negeri orang tu. Kaya ilmu, baru orang hormat. Bukannya asyik kena tipu aja. Ingat Dhiya, ilmu menjaga kita tapi kita yang kena jaga harta’

‘Ibu, Dhiya tak pernah lupa pesan ibu. Ibu doakan Dhiya ya. Abah ada ibu?’

‘Abah Dhiya tu ke mana lagi pagi-pagi hujung minggu ni, ke masjidlah dia. Ada ceramah rasanya. Dhiya nak pesan apa-apa kat abah, boleh ibu sampaikan.’

‘Ibu sampaikan salam Dhiya kat abah. Dekat Kimi pun kalau dia ada telefon ibu. Dhiya pergi dululah ibu. Banyak lagi kerja Dhiya kena bereskan’

‘Baiklah Dhiya. Jaga diri baik-baik. Jangan lupa solat awal waktu ya.’

‘ Siap ibu!’Dhiya membalas kata-kata ibunya dengan nada tentera yang baru menerima arahan daripada orang atasan. ‘Assalamualaikum ibu’

‘Waalaikummussalam’

Toottt… talian dimatikan. Puan Fauziah tersenyum sendirian.









Puan Fauziah terdengar bunyi motor menghampiri rumahnya. Seperti yang diduga, suaminya yang membonceng motor tersebut. Sudah menjadi kebiasaan suaminya mengikuti apa-apa juga program yang diadakan di masjid. Maklumlah, mereka sudah berumur. Puan Fauziah juga turut aktif mengikuti program-program di masjid. Cuma hari itu, dia agak kepenatan untuk turut serta setelah seharian menyiapkan kertas kerja untuk program di sekolahnya.Puan Fauziah merupakan guru penolong kanan hal ehwal pelajar di sekolahnya. Jadi tidak hairanlah dia terpaksa turun padang dalam memastikan kemenjadian para pelajarnya, apatah lagi pelajar sekolah rendah yang masih boleh dilentur.

‘Assalamualaikum Zia’ Encik Rashid memberi salam sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah.

Sedari suaminya yang sudah tiba, Puan Fauziah segera menyambut suaminya dengan penuh rasa hormat. Air kopi kegemaran suaminya dihidang di atas meja berserta cucur ikan bilis yang baru selesai digorengnya.

‘Macammana aktiviti hari ni bang? Siapa yang bagi ceramah?’ Puan Fauziah memulakan perbualan.

‘ Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar. Tadi ada ustaz baru yang menyampaikan ceramah. Katanya lulusan Mesir. Bagus budak tu. Isinya bernas. Cara penyampaiannya pun berkesan. Abang suka sangat gayanya tu.’

‘Baguslah kalau macam tu bang. Zaman sekarang ni bukan senang nak dapat ustaz muda macam tuh. Oh ya bang. Tadi Dhiya ada telefon. Dia kirim salam dekat abang.’

‘Sihat ke si Dhiya tu Zia? Saya pun dah lama sangat tak dengar kabar dia..’

‘Sihat sangatlah Dhiya tu bang. Bertambah manja pun ada.’

Encik Rashid menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar luahan si isteri. Bukan setakat dengan isterinya, Dhiya juga turut manja dengannya. Berbeza pula dengan Amirul Hakimi yang suka berdikari.

‘Erm, tak apalah. Dengan siapa lagi dia nak bermanja kalau bukan dengan kita. Dia sajalah satu-satunya anak perempuan yang kita ada. Dhiya tuh baik budaknya. Dengar kata. Tak susah nak jaga dia. Biarlah kita yang diberi amanah ni mendidik dia menjadi hamba yang bertakwa.’

‘Betul tu bang. Harapnya begitulah.;

Thursday, November 18, 2010

Sutera Kasih~BAB 1

InsyaAllah selepas ini saya akan sertakan novel yang akan dikeluarkan secara bersiri,,..bab demi bab..
Semoga Allah mencurahkan ilham kepada saya untuk manfaat kita bersama..amin~
selamat membaca:))


BAB 1


Pagi itu sungguh hening. Suasana yang sangat mententeramkan hati yang gundah. Seorang gadis bertubuh genit bangkit menurut sunnatullah. Dia ingin memulakan harinya dengan penuh bersemangat. Dia mengharapkan permulaan dan kesudahan yang baik untuk hari barunya.

‘Semoga hari ini jauh lebih baik dari hari semalam’, bisik hati kecilnya.

Perlahan-lahan, dia mengatur langkah ke bilik air. Sempat diperhatinya suasana di seluruh dormitori. Sungguh, teman-teman seusianya sedang asyik dibuai mimpi. Dia melawan rasa mengantuk yang masih bersisa. Rasa sunyi yang sesekali membuat bulu romanya tegak berdiri tidak sesekali menggetarkan imannya. Dia sentiasa berpegang dengan kata-kata ibunya.

‘Rasa takut itu sebenarnya dari syaitan yang ingin menghalang kita daripada berbuat kebaikan. Takutlah cuma kepada Allah. Allah S.W.T. itu sentiasa dekat dengan hamba yang mengingatiNya, malah lebih dekat dari urat nadi kita sendiri.’

Usai membersihkan diri dan berwuduk, cepat-cepat dia mengenakan telekung. Khuatir jika subuh terlebih dahulu menyapa dirinya. Solat sunat tahajud sentiasa menjadi penemannya. Satu sumber kekuatan baginya untuk memulakan hari yang penuh dengan dugaan yang tidak diduga. Dikerlingnya jam loceng di atas katil bujangnya.

‘Baru 5.15 pagi. Masih awal lagi.’

Segera dicapainya Al-Quran kecil pemberian abah. Dia meneruskan bacaannya. Dia berazam untuk khatam lagi pada tahun itu buat kesekian kalinya. Bezanya, dia ingin menghabiskan bacaan Al-Quran berserta maksud. Dia ingin memahami isi kitab agung itu. Semoga dengan usahanya itu, dia sentiasa berada di landasan yang benar.

‘Kring……Kring….”, bunyi loceng di p.a system rancak berbunyi.

Waktu itu, dia baru selesai menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba kepada Sang Khalid. Segera dikejutkan rakan di sebelah katilnya yang masih enak diulit mimpi. Sebahagian besar teman-teman yang lain telah bangun. Masing-masing tergesa-gesa menuju ke bilik air yang pastinya tidak mampu memuatkan semua ahli kamar F7 yang berjumlah 30 orang itu.

‘Fara!Fara! Bangun! Dah lewat ni. Nanti lewat pulak pergi sekolah hari ni.’

‘Hurm’, jawab Fara malas.

Dhiya menggelengkan kepalanya. Tercuit juga hati kecilnya dengan tingkah bedmatenya merangkap teman baiknya sepanjang empat tahun persekolahannya di Sekolah Menengah Sains Tengku Amalin (SMSTA) itu. Tanpa dipinta, timbul idea nakal di benaknya.

‘Rasakan Fara. Berani awak nak rosakkan hari persekolahan pertama kita ye!! Sudahla dah tua. Dah naik form 5 pun’, bisiknya sendirian sambil merenjis air ke muka Fara yang masih menunujukkan tanda-tanda sedang asyik dibuai mimpi yang indah.

‘Fatihah Mardhiya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!’, hampir tersentak teman-teman yang baru pulang dari bilik air apatah lagi teman-teman sespesies Fara yang sedang terkulat-kulat di atas katil masing-masing sementelah mendengar jeritan Fara yang hampir mengalahkan tarzan di hutan.

Seperti tahu sesuatu yang lebih buruk bakal berlaku, Dhiya segera membuka langkah seribu. Fara yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan nakal Dhiya berusaha mengejar Dhiya untuk menghadiahkan pukulan bantal busuknya. Tidak semena-mena ahli dormitori F7 menyaksikan adegan yang tidak diduga itu.

‘Err…awak tak gosok baju sekolah lagikan Fara!!’

Seperti terkena kejutan elektrik berkuasa 800Watt, Fara menghentikan langkahnya. ‘ MasyaAllah!! Kenapa awak tak ingatkan saya Dhiya?’

Dhiya sedikit lega kerana pagi itu tidaklah disajikan dengan hidangan berbabak tragis. ‘Itula awak. Bukannya nak baca doa bangun tidur. Ini tidak, terus menjerit macam anak tarzan sesat dalam hutan. Lepas tu, saya pulak yang awak kejar. Macammana saya nak bagitahu awak’

Fara sedikit kesal dengan tindakannya. Memang tidak dapat dinafikan lagi dengan sikapnya yang cepat melatah apabila terkejut, apatah lagi dengan tindakan Dhiya sebentar tadi.

‘Hah!! Dah nak pukul enam pagi dah!Dhiya! macammana ni??’’ Fara terus membuktikan sikap yang sudah sebati dengan dirinya. Cepat panik.

Dhiya berpura-pura tidak mendengar rungutan Fara. Segera dilipatnya selimut yang berselerak di atas katilnya. Dilihatnya Fara terkocoh-kocoh ke bilik air dengan rambut yang kusut. Dhiya tersenyum sendirian. Fara, Fara…









Dhiya terasa agak canggung tatkala memasuki pintu dewan makan. ‘ Aku tahulah aku pengawas baru, tak payahla pandang aku macam tu!’

Setelah mengambil sarapan, Dhiya bergegas bergerak ke dewan sekolah. Dia tidak mahu lewat. Hari ini merupakan hari pertama dia memainkan peranan sebagai seorang pengawas. Dia ingin menunjukkan komitmen yang tinggi.

‘Bismillahhillazilayadurrumaasmihisyaiunfilardhi……’ mendayu-dayu suara para penuntut SMSTA mengalunkan zikir sementara menunggu ketibaan bonda pengetua. Begitulah ritual para pelajar SMSTA setiap kali perhimpunan rasmi diadakan.Tidak kurang juga yang berbual kosong. Bercerita mengenai pengalaman yang diperoleh sepanjang cuti akhir tahun yang lalu.

Dhiya sempat menjeling sekumpulan pelajar junior yang asyik membuat bising mengalahkan kambing jumpa rumput.

‘Shhh!!! Senyaplah!!! Korang ni tak reti nak hormat majlis ke??’’ Dhiya mula memainkan peranannya sebagai seorang pengawas.

Kumpulan pelajar junior tersebut mula menunjukkan protes. ‘Dahla pengawas baru, ada hati nak tegur kita..apa! ingat dia tuh baik sangatla!! Jalan pun macam kuda.. mengada-ngada!!’

Sedikit sebanyak Dhiya turut mendengar kutukan percuma untuk dirinya pagi itu. Diikutkan hati ingin saja suapkan 5kg cili pedas kepada budak yang memang tak makan dek saman itu. Nasib baiklah Dhiya mampu bersabar. Mahu dia pula yang dicop kurang ajar nanti. ‘Sabarlah Dhiya, biar Allah sahaja yang membalasnya’, pujuk hatinya.

‘Hello Miss F.R.O.G!! Apesal muncung 5 inci ni?? Mengalahkan woody woodpecker taw!! Tadi bukan main seronok ye dia kenekan kita!!’ sergah Fara yang entah dari mana datangnya.

‘Assalamualaikun Cik Fara sayang!! Dah tak reti bagi salam ke?? Main sergah je!! Nasib baik aku ni sihat walafiat lagi taw!! Kalau tak, menangis tak berlagulah kau!!’ Geram pula Dhiya dengan sikap selamba Fara. Tadi Bukan main gelabah, sekarang dah bising mengalahkan lebah. Takkan mimpi indah dalam shower kut. Mustahil!

‘Fatihah Mardhiya!! Yang awak membebel mengalahkan mak nenek ni kenapa?? Soalan saya pun awak tak jawab lagi taw. Agaknya awak ni memang keturunan nenek kebayan kot!’

Dhiya menjegilkan mata mendengar kenyataan tak bertauliah dari Fara. Tak pasal-pasal aku dicop keturunan nenek kebayan. ‘Dahla..Baik kita diam! Nanti kang ada yang kene pegi klinik nanti!’

Fara yang cukup faham dengan kerenah Dhiya hanya menurut. Perlahan-lahan Dhiya mengalunkan zikir. Fara turut serta mengalunkan zikir walaupun berasa pelik dengan sikap Dhiya yang tiba-tiba moody itu. Nampaknya ada yang berhutang cerita dengannya nanti.













Kelas pertama pada tahun dan hari itu berjalan dengan lancar. Siapa sangka guru yang paling garang di sekolah itu akan bersama-sama mereka bagi sesi persekolahan 2011. Bezanya, guru tersebut menunjukkan perubahan yang amat ketara. Wajahnya yang dianggap bengis oleh senior-senior mereka tidak lagi seperti yang diuar-uarkan. Malah, tuturnya juga lembut dan penuh keibuan. Subjek Additional Mathematic yang diajar memungkinkan sikap panas barannya selama ini, tetapi tiada tanda-tanda sikap itu akan muncul pada sesi persekolahan baru ini.



‘Menarik! Betulkah itu Cikgu Maznah yang saya kenal selama ini?? Rasa macam tak percaya. Kalau macam nilah gayanya, mesti semangat saya belajar Add tahun ni.’

Terdengar beberapa komentar tentang keajaiban yang berlaku di depan mata oleh salah seorang pelajar 5 Cemerlang. ‘Itulah. Saya baru berazam nak kenakan dia habis-habisan tahun ni kalau barannya tak berubah. Nampaknya, sia-sialah gelaran yang saya fikirkan untuknya selama ni..’ Tambah salah seorang pelajar yang lain.

‘Gelaran apa pulak yang awak fikirkan , Maya??’ Tanya Suria merangkap ketua kelas 5 Cemerlang.

‘Betul korang semua nak tahu ni?? Gelarannya……’Maya diam sebentar sebelum meneruskan kata-katanya. ‘Cikgu Maznah berjambul’

Sejenak kemudian, meletus ketawa sulung para pelajar 5 Cemerlang pagi itu. Dhiya yang mulanya tidak berminat mengikuti sesi ‘nasi lemak kopi O’ pagi itu turut menghamburkan tawanya. ‘Korang nih!!’desisnya.

‘Apesal pulak Cikgu Maznah berjambul. Rasa macam tak sesuai je. Ape kata Cikgu Maznah mulut itik, lagi best! Barulah ngam dengan mulut muncungnya yang tak pernah berhenti membebel tuh. Macam tadi! Baru first class, tapi dah macam pembaca berita hilang ijazah aku tengok.’Tambah Ikin yang memang terkenal dengan pelajar nakal di SMSTA.

Seperti bom yang telah ditetapkan waktu letupan, sekali lagi suasana kelas 5 Cemerlang menjadi bingit dengan ketawa yang meledak.

‘Sudah! Sudah! Apelah korang semua ni. Pagi-pagi dah buat dosa. Kutuk cikgu pulak tuh. Kan Cikgu Maznah dah berubah. Kira okla tu. Ni tak, bagi gelaran entah apa-apa kat dia. Sedarlah sikit, kita ni nak SPM tahun ni. Restu cikgu tu penting.’ Entah dari mana kekuatan yang diperolehnya untuk menasihati teman-teman sekelasnya itu. ‘Entah-entah betul kata Fara yang aku ni keturunan nenek kebayan.’ Dhiya sempat menjeling Fara yang tersengih-sengih bak kerang busuk memandangnya. ‘Kutuk akulah tu’

















‘Mana Puan Maisara ni? Tak pasal-pasal aku tak belajar Biology hari ni. Dahla orang tengah semangat belajar Biology ni. Hari tu, dia yang semangat suruh kitorang study Bio, sekarang batang hidung pun tak nampak.’ Rungut Dhiya apabila guru yang dinanti-nanti tidak kunjung tiba. Sudah naik lenguh kakinya berdiri di luar lab.

‘Suria, cuba awak pergi tanya dekat pejabat sekolah.’Usul Puteri, seorang pelajar yang tak kalah hebatnya dengan Dhiya dalam subjek Biology.

Sepuluh minit kemudian, Suria muncul membawa perkabaran tiada kelas Biology pada hari itu kerana Puan Maisara telah selamat bertukar di pedalaman Serawak kerana mengikut suaminya yang terpaksa ditukarkan secara mengejut. Semua pelajar 5 Cemerlang terkejut dengan perkabaran itu.

Dhiya seperti terhenyak dengan batu yang besar. ‘Sampai hati cikgu.’ Hatinya sayu mengenangkan guru kegemarannya itu.

Wednesday, November 17, 2010

kisah air mata

Amir dan isterinya sedang berada di dapur.
"Abang, sayang minta maaf kerana abang yang terpaksa memasak pada hari ini."
Amir tersenyum.
"Sayang sudah masakkan makanan yang sedap untuk abang hampir setiap hari. Kali ini, biarlah abang pula yang memasak untuk sayang. Sayangkan demam, sayang berehatlah."
Aisyah berkata,
"Tugas memasak, abang serahkanlah kepada Aisyah. Abang sudah seharian bekerja untuk mencari rezeki. Kini giliran Aisyah pula untuk melayani abang. Memasak dan melayan abang adalah kerehatan untuk Aisyah."
Amir berkata,
"Malam ini, biarlah abang yang memasak untuk Aisyah. Bukan selalu Aisyah dapat merasa masakan abang. Aisyah bimbang masakan abang tidak sesedap masakan Aisyah?"
Aisyah tersenyum dan berkata,
"Masakan abang tentulah sedap, tetapi tidaklah sesedap masakan Aisyah."
Amir tersenyum dan membalas,
"Masakan abang makin bertambah sedap. Selepas ini Aisyah akan merayu-rayu meminta abang supaya memasak untuk Aisyah."
Aisyah tersenyum dan berkata,
"Aisyah tahu, abang memasak menggunakan perencah kasih sayang, sebab itulah masakan abang makin bertambah sedap."
Amir tersenyum dan bertanya kepada Aisyah.
"Sayang, berapa banyak garam yang perlu abang masukkan ke dalam masakan ini?"
Aisyah menjawab,
"Abang masukkanlah garam dengan secukup rasa. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sedikit."
Amir menjawab,
"Boleh sayang tolong abang untuk masukkan garam ke dalam masakan ini? Abang terpaksa mengalah, sayang lebih pakar dalam hal memasak berbanding abang."
Aisyah tersenyum dan menolong suaminya.
"Abang tahu kenapa kita kena masukkan garam dengan secukup rasa sahaja? Kenapa tidak boleh terlalu banyak atau tidak boleh terlalu sedikit."
Amir menjawab,
"Tukang masak profesional mahu menguji abang, ya? Kalau terlebih garam, masakan akan jadi masin dan kalau terkurang garam pula masakan akan jadi tawar."
Aisyah tersenyum.
"Kalau garam perlu dimasukkan dengan secukup rasa, bagaimana pula dengan cinta?"
Amir tersenyum dan menjawab,
"Abang mungkin kalah dengan Aisyah dalam hal memasak, tetapi abang tidak mahu kalah dengan Aisyah dalam soal cinta."
Aisyah tersenyum dan Amir meneruskan kata-katanya,
"Abang berikan cinta abang kepada Aisyah dengan secukup rasa. Cinta yang abang berikan kepada Aisyah, tidak lebih dan tidak kurang. Semoga cinta antara abang dan Aisyah tidak akan melalaikan kita daripada mengingati Allah."
Aisyah tersenyum dan berkata,
"Abang memang pakar dalam bercinta. Makin hari, makin Aisyah cinta kepada abang. Kadang-kadang, Aisyah rasa abang adalah pakar bius. Aisyah dibius cinta."
Amir tersenyum.
"Nasib baik abang tidak menjadi doktor. Kalau tidak, ramai pula pesakit yang terbius dengan bius cinta abang."