FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Saturday, February 21, 2015

Berubahlah Kerana Allah


Setiap daripada kita memiliki kisah silam yang tersendiri
Memiliki pengalaman dan situasi yang berbeza
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah sepenuhnya
Dia berhak memberinya kepada sesiapa yang diinginkanNya
Apabila hati mula diketuk cahaya hidayah Ilahi
Maka saat itulah kita mula menyesal akan dosa² lalu
Saat itu juga kita tercari-cari Tuhan
Mula mengintai diri kita yang sebenarnya
Yang suci fitrahnya

Buat gadis
Tudung yang pendek mula dilabuhkan
Baju yang sendat mula dilonggarkan
Pakaian persis seorang muslimah solehah
Persis seorang bidadari dunia
Adab dan akhlak dijaga
Ibadah mula dipertingkat
Yang fardu dinaikkan nilai kekhusyukan
Yang sunat diamal²kan
Makin mencari di mana Tuhan dalam hati
Setelah sekian lama hidup "jauh" daripada Dia
Hati yang kosong mula terisi
Lebih enak lagi diisi dengan alunan zikrullah di setiap denyut nadi
Saat itu, hanya redha dan cinta Ilahi menjadi harapan
Menyedari dunia ini hanya persinggahan dalam perjalanan menuju negeri abadi
Dalam perjalanan menemui pencipta yang Maha Kuasa...

Lantas dalam perjalanan hijrah ini.terlalu banyak mata yang memerhati
Terlalu banyak sampaikan kekadang diri ini hampir tewas
Lantas duduk terdiam di hamparan sejadah
Sujud mengadu pada Tuhan yang tahu segala
Termasuk lintasan hati yang panasaran dalam perjalanan hijrah ini

Aduh
Diam² rupanya keluarga pula masih belum mengerti akan perjalanan hijrahku
Termasuk ibu sendiri yang selama 9 bulan aku menumpang di dalam rahimnya.
Rupa²nya masih ada yang belum mengerti
Lantas tangan menyeka pilu aliran air mata membasahi pipi tanpa dipinta
Terdetik seketika, dakwah sini-sana tapi keluarga sendiri entah ke mana
Kemudian teringat bahawa bahtera nabi nuh juga tidak dinaiki si isteri
Maka mengapa harus aku futur dalam jalan dakwah yang aku pilih?
Aku ingin sekali menarik sahabat²ku ke syurga sana
Apatah lagi keluarga sendiri
Mana mungkin aku membiarkan hidayah ini menjadi milikku tanpa menjadikan diri ini "perantara" hidayah buat insan lain.
Sungguh jalan ini jalan yang sama dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat
Jalan ini jalan mulia dan aku takkan senang mengundur diri
Mana mungkin aku membiarkan cahaya Islam malap begitu sahaja
Apatah lagi di akhir zaman ini
Kerana telah lama aku wakafkan diri kepada Allah
Maka persinggahan di dunia ini harus aku gunakan sebaiknya
Supaya kelak aku pergi menghadap Tuhan dalam keadaan tugasku telah selesai

Berubahlah kerana Allah
Aku yakin dalam pendakian ini
Aku akan berjaya sampai ke hujunganya.
Pendakian melakukan semua perkara yang Allah redhai dalam usaha mencari redha dan cinta Ilahi
Walaupun pujian dan cercaan yang aku terima
Walaupun terpaksa berkorban masa jiwa harta dan tenaga

Ini jalan yang Allah anugerahkan untukku
Semoga diri terus istiqamah
Moga² Allah redha
Bila hati melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah, pasti manfaatnya kekal kerana Allah itu kekal abadi sedangkan yang fana ini segala yang kita hadapi dan miliki

Allah yuftah alaykum
Alhamdulillah...

Tuesday, December 2, 2014

Rukhsah solat

Kuliah fiqh wanita
Solat jamak dan qasar
Jamak(mengumpulkan dua solat dalam satu waktu)
Contoh: mengumpulkan solat asar pada waktu zohor
Dua jenis solat jamak:
Jamak takdim(waktu zohor dijamakkan dengan waktu asar dalam waktu zohor atau maghrib dijamakkan dengan isyak dalam waktu maghrib)
Jamak ta'khir(melewatkan)
Melaksanakan waktu zohor dalam waktu asar atau melaksanakan waktu maghrib dalam waktu isyak
Solat jamak ta'khir
1)berniat untuk menta'khirkan waktu yang pertama dalam waktu kedua
2)masih bermusafir
Kalau dah sampai destinasi dah tak boleh jamak
Berkekalan musafirnya sehingga kedua-dua solat

Kenapa kita kena niat
-takut lupa
-dah dikira solat zohor walaupun tidak solat andai kata berlaku kemalangan dan mala petaka

Solat jamak ta'khir tak disyaratkan tertib,maksudnya nak mulakan zohor atau asar kedua-duanya dibolehkan tetapi digalakkan mengutamakan mendahulukan solat yang waktunya dahulu

1)Solat jamak takdim mesti dimulakan dengan solat yang waktunya terdahulu
Niat jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram atau di tengah-tengahnya selama mana kamu masih belum memberi salam
Sama macam mufarakah untuk berpisah solat sendirian daripada imam,boleh ubah niat solat jamak andai terlupa untuk niat solat jamak ketika sedang membaca al-Fatihah sebagai contoh dengan syarat sebelum memberi salam
2)Mesti berturut-turut andai diselangi hanya dengan iqamat atau mengambil wuduk, kalau perkara darurat jangan melebihi tempoh 2 rakaat solat

Tak ada solat menghormati waktu yang ada ialah menghormati waktu, kalau kita sebut solat ia dikira seolah-olah kita solat betul-betul
Contoh situasi terperangkap dalam jam, terlepas waktu maghrib maka kita bertafakur menghormati waktu, antara kita dengan Allah, kemudian kita berselawat beristighfar dan sebagainya mengharapkan Allah mengampuni kita.
Pengajaran:jangan melengah-lengahkan solat

Tempoh musafir untuk jamakkan solat: tempoh sebenar musafir ialah 3 hari tidak termasuk hari pergi dan balik,maksudnya dalam tempoh 5 hari itu dibenarkan jamak.

2 marhalah ulamak berbeza pendapat maka ambillah yang maksimum,paling selamat iaitu 60 batu bersamaan lebih kurang 90 km.

Permulaan musafir dikira setelah kita keluar kawasan.
Keluar kawasan masudnya kalau contoh dari uitm shah alam, keluar kawasan bermula daripada tak nampak uitm shah alam.

Qasar=memendekkan solat daripada 4 rakaat kepada 2 rakaat

Syarat2 qasar
1)musafir bukan bertujuan maksiat
2)perjalanan tidak kurang daripada 2 marhalah
3) solat yang 4 rakaat sahaja
Tambahan: tidak boleh qasarkan solat yang ingin diqada jika solat itu ditinggalkan bukan dalam musafir namun solat yang ditinggalkan dalam keadaan musafir boleh diqada' secara qasar sekiranya masih dalam keadaan musafir,namun tidak boleh qadak secara qasar sekiranya kita bermukim walaupun solat yang tertinggal itu dalam keadaan kita musafir.

4) hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratul ihram.
Contoh kalau kita niat solat qasar tapi kita lupa duduk tahiyyat akhir sewaktu rakaat kedua kerana terbiasa solat 4 rakaat,maka kita ada dua pilihan
-teruskan solat zohor 4 rakaat seperti biasa tetapi tukar niat solat 4 rakaat ketika tahiyyat
@
-ubah kedudukan kepada tahiyyat akhir dan tamatkan solat dengan dua rakaat.

Dibolehkan jamak sahaja
-orang yang ada penyakit contoh keluar darah tak berhenti(kes-kes tertentu sahaja)
Cara 1: lewatkan solat zohor dan tunggu asar
Tetapi kalau mudarat jugak
Cara 2: jamak
-ketika banjir.(darurat sangat)

Orang yang solat qasar atau jamak qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat tamam (sempurna rakaatnya, tak boleh kerana tak sama niat atau bilangan rakaat), tetapi kalau sempurna atau sama rakaatnya dengan imam,dibolehkan berjemaah.

Kalau musafir berhenti sesuatu tempat selama 3 hari atau lebih maka terputuslah musafirnya tetapi jika urusannya tidak selesai(tidak diketahui bila selesai urusannya,tak mampu target tempoh selesai urusan tersebut)maka dibolehkan jamak qasar selama 18 hari.

Saturday, November 29, 2014

Mantapkan Aqidah, Tepis anasir luar

Bismillah
Moga Allah redha akan penulisan ini

Muslimin muslimat, mukminin mukminat yang dirahmati Allah sekalian
Sekarang kita berada di fasa kebangkitan
Pelbagai serangan dari dalam dan luar sentiasa berusaha menyusup masuk sedalam yang mungkin demi menjatuhkan Islam

Suatu ketika dahulu kita lihat Islam pernah berada di kemuncak kegemilangannya
Islam menguasai keseluruhan dunia
Banyak ilmuan yang muncul dalam kalangan umat Islam
Namun hari ini kita lihat ramai pelajar yang beragama Islam dihantar belajar ke negara-negara barat semata-mata untuk menyedok kembali imu-ilmu yang sepertinya pesat berkembang di sana
Jerih perih ilmuan Islam suatu ketika dahulu terkubur begitu sahaja
Di manakah martabat Islam di mata dunia ketika ini?

Sahabat sahabiah sekarang,
Tika ini kita bukan lagi diserang oleh fahaman sekularisme yang biasa-biasa, tetapi kita sedang berada dalam serangan sekularisme generasi kedua
Berasaskan fahaman ini, tercetusnya fahaman-fahaman lain yang cuba menakluki minda dan menggoyahkan pegangan kita
Bertapa kita sekarang diancam serangan secara halus, namun masih ramai antara kita tidak menyedarinya

As-Syahid Imam Hassan al-Banna pernah berkata, bertapa ramainya umat Islam pada hari ini namun kita semua ibarat buih-buih di lautan, gampang sekali untuk pecah dan lenyap begitu sahaja.
Berapa ramai umat Islam hari ini sedang lena dibuai mimpi sedangkan musuh-musuh sedang giat merencanakan susulan tindakan penjatuhan yang tidak pernah putus sejak berzaman lalu

Oleh itu amatlah penting untuk kita sebagai umat yang prihatin terhadap agama, seorang hamba yang mengharapkan cinta Rabbnya untuk mempertahankan akidah yang kita pegang sekukuh mungkin
Dalami ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah, ilmu yang memantapkan akidah kita, ilmu mengenal Allah
Terlampau banyak doktrin yang menggusarkan bakal menyelewangkan pegangan akidah kita khususnya golongan anak muda pada hari ini
Kita sangka kita telah merdeka namun hakikatnya kita masih dijajah secara halus yang hakikatnya lebih bahaya daripada penjajahan secara zahir
Celikkan mata hati dengan sinaran cahaya iman dan petunjuk inayah Ilahi agar Allah membimbing kita dan menyelamatkan kita daripada pelbagai  pemahaman yang menyesatkan.
Nau'zubillah hi min zalik

Ayuh,mantapkan aqidah yang menjadi akar sepohon pokok dan tunjang sebuah kehidupan yang sementara.

Aqidah yang sejahtera, aqidah ahli sunnah wal jamaah

Aqidah yang benar