FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Saturday, February 21, 2015

Berubahlah Kerana Allah


Setiap daripada kita memiliki kisah silam yang tersendiri
Memiliki pengalaman dan situasi yang berbeza
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah sepenuhnya
Dia berhak memberinya kepada sesiapa yang diinginkanNya
Apabila hati mula diketuk cahaya hidayah Ilahi
Maka saat itulah kita mula menyesal akan dosa² lalu
Saat itu juga kita tercari-cari Tuhan
Mula mengintai diri kita yang sebenarnya
Yang suci fitrahnya

Buat gadis
Tudung yang pendek mula dilabuhkan
Baju yang sendat mula dilonggarkan
Pakaian persis seorang muslimah solehah
Persis seorang bidadari dunia
Adab dan akhlak dijaga
Ibadah mula dipertingkat
Yang fardu dinaikkan nilai kekhusyukan
Yang sunat diamal²kan
Makin mencari di mana Tuhan dalam hati
Setelah sekian lama hidup "jauh" daripada Dia
Hati yang kosong mula terisi
Lebih enak lagi diisi dengan alunan zikrullah di setiap denyut nadi
Saat itu, hanya redha dan cinta Ilahi menjadi harapan
Menyedari dunia ini hanya persinggahan dalam perjalanan menuju negeri abadi
Dalam perjalanan menemui pencipta yang Maha Kuasa...

Lantas dalam perjalanan hijrah ini.terlalu banyak mata yang memerhati
Terlalu banyak sampaikan kekadang diri ini hampir tewas
Lantas duduk terdiam di hamparan sejadah
Sujud mengadu pada Tuhan yang tahu segala
Termasuk lintasan hati yang panasaran dalam perjalanan hijrah ini

Aduh
Diam² rupanya keluarga pula masih belum mengerti akan perjalanan hijrahku
Termasuk ibu sendiri yang selama 9 bulan aku menumpang di dalam rahimnya.
Rupa²nya masih ada yang belum mengerti
Lantas tangan menyeka pilu aliran air mata membasahi pipi tanpa dipinta
Terdetik seketika, dakwah sini-sana tapi keluarga sendiri entah ke mana
Kemudian teringat bahawa bahtera nabi nuh juga tidak dinaiki si isteri
Maka mengapa harus aku futur dalam jalan dakwah yang aku pilih?
Aku ingin sekali menarik sahabat²ku ke syurga sana
Apatah lagi keluarga sendiri
Mana mungkin aku membiarkan hidayah ini menjadi milikku tanpa menjadikan diri ini "perantara" hidayah buat insan lain.
Sungguh jalan ini jalan yang sama dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat
Jalan ini jalan mulia dan aku takkan senang mengundur diri
Mana mungkin aku membiarkan cahaya Islam malap begitu sahaja
Apatah lagi di akhir zaman ini
Kerana telah lama aku wakafkan diri kepada Allah
Maka persinggahan di dunia ini harus aku gunakan sebaiknya
Supaya kelak aku pergi menghadap Tuhan dalam keadaan tugasku telah selesai

Berubahlah kerana Allah
Aku yakin dalam pendakian ini
Aku akan berjaya sampai ke hujunganya.
Pendakian melakukan semua perkara yang Allah redhai dalam usaha mencari redha dan cinta Ilahi
Walaupun pujian dan cercaan yang aku terima
Walaupun terpaksa berkorban masa jiwa harta dan tenaga

Ini jalan yang Allah anugerahkan untukku
Semoga diri terus istiqamah
Moga² Allah redha
Bila hati melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah, pasti manfaatnya kekal kerana Allah itu kekal abadi sedangkan yang fana ini segala yang kita hadapi dan miliki

Allah yuftah alaykum
Alhamdulillah...

No comments: