Allah ajarkan aku erti cinta. Sahabat
nyatakanlah kepadaku apakah makna cinta. Apakah nilai cinta di matamu? Adakah
ia seperti barang-barang yang boleh dijual beli ataupun hanya seperti khazanah
yang perlu disimpan kejap di dalam peti besi supaya tidak ada sesiapa pun yang
dapat merampasnyadarimu? Indahkah cinta atau sakitkah? Bagaimanakah rasa
bahagia dilamun cinta? Ahhhh aku ingin tahu sekali kerana aku belum pernah
merasai cinta yang membuatkan diri sang pencinta seperti dilambung tinggi di
awan-awangan.
Tuhan ajarkan aku erti cinta. Cintaku hanya satu. Cinta pada Ilahi,
cintakan Rasul dan agamaku yakni Islam. Ya hanya belajar mencintai tiga subjek
utama di atas sudah cukup mengajarku erti cinta. Rasa sakit dan gembira
mencintai Ilahi memuatkan aku dewasa dalam menjalani kehidupan. Kerana Dialah
cinta pertama dan utamaku. Tiada yang lain dan aku tidak akan pernah
menduakannya. Dia hanya satu. Ya Wahid, ajarkan aku erti cinta seorang hamba
kepada penciptanya . aku cukup gembira “bercinta”. Cukup gembira! Setiap hari,
pasti aku bersujud sebanyak 34 kali, di
dalam sujud-sujudku dipenuhi dengan keindahan yang tidak dapat digambarkan
dengan kata-kata. Cukup untuk aku melepaskan rinduku kepada kekasihku. Setiap
hari yang tanpa keuzuran aku membaca ayat-ayat cinta yang penuh romantis dari
kekasihku. Sujud-sujud dan ayat-ayat cinta tersebutlah yang sering mengtarbiah diriku supaya
sentiasa dekat, dekat dan lebih dekat. Kadangkala Dia menguji cintaku kepadanya
sehinggakan hatiku pernah berasa goyang. Debaran cintaku seperti sudah tidak
wujud. Hatiku seperti mati dan beku. Namun perasaan inilah yang membuatkan
dadaku semakin sesak dan sentiasa terasa ingin kembali kepadanya malah terasa
mahu menjadi lebih dekat daripada yang sebelumnya. Subhanallah! Indahnya
cintaku dan aku yakin insan-insan lain juga sedang hanyut dibuai cinta dengan
Pencipta andai mereka memahami erti cinta yang sebenar. Erti cinta yang
hakikatnya tidak pernah menghanyutkan tetapi hakikatnya sentiasa membimbing dan
mentarbiah.
Allah, aku hamba yang lemah. Namun di sebalik kelemahanku Engkau gantikan
pula dengan kelebihan yang jarang sekali aku syukuri.
Allah. Aku hamba-Mu yang lemah. Namun aku
sering mengharapkan agar Engkau sentiasa memandangku dengan cintaMu yang pasti
membahagiakanku.