Puput semilir laut menampar lembut muka hawa..
Redup mentari senja membuatkan dirinya seperti terumbang ambing di alam keindahan yang tidak dapat ditefsirkan dengan kata-kata. Kakinya menguis-nguis pasir pantai yang putih mulus.Dia terkenangkan tawaran Adam. Tawaran berpangkat besar yang hanya mungkin diterima oleh seorang gadis sahaja...
Ya, Hawa tahu dia sememangnya layak menikah jika melihat dari sudut umurnya..
Tidaklah terlalu lewat dan tidak terlalu awal, memang pada saat manis seorang gadis disunting.Hatinya berbisik sendiri...
ADAM,
Andai sahaja engkau mendengarkan bisikan hati dalam keresahan ini
Adakah engkau akan memahami apa yang cuba kusampaikan???
ADAM,
Aku belum bersedia untuk menjadi suri dalam hidupmu
Tawaranmu indah dan akan tetap indah untuk aku kenang dan terus mengenang
tapi terimakah engkau akan jawapan yang menghancurkan hatimu ini???
ADAM,
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah bagiku
Ianya suatu percaturan hidup
Dilahirkan dengan mulanya syurga berada di bawah telapak kaki ibu
Kemudian kamu pula yang bertanggungjawab akan baik buruk letaknya kedudukanku di dunia dan akhirat kelak
ADAM,
Berilah aku tempoh
Sehingga aku benar-benar bersedia untuk menjadi isteri
Supaya statusku sebagai isteri bukanlah ISTERI semata-mata
Tetapi isteri SOLEHAH yang mampu menyejukkan kalbumu
Menjadi penyejuk mata dan penawar hatimu
ADAM,
Tahukah kamu bahawa aku juga bakal menjadi ibu setelah berkahwin denganmu???
Aku juga bukan ingin memegang gelaran IBU semata-mata
Tetapi ibu MITHALI yang akan melahirkan anak-anak muhajidin yang cerdas dan berani hatinya
ADAM,
Kiranya maksud bisikan naluriku ini
Bertujuan untuk menyampaikan bait-bait hasrat dan harapan seorang hamba yang lemah
Untuk menjadi isteri dan ibu yang diredhaiNya
Dalam institusi keluarga SAKINAH yang diharapkan setiap MUSLIMAH SEJATI
ADAM,
Sokonglah hasrat murniku ini
Dan kuharap dikau faham dan sabar
Salam Sayang,
HAWA


No comments:
Post a Comment