FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Thursday, March 29, 2012

just smile

i am crying for no reason
tak tahu rasa apa
since on the way nak msk ofis td dah rasa sebak
let me tell the truth
that sort of feeling came when my mom told me about her boss daughter
yeayyh, kami sebaya
alhamdulillah she was offered to further her study in melbourne australia


i was not jealous at all
but then my heart wound was definitely bleeding again
since i was thinking how poor i am
y don't i give my real effort
ALLAHUAKBAR
no regret with His fate
but this was just a sort of feeling
as an examination of faith
then smile Fatihah.. :D

YESTERDAY i was at the stadium with anis waheeda
thanks pak cik musoddad for spend me a meal :)
n alhamdullillah
the uncles* pic of the booth are so kind
n keep enthusiasting me and enlighten my day n exactly life by informing about the chances
special apprecition for the uncle in ump for great explainatin about engineering eventhough i had never thought to take eneneering..

uncle risk management
u"re so funny even sangatla geram saya ini

" aku panggil kau sayang kan ko lempang aku...aunty macam ni........... n blablabla"

haha..geram la jgk kan

ok pak cik QAS...
walaupun sy dah cite psl GMN awal n encik macam dah jaki saya...
haha
ape2 je lah kan
sorry may be not attending malam ni
ape2pun teruskan usaha pak cik
kalau ade rezaki saya sambung medik mesir ke..
heeee...
but the cost is very high !!
xpe  ...seems that locally study is much better for me,,,
He knows the best
n y u keep crying fatihah?
just smile n say alhamdulillah...

#i have motorcycle driving license test tomorrow..
wish my luck the best friends..
n jazakallahhukhayra :p

well.. this is good to be shared :D


with faith,
fatihah

Saturday, March 24, 2012

thank you Allah

alhamdulillah ya robb...
betull kata kawan2
He knows the best!!!
n i've got the best
biarpun dalam erti kata lain
hati ini masih mewujudkan tanda soal
tapi selayaknya aku sebagai hamba yang lemah
mengucapkan kata syukur
alhamdulillah3 dalam setinggi2 kesyukuran


insyaAllah, medical student to be
doakan saya menjadi pelajar perubatan yang berjaya
sekali mendapat kegagalan
selamanya enggan mengulang rasa kepahitan
walaupun kadang2 saya rasa
Dia memberikan lebih daripada apa yang saya perlu
kawan2 cakap
jgn tengok hasil sebab Dia menilai usaha
dan pada sekian waktunya
saya merasai bertapa sedikitnya usaha ini
tetapi kini
ALHAMDULILLAH yag tidak berkesudahan
kerana Dia masih membuka jalan
dan memberi apa yang terbaik kepada saya
mengikut ukuranNya

8a1b=3a+3a2a-1b+
keputusan spm 2011 saya
rasa sudah bercampur aduk
tapi hanya ini yang termampu
doakan yang terbaik buat saya
dan faktanya di sini
Allah sangat baik kepada saya :)
terima kasih Allah

masih terfikir2
law vs medik
istikharah menanti
keputusan dariNya ku tunggu
cukuplah Dia sebagai sebaik-baik penolong dan pelindung
hanya DIA....


hari ini melakar sejarah lagi
buat pertama kalinya aku membuat post menggunakan laptop sendiri
terima kasih umiku
anda wanita terhebat dalam hidup saya
tiada siapa mampu menandingi
kerana di pandangan mata saya
dia yang terhebat
walaupun agak terkilan dengan keputusanku
ALLAH..kuatkan aku....

sekian
salam sayang dari saya
insan yang tidak akan beputus asa
tetapi akan terus berjuang
dan insyaAllah akan berkongsi kegembiraan yang lebih enak
di masa akan datang


sekali jatuh ke perigi yang dalam
tidak akan pernah langsung ingin melalui perigi berbahaya itu lagi
hidup saya selepas ini
hanya untuk menuntut ilmu
sebagai saham di akhirat
cara saya mendekatiNya
dan misi terpenting membahagiakan insan tersayang


warkah insan kerdil
dari rumah harapan dan pergantungan
untuk diri sendiri
dan yang membaca
Allahuyusahhil alaik :)


#terima kasih kepada kalian yang mendoakan saya
semoga Allah berkahi kehidupan kalian (:


selingan2 ^^
mungkin perlu dibuat nota di sini
pertukaran status di fb bukanlah satu realiti yang selalu difikirkan mereka2..haha
cuma untuk menjaga diri
dan menjauhi sesiapa sahaja yang patut dijauhi...  :-)
jangan tersalah tafsir yaa
kerana pertukaran itu membawa maksud yang sgt tersurat!!!


Thursday, March 8, 2012

BINGKISAN HAWA::.. BUKAN AKU TIDAK LAYAK MENIKAH TAPI TIDAK MAMPU











Puput semilir laut menampar lembut muka hawa..
Redup mentari senja membuatkan dirinya seperti terumbang ambing di alam keindahan yang tidak dapat ditefsirkan dengan kata-kata. Kakinya menguis-nguis pasir pantai yang putih mulus.Dia terkenangkan tawaran Adam. Tawaran berpangkat besar yang hanya mungkin diterima oleh seorang gadis sahaja...

 Ya, Hawa tahu dia sememangnya layak menikah jika melihat dari sudut umurnya..
Tidaklah terlalu lewat dan tidak terlalu awal, memang pada saat manis seorang gadis disunting.
Hatinya berbisik sendiri...

ADAM,
 Andai sahaja engkau mendengarkan bisikan hati dalam keresahan ini
Adakah engkau akan memahami apa yang cuba kusampaikan???
ADAM,
Aku belum bersedia untuk menjadi suri dalam hidupmu
Tawaranmu indah dan akan tetap indah untuk aku kenang dan terus mengenang
tapi terimakah engkau akan jawapan yang menghancurkan hatimu ini???
ADAM,
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah bagiku
Ianya suatu percaturan hidup
Dilahirkan dengan mulanya syurga berada di bawah telapak kaki ibu
Kemudian kamu pula yang bertanggungjawab akan baik buruk letaknya kedudukanku di dunia dan akhirat kelak
ADAM,
Berilah aku tempoh
Sehingga aku benar-benar bersedia untuk menjadi isteri
Supaya statusku sebagai isteri bukanlah ISTERI semata-mata
Tetapi isteri SOLEHAH yang mampu menyejukkan kalbumu
Menjadi penyejuk mata dan penawar hatimu
ADAM,
Tahukah kamu bahawa aku juga bakal menjadi ibu setelah berkahwin denganmu???
Aku juga bukan ingin memegang gelaran IBU semata-mata
Tetapi ibu MITHALI yang akan melahirkan anak-anak muhajidin yang cerdas dan berani hatinya
ADAM,
Kiranya maksud bisikan naluriku ini
Bertujuan untuk menyampaikan bait-bait hasrat dan harapan seorang hamba yang lemah
Untuk menjadi isteri dan ibu yang diredhaiNya
Dalam institusi keluarga SAKINAH yang diharapkan setiap MUSLIMAH SEJATI
ADAM,
Sokonglah hasrat murniku ini
Dan kuharap dikau faham dan sabar


Salam Sayang,

HAWA


Saturday, March 3, 2012

IBADAH NAWAFIL



assalamualaikum semua^^
kat bawah ni saya senaraikan ibadat-ibadat sunat yang dapat sama-sama kita amalkan
insyaAllah
semoga dengannya kita dapat mendekatkan diri kepadaNya

  1. solat tahajud
  2. solat dhuha
  3. solat hajat
  4. solat rawatib
  5. puasa isnin khamis
  6. qiamullail
  7. membaca al-Quran setiap hari
  8. baca al-Mulk sebelum tidur
  9. baca Yassin pada malam jumaat
  10. baca surah al-Kahfi pada hari Jumaat
  11. baca surah ad-Dukhan pada malam hari(Allah mengampunkan dosa)
  12. baca al-ma'thurat di pagi dan petang hari
  13. mentadabbur
  14. sujud syukur
  15. solat berjemaah-digandakan 27 kali ganda
  16. berselawat
  17. mulakan setiap pekerjaan dengan basmalah
  18. sentiasa berwuduk
  19. banyakkan beristighfar
  20. amalkan asma al-husna kerana banyak khasiatnya
  21. banyakkan berdoa-setiap masa,tempat dan ketika
dll :)


mari sama-sama cuba mengamalkannya ^_^



Thursday, March 1, 2012

ARWAH CIK DAN TUK AYAH~al fatihah

bismillahirrahmanirrahim...
mungkin post ini dalam mode yg agak sedih
sebenarnya td br balik belajar kereta
masuk ofis tgh hr
tgh buat kerja akaun n tiba2 umi call
mintak tolong saya checkkan emailnya kerana pejabatnya ada sikit problem internet

mungkin saya telah mengacau privasinya
tertarik untuk membuka email dari mak long*umi hanya dua beradik
dan email2 lama tersebut adalah pada tahun 2004
di mana tahun2 kritikal mereka diuji untuk menjaga ibu bapa mereka
iaitu arwah datuk dan nenek kesayangan saya

habis terbengkalai kerja-kerja akaun saya
kebetulan saya berseorangan di ofis hari ini
serta-merta ingatan terhadap kedua-dua arwah bermain di fikiran saya-al-Fatihah

Tidak sangka begitu hebat dugaan umi dan mak long menjaga mereka
dan tak pernah saya tahu bahawa mereka sering berhubung melalui email
dan hakikatnya
mereka sungguh tabah dan ikhlas berbakti kepada kedua-dua orang tua di akhir sisa hidup kedua-duanya


maaf untuk menceritakan ini
tetapi saya betul-betul terkenangkan mereka
kerana saya betul-betul rapat dan manja dengan mereka di masa kecil saya
kebanyakan kenangan manis di zaman kecil adlah bersama mereka
tidak sangka dalam meniti usia remaja ini
sudah hampir 6 ke 7 tahun peninggalan mereka
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka
amin~

saya terfikirkan ini
mungkinkah saya kan setabah umi untuk berbakti kepada orang tua saya kelak
insyaAllah
walau apa pun terjadi, saya akan menjaga mereka kelak
kerana mereka keutamaan saya


maaf maaf dan maaf
semoga kita sentiasa ikhlas dalam berbakti jua ikhlas menerima qada' dan qadarnya
mudah-mudahan~

kehadiranmu dalam hidupku merupakah satu anugerah yang cukup indah daripadaNya


terima kasih kerana sudi mewarnai kanvas hidupku~