Bismillahhirrohmanirrahim.....
Saya pinjamkan masa selama 30 minit ini untuk menulis entri kali ini sebelum berangkat pulang ke Johor Bahru pada malam ini..ditemani alunan lagu yang mendamaikan..mudah-mudahan perkongsian kali ini bermanfaat untuk kita bersama..InsyaAllah...
RABU, 15 MAC 2011
Saya berangkat ke rumah nenek saudara saya memandangkan rumahnya berdekatan dengan 'shopping mall'.. Saya perlu membeli sedikit keperluan sebelum berangkat pulang ke sekolah.. Memandangkan cuti pada kali ini akan berakhir lebih awal daripada biasa buat saya kerana saya akan mengikuti kursus kepimpinan di Jasin, Melaka bermula 18-20 Mac ini, jadi terpaksalah saya berusaha menyediakan keperluan diri sendirian kerana kedua-dua ibu bapa saya masing-masing mempunyai urusan...
9.00 pagi...
"Kakak.. jom ikut Che Jah dengar ceramah dekat masjid belakang ni"nenek saudaraku mula memancing minatku... Aku berfikir-fikir sama ada ingin menerima pelawaannya atau sebaliknya... Kulihat buku-buku yang dibawa untuk disiapkan di rumahnya...
"Um... Tak apa mungkin kalau aku mengikutnya.. Tiada yang rugi..lagipun aku boleh merasai bagaimana suasana mendengar ceramah di luar..Biasanya aku selalu mendengar tazkirah di sekolah.. Siapa tahu kalau penyertaanku kali ini akan bermanfaat dan berguna untuk dikongsikan dengan teman-teman di sekolah" fikirku.
Aku lantas mempersetujui ajakan Che Jah.. Sebelum berangkat ke masjid berkenaan, kami mengambil beberapa teman Che Jah yang ingin menumpang keretanya untuk ke masjid itu. Semuanya dalam lingkungan usia 50-an. Aku yang berada di sebelah Che Jah yang memandu hanya mendiamkan diri mendengar perbualan mereka.
Memasuki perkarangan masjid.. Terasa seperti diiringi oleh para malaikat.. Subhanallah.. Tiba-tiba terasa seperti tidak layak menyertai majlis ilmu tersebut. Kulihat sekeliling..Akulah insan yang paling muda..Syaitan mula mencucuk jarum..
"Ah... bukannya orang berumur sahaja yang boleh menuntut ilmu di sini.." tempisku tatkala seperti dipandang dua tiga macam oleh makcik2 yang hadir... Aku tahu, itu cuma perasaanku dan satu usaha kejam si Laknatullah..
Ceramah dimulakan dan aku cuba menumpkan sepenuh perhatian kerana aku tidak membawa buku nota seperti kebiasaannya aku lakukan di sekolah. Topik pada hari ini menjurus kepada sifat al-Baqi' Allah iaitu Maha Kekal.. Telinga ku pasang,, mata disegarkan dan hati diikhlaskan..
"Orang yang keluar menuntut ilmu ini ibarat bejihad di jalan Allah.. Setiap langkahnya diberi 10 kebajikan dan diampunkan 10 dosa" Ustazah Azizah memulakan ceramah... Satu intro yang menarik bagiku.
Ceramah diteruskan. Di sini aku kongsikan beberapa isi ceramah yang cukup menarik minatku iaitu mengenai roh si mati. Ke manakah perginya roh saat jasad masih diuruskan di bumi???Pernahkan anda terfikir saat anda menziarahi jasad si mati, ke manakah pergi rohnya??Di sini saya kongsikan sedikit ilmu..
Pada saat itu, roh diangkat naik oleh Allah ke langit.. Di langit yang pertama akan disoalkan mengenai akidah, jika kita berjaya melepasi langit yang pertama, roh akan diangkat naik ke langit yang kedua. Di langit yang kedua, akan disoalkan mengenai solat dan roh akan diangkat naik ke langit seterusnya apabila berjaya melepasi langit-langit sabelumnya. Di langit ketiga akan disoalkan mengenai puasa, di langit yang keempat akan disoalkan mengenai haji, langit kelima mengenai harta, langit keenam mengenai berbakti kepada ibu bapa dan langit yang terakhir iaitu langit ketujuh mengenai jihad..Sekiranya roh kita berjaya melepasi ketujuh7 langut tersebut, roh ini akan menuju ke Sidratulmuntaha, Arasy Allah dan seterusnya ke Hadratullah seperti yang seringkali diucapkan Innanillahhiwaiinailaihirojiun yang bermaksud, sesungguhnya kami milik Allah dan kepada Allah kami kembali. Waallhua'lam. Kata ustazah lagi, sekiranya roh kita tidak berjaya melepasi mana-mana lapisan langit, roh kita kan dikurung di bawah lapisan bumi ketujuh iaitu tempat di mana roh-roh jahat dikumpulkan.
Saat dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak, terdapat 12 golongan manusia dan hanya satu golongan sahaja yang selamat. Di akhirat kelak, anggota2 badan yang lain akan menjadi saksi atas setiap perbuatan kita. Bumi iaitu tempat kita melakukan sesuatu pekerjaan akan menjadi saksi dan masa turut menjadi saksi. Ustazah Azizah ada memberi dua analogi yang menambat hati saya.
Ibarat pelajar yang ingin mengambil 'result'.... kita pasti tidak sabar untuk mengetahui keputusan kita sekiranya kita telah berusaha bersungguh2 sebaliknya pelajar yang malas, sentiasa tidak menyiapkan kerja rumah dan tidak bersungguh-sungguh pasti akan berasa takut untuk mengambil keputusan, malah ada antara mereka yang tidak mahu mengambil keputusan mereka. Begitulah saat menunggu keputusan Allah di Padang Mahsyar kelak. Tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripada mengambil keputusan tersebut...
Ibarat seorang pelari yang ingin menamatkan larian, semakin hampir ke garisan penamat, semakin laju lariannya. Begitulah manusia, semakin akhir kehidupannya, barulah menambahkan kelajuan diri untuk mengenal Sang Pencipta. Bak kata ustazah "Kita beruntung lagi kerana menjadi orang tua yang masih mahu berlari, cuba fikirkan teman2 yang tidak mahu berlari langsung."
Fakta yang menarik hati saya ialah, mayat yang dibiarkan selama 3 hari akan kembung, 5 hari akan keluarlah air dari mata, rongga hidung, mulut dan sebagainya dan 7 hari akan hancurlah mayat tersebut ibarat debu2 dan Allahlah yang berkuasa mencantumkannya semula di akhirat kelak.
Sekian saja dari saya untuk perkongsian kali ini... Jika saya salah mohon ditegur.. Sesungguhnya saya hanyalah insan yang lemah dan sentiasa memerlukan teguran dari kalian, supaya saya mampu belajar dari kesilapan..InsyaAllah..
Wassalam~