FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Thursday, December 23, 2010

bila keluarga tidak bahagia..siapa yang perlu dipersalahkan???


Assalamualaikum wth. kth semua..   :)

Hari ini saya ingin membawa tajuk kebahagiaan keluarga sebagai santapan hati semua..
Asas kebahagian itu sebenarnya datang drpd keluarga.. Sebelum kita berbahagia dengan kebahagian yg datang dalam hidup kita atas sebab pelbagai faktor seperti kejayaan dan sebagainya, kita terlebih dahulu akan cukup berbahagia dengan sebab berada dalam sebuah keluarga yang harmonis.. Persoalannya,, dari manakah institusi kekeluargaan yang harmoni ini terbentuk... Siapa yang perlu dipersalahkan sekiranya anak2 mula tidak menghormati ibu bapa,, atau bergaduh sesama sendiri??? ibukah? atau ayah?? atau mungkin abang, kakak,angah,achik,adik,, along atau ahli keluarga yang lain??? Sila jawab.. anda jawab..saya baca :D
asas sebuah keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan anak <3
Bagi saya.. ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab membentuk keluarga yang harmonis.. dan melalui institu si kekeluargaan itulah akan terbentuk insan rabbani yang akan menghidupkan bumi Allah ini sesuai dengan salah satu tanggungjawab manusia di muka bumi ini sebagai khalifah.... Mereka harus menyemaikan rasa kasih sayang dalam diri anak2 supaya mereka saling mencintai antara satu sama lain kerana Allah.. dan dari rasa cinta sesama sendiri itulah akan wujudnya kebahagian yang mana sebesar matahari sekalipun masalah yang datang tidak akan dapat menghancurkan kebahagian sesebuah keluarga tersebut..mungkin terlalu besar hiperbola yang saya berikan di sini tetapi itulah yang saya fikirkan apabila menerapkan kasih sayang dan kecintaan sebagai asasnya...


Kebanyakan ibu bapa akan gagal membentuk keluarga yang bahagia sekiranya mereka sebagai pasangan suami isteri  sendiri gagal mewujudkan persefahaman antara satu ama lain.. sementelah itu anak2 pula yang menjadi mangsa... Dalam meniti waktu2 untuk membesar, mereka memerlukan suasana yang cukup kondusif dan selesa untuk melalaui saat2 kritis mereka dalam kehidupan supaya akhirnya mereka sendiri menjadi individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang sama ada duniawi mahupun ukhrawi.. perlu ingat bahawa asas pendidikan juga bermula dari keluarga..di rumah dan bukanlah di sekolah.. ibu bapa yang memberi pendidkan awal kepada mereka sama ada mengenai keagamaan mahupun tatacara kehidupan.. Jadi teramatlah penting buat ibu bapa memahami antara satu sama lain terlebih dahulu agar dapat memberi tarbiah yang berkesan kepada anak-anak mereka.

ibu bapa yang mengalami masalah rumah tangga perlulah menyelesaikannya secara bijak dan amatlah tidak wajar sekiranya bertengkar di hadapan anak2.. Emosi mereka akan terganggu dengan masalah ibu bapa yang tiada berkesudahan..sebaiknya, berbincanglah dengan bija dan jangan biarkan masalah ini menembusi pengetahuan anak2.. Janganlah sekali2 memburukkan ibu atau ayah si anak.. bangkitkanlah kasih sayang antara ibu, bapa dan anak...

Cuba anda masuki situasi yang saya berikan ini yang mana ayahnya seorang yang tidak bertanggungjawab..sanggup membiarkan anak kelaparan tetapi isterinya cukup menyayangi anak2 dan sanggup berbuat apa sahaja untuk kebahagian anak2..sememangnya dalam pasangan ini tidak wujud persefahaman... pasangan suami isteri ini sentiasa bertengkar di hadapan ank2 tanpa segan silu... Siapa yang harus dipersalahkan.. si ayah tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik malah nafkah tiada diberi kepada si isteri.. si isteri pula sanggup bekerja lelah supaya anak2nya bahagia namun sentiasa memahari suaminya,,.. lama-kelamaan anak2 akan menjadi tertekan dengan situasi ini dan tidak mustahil anak2 akan berubah kelakuan kepada ibu bapa mereka..tiada perasaan hormat kepada mereka dan hilang rasa sayang kepada adik-beradik..mula tdak betah tinggal di rumah dan sebagainya.. tiadalah sy mahu bercakap panjang dan ini hanyalah pandangan saya sebagai anak remaja semata2.. maafkan saya atas segala kekurangan mahupun sebarang kekasaran.. semoga keluarga kita semua sentiasa dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan kasih sayang dalam hati masing2 supaya wujud kecintaan sesama kita... Janganlah menyalahkan sesiapa atas masalah yang menimpa tetapi tanyalah diri sendiri ats segala kekurangan....  PERBAIKI DIRI KE ARAH YANG LEBIH BAIK.. InsyaAllah~   semoga saya dan anda diberkati..amin.






p/s: salam sayang dari saya untuk semua insan yang saya sayangi..selepas ini saya akan meniggalkan laman coretan ini buat masa yang lama kerana kewajiban menuntut ilmu telah menyeru kembali..saya akan pulang ke sekolah yang jauh dari kampung halaman..semoga kalian mendoakan kejayaan saya.. amin~
sekalung penghargan buat semua yang sudi membaca tulisan ini dan seribu kemaafan atas segala kesilapan dalam penulisan saya selama ini baik dari emosi mahupun apa jua keadaan.. salam kemaafan juga buat kalian.. ^_^









saya dedikasikan ayat2 ini untuk anda :)






Saturday, December 4, 2010

hakikat kehidupan

betul kata lagu..
hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah
begitulah kehidupan
tidak selalu bahagia
dan tidak selalu dalam kesusahan
boleh anda bayangkan kehidupan yang hanya di dalamnya kebahagian semata
atau sebaliknya....

MANUSIA SENTIASA DIUJI
"Apakah kamu mengira kami akan membenarkan untuk kamu mengatakan kami telah beriman, sedangkan kamu belum lagi diuji?"

Rasulullah s.a.w. bersabda," Manusia itu akan didatangi cabaran demi cabaran. Selepas dia selesai melepasi satu cabaran, maka cabaran lain pula akan tiba kepadanya. Sehinggalah dia dijemput oleh ajalny

Anda tahu?? Selagi kita bernama manusia di muka bumi ini, kita tidak akan pernah sunyi daripada diuji.
Anda tahu?? Semakin banyak ujian yang diberikan, semakin sayang Allah kepada kita. Allah menguji kita untuk mengetahui setebal mana kaimanan kita. Jika kita berjaya melepasi ujian itu, maka bersedialah kita untuk mendapatkan ganjarannya di akhirat kelak. Maka bersabarlah dengan apa-apa yang berlaku. Semuanya dari Allah Yang Maha Pengasih. Yang baik mahupun buruk itu semuanya dari Allah. Segala kesusahan yang dihadapi mendekatkan kita semua kepada Sang Khalid tatkala mengenangkan bertapa kerdilnya diri ini. Anda tahu?? Kemewahan duniawi itu juga merupakan bentuk ujian dari Allah dan itu yang paling saya takuti. Dalam kesenangan, kita sering kali lalai, leka, alpa...
Padahal setiap apa yang kita miliki itu adalah dari Allah. Hatta sehembus nafas kita sekalipun. 5pancaindera kita yang berfungsi ini adalah dari Allah. Penglihatan, Pendengaran, Sentuhan, Deria Bau dan Deria Rasa..
Secara luarannya, cukup sempurna anugerah Allah itu. Belum lagi dikira dari dalamnya, jantung, hati, salur-salur darah mahupun sel2 yang berfungsi itu semuanya dicipta untuk kesempurnaan kehidupan manusia. Tanpa mereka yang tidak berfungsi, nescaya tiadalah kehidupan kita. Cuba pula fikirkan mengenai alam semesta. Bertapa kita sekerdil-kerdil makhluk. Kita seorang manusia. Berada di satu tempat. Tempat tersebut di dalam daerah yang berada di dalam jajahan. Jajahan tersebut berada dalam sebuah negeri. Negeri dalam negara dan negara dalam benua yang berada dalam planet bumi. Bumi berada dalam sistem solar yang sebenarnya berada dalam lapangan yang lebih besar berpaksikan bintang. Dan di luar sana, masih terlalu banyak galaksi yang tidak diketahui peri wujudnya, apatah lagi planet2 lain. Subhanallah..
Kerdilnya kita... Lihat?? Semuanya tidak diketahui melainkan Yang Menciptakan sahaja yang cukup tahu akan ciptanNya. Semuanya milik Allah hatta yang ada pada kita sekalipun. Mari kita mengkoreksi diri apatah lagi saat ditimpa utusan kasih dan cinta dari Ilahi-Bersabarlah

"Dan sabar itu lebih cantik....."

Mintalah pertolongan dari Allah. Dia yang memberikan ujian. Maka kepadanyalah kita meminta dan memohon pertolongan.


" Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, selagi belum tiba kepada kamu, sebagaimana yang didatangkan kepada kaum  sebelum kamu? Mereka diuji dengan cabaran, ujian dan digoncang........., sehingga Rasul dan orang di sekelillingnya berkata, bilakah pertolongan Allah mahu sampai? Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu amat dekat"



" Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan"



" Pertolongan itu adalah daripada Allah, dan kemenangan itu adalah lebih baik......"



" Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah "


" Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan memberikannya jalan keluar, dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka"




Jadi adakah kita akan bersedih dengan masalah dan dugaan yang 'didatangkan' ??
La Tahzan :)
Allah akan sentiasa bersama kita asal kita ikhlas menjalani kehidupan ini keranaNya dan sentiasa mengingatinya.


" Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

masalah??? tak kisah :D -kerana Allah telah  menunjukkan rasa cintaNya kepada saya..


bait-bait ini saya petik dari sebuah lagu :p



harus ada rasa bersyukur
di setiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa



Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi



Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


RINDU DAN CINTA

Rindu iu adalah anugerah dari Allah
Rindu pada kedamaian, ketenangan, kesejahteraan dan kebahagian
Rindu pada kebenaran, kejujuran dan keredhaan Allah
Rindu mendapatkan anak-anak yang soleh dan isteri solehah, keluarga bahagia
Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula


Tapi kadang-kadang
kedua-dua rasa ini menyeksa diri
kedua-duanya menjadi satu bentuk ujian
Rindu dan cinta yang manakah lebih menebal dalam diri
insani mahupun Ilahi??
Tepuk dada tanya iman..



Rasulullah s.a.w.: Iman itu bukan dengan kata-kata, bukan juga dengan cita-cita, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati dan dibuktikan dengan amal.



MENUNTUT ILMU JUGA MERUPAKAN SATU BENTUK UJIAN

Ilmu. Lautan yang luas terbentang di muka bumi ini(3/4) sangat tidak cukup jika ditandingkan dengan ilmu Allah s.w.t. Ketahuilah sahabat, teman, rakan dan taulan, ujian menuntut ilmu itu sememangnya seiring dengan perjuangan kita.


Rasulullah S.A.W. bersabda: Menuntut ilmu itu adalah fardu bagi setiap muslim"




" Allah S.W.T mengangkat darjat mereka yang berilmu beberapa darjat"





" Barangsiapa yang merintis jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan jalannya ke syurga"





" Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tidak memasuki hati yang gelap."
-Imam Syafi'i-



Teman-teman yang saya kasihi, perjalanan dalam menuntut ilmu adalah sememangnya sukar apatah lagi sekiranya kita perlu meninggalkan tempat kelahiran dan merentas sempadan bagi menuntut ilmu. Kita ingin menuntut ilmu dan ilmu pula seolah-olah menuntut pengirbanan daripada kita. Maka bersedialah kita untuk satu pengorbanan suci keranaNya.



Saya bukanlah seorang yang berpengalaman. Namun dengan izinNya yang membenarkan saya menghirup udara di muka bumi ini selama 16 tahun sudah lamanya, saya juga mempunyai cerita ilmu saya sendiri. Meman perit rasanya tetapi manis apabila dikenang. Sahabat sekalian, perjalanan saya masih punya setahun lagi. Tetapi masih berpanjangan tanpa henti selepas tempoh setahun itu seperti kata-kata yang melekat kemas di benak saya.." Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad" atau " Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China". Sebagaimana Nabi Adam a.s. yang belajar mengenal nama-nama benda apabila ditiupkan roh kepadanya. Begitulah juga kita yang akan terus belajar. Semoga dengan ilmu yang kita peroleh mampu memakmurkan negara dan menaikkan martabat Islam.


Saya akui, saya sendiri bukanlah seorang yang pandai dan bijak.. tetapi keyakinan itu penting dan jangan cepat berputus asa. Sekaligus kata-kata ini sebenarnya adalah untuk diri saya sendiri. Semoga setahun perjalanan saya mampu menghasilkan kecemerlangan dalam SPM 2011~amin.


Buat mereka yang berada dalam putus asa, berusahalah. Kamu masih belum terlambat. Memintala kepada Pemilik ilmu. Semoga kamu dan saya mampu memiliki....


Tugasan itu adalah tanggungjawab.. Terima kasih cikgu-cikgu kerana memberikan kerja-kerje rumah yang menguji kemampuan saya, luaran mahupun dalaman. Setidak-tidaknya kalian mengajar saya erti tanggungjawab. Maafkan saya atas segala kekurangan guruku.....


Bersabarlah,Berusahalah ....
USAHA,DOA,TAWAKAL....






WAHAI SAHABAT, TUTUPLAH

Saya terkadang tersenyum sendirian melihat gadis-gadis yang sebaya saya mendedahkan aurat mereka.. Ada rasa kesal dalam diri. Sudah skhir zaman kali...

Kadang-kadang hati saya berbisik. "Kalain cantik tapi sayang kalian salah mempertontonkan"
Kenapa ya.. ke mana rasa malu kalian wahai muslimah...





" Dan suruhlah wanita-wanita mukmin menundukkan pandangannya dan memelihara kehormatannya, dan jangan memamerkan kecantikannya kecuali bahagian badan yang boleh kelihatan ( muka dan tangan ) dan supaya mereka menutup dadanya dengan kerudung , tidak boleh mempamerkan kecantikannya kecuali kepada suaminya, bapanya, mertuanya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudaranya laki-laki atau wanita kepada sesama wanita atau kepada budak-budak wanita atau kepada bujang-bujangnya yang sudah tidak punya nafsu atau kepada anak-anak yang belum mengerti soal perempuan dan tidak boleh menghentakkan kaki dengan maksud agar diketahui orang perhiasan mereka yang tertutup (gelang kaki). Hendaklah kamu sekalian para mukmin, bertaubat kepada Allah agar kamu mendapat kejayaan"

(24: ayat 31, Surah An-Nur)

Wahai saudaraku.. marilah bersama-sama kita mengikuti hukum-hukum Islam. Jangan kalian mencemarkannya kerana Islam itu cukup indah dan syumul meliputi semua perkara. Saya petik beberapa bait lagu wanita nyanyian De Hearty sebagai satu dedikasi untuk kalian. Dan tiada siapalah saya ini untuk menegur sedangkan saya sendiri tidak sunyi dari kesilapan dan kepada Allah jualah tempat saya memohon keampunan. KepadaNyalah tempat saya sandarkan segala urusan. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah~


Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi



Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



TINTA PENULIS

Saya memohon maaf atas segala kekurangan dalam penulisan ini. Semua hadis-hadis mahupun tafsiran Al-Quran yang disertakan tidak dapat saya sertakan sumber kerana saya petik dari buku-buku agama yang talah saya baca tetapi saya tidak menyalin sumber-sumbernya :) *maaf atas kekurangan ini. Saat saya menghasilkan post kali ini, hati saya terasa walang kerana memikirkan tanggungjawab yang masih belum selesai dan 1001 rasa menjebak hati ini.. Terima kasih kepada kalian yang sudi membaca...


Semoga yang baik dari Allah untuk kalian dan saya serta dijauhkan dari keburukan. Amin~