FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Saturday, November 29, 2014

Mantapkan Aqidah, Tepis anasir luar

Bismillah
Moga Allah redha akan penulisan ini

Muslimin muslimat, mukminin mukminat yang dirahmati Allah sekalian
Sekarang kita berada di fasa kebangkitan
Pelbagai serangan dari dalam dan luar sentiasa berusaha menyusup masuk sedalam yang mungkin demi menjatuhkan Islam

Suatu ketika dahulu kita lihat Islam pernah berada di kemuncak kegemilangannya
Islam menguasai keseluruhan dunia
Banyak ilmuan yang muncul dalam kalangan umat Islam
Namun hari ini kita lihat ramai pelajar yang beragama Islam dihantar belajar ke negara-negara barat semata-mata untuk menyedok kembali imu-ilmu yang sepertinya pesat berkembang di sana
Jerih perih ilmuan Islam suatu ketika dahulu terkubur begitu sahaja
Di manakah martabat Islam di mata dunia ketika ini?

Sahabat sahabiah sekarang,
Tika ini kita bukan lagi diserang oleh fahaman sekularisme yang biasa-biasa, tetapi kita sedang berada dalam serangan sekularisme generasi kedua
Berasaskan fahaman ini, tercetusnya fahaman-fahaman lain yang cuba menakluki minda dan menggoyahkan pegangan kita
Bertapa kita sekarang diancam serangan secara halus, namun masih ramai antara kita tidak menyedarinya

As-Syahid Imam Hassan al-Banna pernah berkata, bertapa ramainya umat Islam pada hari ini namun kita semua ibarat buih-buih di lautan, gampang sekali untuk pecah dan lenyap begitu sahaja.
Berapa ramai umat Islam hari ini sedang lena dibuai mimpi sedangkan musuh-musuh sedang giat merencanakan susulan tindakan penjatuhan yang tidak pernah putus sejak berzaman lalu

Oleh itu amatlah penting untuk kita sebagai umat yang prihatin terhadap agama, seorang hamba yang mengharapkan cinta Rabbnya untuk mempertahankan akidah yang kita pegang sekukuh mungkin
Dalami ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah, ilmu yang memantapkan akidah kita, ilmu mengenal Allah
Terlampau banyak doktrin yang menggusarkan bakal menyelewangkan pegangan akidah kita khususnya golongan anak muda pada hari ini
Kita sangka kita telah merdeka namun hakikatnya kita masih dijajah secara halus yang hakikatnya lebih bahaya daripada penjajahan secara zahir
Celikkan mata hati dengan sinaran cahaya iman dan petunjuk inayah Ilahi agar Allah membimbing kita dan menyelamatkan kita daripada pelbagai  pemahaman yang menyesatkan.
Nau'zubillah hi min zalik

Ayuh,mantapkan aqidah yang menjadi akar sepohon pokok dan tunjang sebuah kehidupan yang sementara.

Aqidah yang sejahtera, aqidah ahli sunnah wal jamaah

Aqidah yang benar

Thursday, November 27, 2014

FIQH WANITA II

Bismillah
Sedikit perkongsian daripada program art of being women
Moga bermanfaat

Antara tanda Allah sayang kepada hambaNya,Dia memberikan rasa cinta dalam majlis ilmu
Gembiranya dapat menjadi antara orang yang disayangi oleh pemilik alam

Antara kelebihan orang perempuan yang tak dimiliki orang lelaki,daripada kekuatan,persediaan dan kemampuan tubuh badan untuk mengandung
Organ-organ kita ready untuk mengandung secara biologinya
Dalam surah as-sajadah ada menceritakan tahap kejadian manusia
Kita(rahim) dipersiapkan tempat yang paling selamat untuk bayi
Keluar darah haid menandakan seorang wanita itu sihat (normal)
Darah haid bukan ada satu rupa atau warna sahaja tetapi ada 6 warna(boleh rujuk buku yang menceritakan mangenainya)
Setiap wanita berbeza kitaran haid dan kesakitan atau simptom haid(senggugut atau tidak)
Orang perempuan melalui kitaran haid yang cacamerba apabila nak menopaus
Apabila menghadapi kitaran yang tidak bagus,ada ketidakselesaan dan ibadah terganggu,juga melalui gangguan emosi
Bersabarlah apabila menghadapi ujian sebegini,kerana Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik
Allah susahkan dulu dan kemudian mudahkan
4 jenis darah
-Darah nifas(darah selepas bersalin)
-Darah wiladah(darah keluar bersama bayi)
-Darah istihadah.(darah penyakit)
-Darah haid
Paling awal seorang wanita keluar haid selepas usia 8 tahun,kalau keluar sebelum 8 tahun, bukan darah haid tetapi mungkin darah wiladah.
Jika anak-anak datang haid terlalu awal seperti ketika berusia 9 tahun, menjadi satu cabaran untuk ibu2 mendidik anak mereka tentang haid
Darah haid paling minimum selama 1 hari 1 malam tetapi maksimum 15 hari (ikut mazhab Syafie)
Kalau kitaran konsisten,contoh 7-8 hari,boleh mandi wajib mengikut tempoh kebiasaan tidak perlu menunggu tempoh maksimum
Tetapi kitaran yang tidak konsisten perlu tunggu sehingga yakin putus haid untuk mandi wajib
Faktor kitaran tidak konsisten seperti tekanan dan sebagainya
Darah haid yang keluar selepas 15 hari diwajibkan mandi wajib kerana darah yang keluar ialah istihadah,tetapi perlu menjaga kebersihan. Bersihkan tuala wanita setiap kali sebelum solat walaupun ketika sedang solat itu terasa darah keluar, mesty meneruskan solat kerana keadaan ini dikategorikan sebagai uzur
Orang yang keluar darah istihadah perlu menggunakan satu wuduk untuk satu solat fardu,solat sunat dibenarkan untuk menggunakan wuduk yang sama.
Simpan kalendar untuk haid terutamanya bagi mereka yang tidak konsisten kitaran haidnya bagi mengelakkan terlepas solat fardu yang sepatutnya ditunaikan
Masih dikira haid walaupun haid sekejap putus dan sambung jika masih dalam tempoh 14 hari daripada hari pertama turun darah haid, bermula hari ke-14 dikira istihadah walaupun darah haid masih keluar
Boleh berlaku ciri darah istihadah sama seperti darah haid

Kalau wanita yang konsisten kitaran haidnya, contoh tempoh biasa 7 hari tetapi keluar lagi pada hari ke-8 atau 9 tetapi tidak jelas ciri-ciri darah haid, kita wajib mandi.

Macammana nak bezakan antara mazi wadi(warna kuning jugak dan keluar akibat kepenatan apabila seorang wanita itu aktif), kalau ada lendir warna putih kemudian keluar kekuningan sudah tidak dikira haid
Keypoint untuk memastikan, cek jika keluar keputihan atau tidak(ambil kapas putih untuk cek) apabila sudah capai tempoh maksimum kebiasaan

Tidak digalakkan mengambil ubatan untuk period
Kalau boleh biarlah berlaku kitaran secara natural
Terutamanya bagi calon umrah atau haji kerana hanya rukun tawaf sahaja perlukan suci daripada hadas

Ahli feqah menasihatkan agar qada' maghrib jika period berlaku selepas maghrib kerana kita tidak tahu atau pasti jika period keluar selepas masuk maghrib atau sebelum maghrib, untuk mengelakkan ragu-ragu maka qada' melainkan kita betul2 yakin darah haid keluar sebelum masuk mana-mana waktu solat
Begitu juga qada' zohor jika kita mandi selepas asar kerana kemungkinan darah sudah kering sebelum asar

Keluar sesuatu daripada depan walaupun dalam bentuk bubble atau angin,maka batal wuduk
Dikecualikan jika berpenyakit
Sebab tu digalakkan berdehem dengan kuat(menekan) selepas selesai bersuci.
Berdehem mengetatkan vagina, elak angin dan sebagainya
Pergerakan dalam solat biar betul

Wazi dengan madi hampir tak ada beza
Prihatin dengan diri dalam soal ini kerana ia melibatkan ibadah kita
Alert dengan keputihan (lendir putih) yang menjadi pemisah haid di hujung tempoh haid
Kena sentiasa cek di hujung waktu

Berdosa menangguhkan mandi wajib, timang sendiri jika waktu tersebut benar-benar menyukarkan kita untuk mandi wajib atau kita sengaja melengahkan

Tiada istilah qada' solat kecuali dalam dua keadaan iaitu tertidur dan terlupa kerana tertidur dan terlupa itu urusan Allah
Menunjukkan solat itu penting!

Sirru a'la barakatillah

Wasalam

polemik:Ancaman buat ummat

Islamisme=islamic fundamentalis=political islam

Islam sebagai fahaman,bukan akidah
diperkenalkan oleh orientalis barat
Menggambarkan islam mempunyai idea politik yang boleh mengancam mereka
Perkembangan pemikiran
-sekularisme(memisahkan dunia dengan akhirat)
Generasi kedua
#pertembungan gereja dengan kebangkitan rakyat
#pertembungan agama dan sains
#tidak ambil kisah tentang agama
-liberalisme(kepelbagaian pandangan dalam Islam dan mahu membebaskan diri daripada peraturan Allah swt)
-rasional(zaman teknologi-zaman logik dan rasional,tak pegang pada akidah yetapi berdasarkan logik akal
-humanisme
-human right
-pluralisme(persamaan agama)
-demokrasi
Agama dianggap bersifat dogma(ajakan yang berpijak di bumi nyata,kosong,bohong)

Antara doktrin yang digunakan untuk Islam liberal
1)sekular-contoh di Indonesia,ungkapan lailahaillaha
2)pluralisme
3)kemukakan al-quran versi kritis
-nabi berjaya kerana bijak,padahal sebab utama ialah taat pada Allah
-nak negara maju jgn biarkan pencuri ada tangan, tapi masyarakat berpendapat kalau pencuri dipotong tangan,maka negara tak akan cukup tangan untuk menghasilkan produk dalam era glibalisasi ini
4) doktrin yang menggambarkan al-quran tidak sahih
-persoalan al-quran versi saidina umar saja dan bukti ayat al-quran dari Allah atau yang ditambah oleh saidina Usman?
5)doktrin feminisme

Tuesday, November 25, 2014

Kopipasta:Ikhtilat tetap ikhtilat

pertemuan di Cafe Kara pada petang tu, membuatkan Aiman tak senang duduk. fikiran teringat akan seorang gadis yang berjaya membuat hati dia terbuai. it has been quite some time. sejak form 1 lagi. dan sekarang jumpa balik. di universiti yang sama. cuma berlainan course.

dia seakan tak percaya. perasaan yang sudah lama dipendam kini semakin hangat. bak kata orang, kembali mendidih. acap kali kedengaran istighfar meniti di bibirnya. akhirnya, jari jemari menekan butang send. audio 'you are the one' by raef.

mata asyik tertumpu pada conversation whatsapp. menunggu balasan dari si gadis.

seminit..
dua minit..
tiga minit..
empat minit..

bzzz. bzzz.

"apa ni?"

"hayati lirik tu and fahamkan. then tell me the answer. sudi ke tak."

"are you serious Aiman Arshad Shamsudin?"

"i am. aku dah lama suka ko."

"this is not the right way. i'm not ready."

"just tell me. that you love me the way i do or not. only then i'll be okay."

"aku pun suka ko."

bibir kembali senyum sampai telinga. sampai tak sedar Hafiz Aqil yang sedang murajaah AlQuran surah AnNisa memandang aneh.

"aku akan kahwini ko satu hari nanti."

"i'll wait for that day."

"just you wait. "

dan hari demi hari, semakin kerap whatsapp dan berkongsi segala duka dan duka. segalanya indah. indah semua apabila hati berbunga. kan?

***
sebulan berlalu.

di satu sudut. Farah Aina sujud di sejadah. lama.
usai salam terakhir, dia menangis. sambil meruap muka.

malu. malu dengan diri sendiri yang makin tak tahu malu.
bermaksiat. ye.. zina. zina hati je. "JE" takkan ubah apa apa.

yang dosa tetap dosa.

"ala ramai je orang lain bercinta."

what is wrong is wrong even if everyone is doing it. hati segera menangkis.

"tapi aku tak pernah langkau syariat!" hati tetap membantah.

betulke...? setiap hari whatsapp. even bertanya khabar. tapi perasaan halus tu sentiasa menjalar di hati. sentiasa tersengih sorang2. sampai kadang tertinggal date dengan Allah pukul 3 pagi semata nak melayan whatsapp dari si dia pada pukul 1, 2 pagi. selalu cemburu bila si dia digosipkan dengan akhowat lain. selalu stalk profile dan segala yang berkaitan dengan dia sampai kadang menangis tak henti sebab cemburu.

"aku..."

dan masa tu, sejadah menjadi tempat airmata meresap. mata bengkak. badan lemah. hanya pada Allah boleh diluah. hanya Allah yang mengerti saat itu. betapa berdosanya diri. tapi masih, diselubungi perasaan 'takut untuk sakit bila berjauhan' jadi..

"ya Allah.. tolong bukakan hati si dia untuk sedar akan hakikat ini juga.. tolong ya Allah.. kurangkan sakit yang aku rasa ni.."

dan malamtu, di saat yang lain nyenyak dibuai mimpi.
seorang gadis di sudut ruang kamar. menangis dan menangis. kerana dosa.

---

"Ai'e. syok whatsapp? dengan siapa?" tegur Hafiz. memulakan bicara.

"oh takdelah. dgn member sekolah lama." jawab Aiman sambil sengih.

"aku bukan apa. tapi aku tengok kau ni dah lain." berhati hati Hafiz menuturkan.

"lain macam mana?" Aiman menegakkan badan dan bersila di atas kerusi.

"boleh kita bincang kejap?" ajak Hafiz.

"sure." iPhone diletak tepi dan di tukar mode silent. something sounds fishy.

"tengah berbunga ke?" Hafiz senyum segaris. sekadar bermanis.

"eh apa? what do you mean?" Aiman kerutkan dahi tanda tak faham.

"look. let me be honest. sebab ko member aku since first time kita masuk uni lagi. satu course. satu bilik. satu kelas. dan, satu agama. aku sayang ko."

"eh jap jap. ada apa hal ni?"

"aku tak larang ko nak bercinta. tapi biarlah cinta tu, kerana Allah. bukan kerana nafsu. selagi belum halal, selagi tu ada jarak. got me?"

"oh.. tapi aku takde la sampai bersayang semua. aku cuba limitkan pergaulan kami."

"hati?"

diam. gulp! tersedak. batuk dua kali untuk hilangkan payau di tekak.

"Ai'e.. even kita dah limitkan pergaulan. contact tanya khabar ke. sembang through phone sambil cakap benda baik ke. ingat, syaitan tu ada. bunyi kecik simple gitu je kan? tapi, little do we now. benda kecik macamtu lah, yang kita orang belajar agama ni. selalu rebah kena hentam dgn nafsu. are you with me?"

"proceed." mata merah. tahan airmata dari tumpah ke lantai. muka ditunduk.

"aku tahu. ko sayang dia. tapi, jarak tu still exists. kalau masa ni ko enjoy kenal dan suka2 dengan dia. lepastu. do you think and jamin yang lepas nikah pun boleh kenal lagi? save. save manja. save cinta. save kata2 manis. tu semua, lepas nikah. ko lelaki. dia tu perempuan. aku rasa si dia tu pun bukan calang2 orang. sbb aku tau, kau terpikat dengan agama dia. at first. perempuan ni umpama air mutlak. kenapa kita nak musta'malkan dia? kenapa nak sentuh hati dia awal2? kenapa nak cemarkan hati dia dengan kita yang masih belum sedia salam tok kadi ni?"


tersentak. diam. airmata mula menuruni pipi.
dan sekarang. Aiman Arshad Shamsudin sedang menangis. Sebab dosa.

Hafiz mendekat dan peluk bahu dengan tangan sebelah dan bisik.

"kita taktahu dengan siapa kita akan nikah. kita taktahu bila kita akan nikah. tapi kita kena ingat. kita jugak tak tahu, bila kita akan mati dan macam mana kita akan mati. persiapkan diri. mana tahu, diri kita ni akan bernikah dengan sakaratul maut dulu?"

"tapi.. aku sayang dia lillahitaala. aku pilih dia sebab agama dia."

"sayang tu bukan dengan kata2. jangan ucap sayang kerana Allah. jangan syok berkata kerana Allah sedangkan Allah jelik dan tak redha dengan apa yang kita lakukan. jangan syok sendiri. kadang2, kita kena berbalik pada fitrah. jiwa bertuhan. memang cinta itu fitrah juga. tapi, jangan sampai jadi fitnah."

"aku sayang dia Fiz.. sakit sangat perpisahan tu. aku tak sanggup hilang dia."

"yakin dengan Allah Ai'e. jangan cakap macam kau takde Tuhan. kita merancang. Tuhan yang tentukan."

"doakan aku berjodoh dengan dia.. Fizz." rintih Aiman dalam sendu.

"aku takkan doakan kau berjodoh dengan dia. tapi aku doakan kau berjodoh dengan orang yang terbaik untuk kau. Ai'e.. barangkali. kita suka akan sesuatu tapi sebenarnya ia tak baik untuk kita. dan barangkali. kita tak suka akan sesuatu tapi sesungguhnya ia baik untuk kita. janji Allah Ai'e. pegang betul2. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. strive untuk jadi lelaki yang baik."

"kalau aku takde jodoh dengan dia.."

"redha. aturan Allah tu the best. jangan pernah persoalkan kenapa dan kenapa. sebab sesungguhnya, semuanya berhikmah. husnudzhon Ai'e. yang penting. doa. doa yang berterusan. Aku tahu ko kuat."

"Fizz.."

"dah jom pergi surau. sahut seruan Ilahi, Allah rindu nak dengar rintihan ko. Allah rindu beb."

***

seminggu kemudian.

bzzz. bzzz. 

"Farah Aina Sanusi. aku rasa aku dah buat keputusan yang terbaik. aku akan stop contact ko lepasni. aku tak janji. tapi aku akan cuba yang terbaik. buat masa ni, aku harap ko kuat dan tabah nak hadap dunia ni. lepasni dah takde aku utk ingatkan ko dhuha. sila paham sendiri. lepasni tolong, behave attitude. aku mintak maaf sbb pernah buai hati ko. dan aku maafkan ko sbb pernah buai hati aku. hati ni masih tak rela. tapi in order to achieve mardhatillah. aku buat keputusan ni. jangan salah faham. aku tak benci ko. aku nak, kita jaga. sesama menjaga. aku taknak kita terus hipokrit. senang buat apa saja atas nama 'cinta lillah'. aku nak jaga cinta ni. sebab aku nak Allah redha cinta yang aku bina. insha Allah, kalau berjodoh. aku sendiri akan jumpa wali ko. ya salam. jaga hati. jaga iman."

whatsapp yang baru diterima dibaca sebaik sahaja sudah melipat kain solat. kaki disila dan bersandar di satu sudut masjid. airmata bercucuran. tak mampu nak gambarkan apa rasa saat ini.

sakit.
gembira.

berbaur rasa.
'Allah makbulkan doa aku.. tapi.. ya Allah.. sakit.' airmata deras mengalir.

sneakers hitam disarung ke kaki sambil kepala menengadah langit. langit mendung. semendung hati. air mata tak habis habis menuruni pipi. seakan ingin meluahkan segala isi rasa yang ada. gadis berbaju kurung biru laut memulakan langkah dengan lafaz yang mulia. Bismillahirrahmanirrahim. setiap derapan kaki menandakan dia kini sudah tekad. mahu melupakan setiap apa yang pernah terjadi. demi cinta yang suci. demi cinta Allah yang hakiki.

***

ikhtilat tu, bukan hanya dengan orang yang kita suka. tapi dengan semua ajnabi.

jaga hati.
belum sampai masa.
aku juga sedang bertatih.
untuk menjaga hati dari dibuai ajnabi.
 akan bersambung. ambil yang baik. tinggal yang buruk. ya salam.

Allah is watching. Malaikat is writing. Keep calm and smile..

Academic paper format

Bismillah
in this semester,there is a lecturer who emphasizing about academic paper format very most
So i was searching one in the internet
And i found this
May it helps and credit to the owner of these beautifully written tips

OVERVIEW

This guide explains how to format your documents in Microsoft Word so that they follow the standard rules for formatting academic papers as described in most MLA and APA style books for undergraduate writing. These rules apply to most of the papers you will submit in your college classes, but in some cases your professors will want you to follow specific guidelines that may differ from those below. Always clarify with your professor which set of guidelines he or she wants you to follow before you submit a paper.

Using standard formatting for academic papers shows that you understand the customs of the university community and therefore helps to boost your own credibility. Using unusual or highly distinctive formatting, on the other hand, suggests that your previous schooling did not adequately prepare you for university work. Consider the impact of unusual formatting: not only does it call attention to your paper in a way that might not be positive, professors might also see it as a sign that you’re trying to artificially inflate page length.

Note: These instructions apply to all versions of Word for Mac and for the 2003 version of Word for Windows. I haven’t yet updated them to include instructions for the 2007 version of Word for Windows, but the tools should nevertheless be easy to find if you look around on the toolbar at the top.

Page Contents [hide]

OVERVIEWDOCUMENT MARGINSINDENTATIONFONTALIGNMENTFIRST PAGE FORMATHeadingTitleSample First PagePAGE NUMBERSSPACINGDocument SpacingParagraph SpacingCREATE NEW PAGEBLOCKED QUOTATIONSRESOURCES

DOCUMENT MARGINS

Rule: Papers submitted for review or grading should have 1” margins all around. This should be the default for Word, but if your default setting is to have left and right margins of 1.25”, change your default. Page length requirements are based on 1” margins.

Instructions: Go to the Format menu, drag down to Document, change the margins, and the click on the Default button and accept the change to the Normal template. Make sure you leave the gutter set to 0” or you’ll mess up your document formatting.

INDENTATION

Rule: The first line of each paragraph should be automatically indented.

Instructions: This should be the default for Word, but if not, you might want to change your Normal style, as described above. To change the indentation format for a document, choose Select All from the Edit menu. Then go to the Format menu, drag down to Paragraph, look under the “Special” drop-down menu in the Indentation section, and select “First Line.” This setting automatically indents the first line of a new paragraph so that you don’t have to do it manually.

FONT

Rule: College papers should be in a standard academic font: either Times New Roman or Cambria, in 12pt size. (If you submit a paper in another font, I will change it on the file I download.)

Instructions: Times New Roman or Cambria 12pt should be the default for Word, but if yours is different then change your default. Go to the Format menu, drag down to Style, make sure “Normal” is selected from the list of styles, and click “modify.” Choose the correct font and size from the Formatting menu. Click “OK” to make the change to your default settings.

ALIGNMENT

Rule: The text of your paper should be left aligned, NOT justified, as justified text is hard to read if it hasn’t been professionally typeset. The default in Word is left alignment, so don’t change it.

FIRST PAGE FORMAT

Heading

Rule: In the upper left corner of the first page of your document, type your name, the date, the course number and section (or topic), and the version of the paper (such as Paper 1 Second Draft), each on a separate line. Be sure to change the date and paper version when you submit revisions and final versions. See the sample below.

DO NOT use the “headers” feature from the header/footer menu to create this full heading as that will make it appear on every page, which is not customary in academic writing. Also do NOT use a title page unless the assignment specifically asks for one.

Title

Rule: Skip a line after the heading and center an original title that conveys the topic of your paper. Do not use underlining or italics in the heading (unless you’re referring to the title of a book or periodical). Do not use bold text or ALL CAPS.

Sample First Page

PAGE NUMBERS

Rule: All papers should have automatically inserted page numbers that show in the upper right corner on all pages except the first. Do not insert these page numbers by hand. Instead, use Word’s Header/Footer tool.

For documents following MLA format, put your last name and page number in the upper right corner. For documents following APA format, put a short version of your title (instead of your last name) and the page number in the upper right corner.

Instructions: Go to the View menu and choose “Header and Footer.” You’ll see a header box appear at the top and a footer box at the bottom. Click in the header box, type your last name (or title), make it align to the right, and then select Page Numbers from the Insert menu.

When you’re finished, click on the “Close” tab under the Header view. Each page of your document should now display a page number at the upper right that updates automatically when you make changes to the document. It will appear as grayed out text unless you active the Header and Footer tool to make changes.

To change the setting so that page numbers do not display on the first page, go to the Format men, drag down to Document, and click on the Layout button. Then check the box next to “Different First Page.” Click OK. If necessary, remove the header that appears on the first page and insert a header on the second page, which will automatically appear on all subsequent pages as well.

SPACING

Document Spacing

Rule: The entire paper should be double-spaced, including the heading and bibliography.

Instructions: Choose “Select All” from the Edit menu, go to the Format menu and drag down to Paragraph, and choose “double” from the “line spacing” menu in the Spacing section. Or you can use these keyboard shortcuts. On a Mac, use Cmd-A to select all and Cmd-2 to double-space. On a PC, use Ctrl-A to select all and Ctrl-2 to double space.

Paragraph Spacing

Rule: Papers should have no extra spacing after paragraphs. This should be the default for Word, but if your default setting is to have 10pt spacing after paragraphs, change your default.

Instructions: Go to the Format menu, drag down to Style, make sure “Normal” is selected from the list of styles, and click “modify.” In the lower left corner, select the dropdown menu that starts with “Format” and drag down to Paragraph. In the paragraph settings menu that pops up, change the settings for Spacing After to 0pt.

CREATE NEW PAGE

Instead of using a lot of returns before starting your bibliography, create a new page for it following these instructions.

Go to the Insert menu, drag down to Break, and then drag over to Page Break.

BLOCKED QUOTATIONS

Rule: If a quotation will exceed four lines within a paragraph, you should separate it out by blocking and indenting it. As with any quotation, a blocked quotation should be clearly introduced by the sentence that leads up to it and it should also be properly cited, but the rules for blocked quotations are somewhat different. The blocking take the place of quotation marks, and unlike in a regular in-paragraph quotation, the parenthetical citation goes outside of the final period instead of inside of it (given that the blocked quote might contain several sentences.)

Instructions: Type the quotation in its own paragraph, without quotation marks, and remove the indent from the first line. Type the source in parentheses after the last period of the last sentence. With your cursor, select the quotation, from the first word to the end of the parenthetical citation, and click the Increase Indent button from the Paragraph Formatting menu.

RESOURCES

MLA Formatting Guidelines for College PapersAPA Formatting Guidelines for College Papers

Monday, November 24, 2014

Untukmu:Mutiara Termahal Islam

...kalaulah yang engkau harapkan dari jalan perjuangan ini hanyalah pujian..mulia di mata dan hati manusia, atau pengaruh dan penguasaan yang engkau idam-idamkan, atau kemenangan ..yang penting menang...apalah bezanya engkau dengan para pejuang keduniaan itu....sedangkan kita ada lah para pejuang yang cintakan akhirat....

تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا ۚ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ 

القصص : ٨٣

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa

Al Qasas : 83

قال رسول الله صلى الله عليه والسلام :
تركت فيكم واعظين ناطقا وصامتا فالناطق القرآن والصامت الموت

رواه أبو بكر البزار

" aku tinggalkan kepada kamu dua pemberi nasihat ..yang bercakap dan yang diam. Maka yang bercakap itu ialah AL QURAN dan yang diam itu ialah MATI".

HR Al Bazzaar

كِتَابٌ أُنزِلَ إِلَيْكَ فَلَا يَكُن فِي صَدْرِكَ حَرَجٌ مِّنْهُ لِتُنذِرَ بِهِ وَذِكْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ ﴿٢﴾  الأعراف 

Ini adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu karenanya, supaya kamu memberi peringatan dengan kitab itu (kepada orang kafir), dan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang beriman.(2)

Al A'raaf : 2

عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ  ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " كَفَى بِالْمَوْتِ وَاعِظًا ، وَكَفَى بِالْيَقِينِ غِنًى ، وَكَفَى بِالْعِبَادَةِ شُغْلا " .

رواه البيهقي

“Cukuplah kematian sebagai penasihat, cukuplah keyakinan sebagai kekayaan dan cukuplah ibadah sebagai kesibukan.”

HR Baihaqi

يقول الإمام الشهيد حسن البنا – رحمه الله :
(إن أعز ما يملك الإخوان ، هو ذلك الجندي المجهول ، الذى يبذل أقصى ما فى جهده ، وينفق أكثر ما فى جيبه ، ويضحي بأغلى وقته . فإذا حضر لم يُعرف ، وإذا غاب لم يُفتقد ، يتعمد البعد عن الشهرة والأضواء ، قليل الكلام كثير العمل ، يؤمن أن له رباً يذكره فى ملأ  هو أفضل من الأرض ومن عليها ، رب يحب من العمل ما كان خالصاً) .
Berkata Imam Syahid Hasan Al-Banna - rahimahullah:
"Sesungguhnya mutiara termahal dimiliki oleh Ikhwan ialah jundi majhul itu (tentera yang tidak dikenali), yang berusaha sehabis kudratnya, yang menginfaqkan melebihi dari apa yang ada di dalam poketnya, yang berkorban dengan waktu paling berharga yang dimilikinya. Kehadirannya tidak diketahui. Ketiadaannya tidak disedari. Dia sengaja menjauhkan diri dari menjadi popular, sedikit cakapnya, banyak amalnya, dia beriman bahawa baginya ada Tuhan yang akan mengingatinya bersama golongan yang lebih afdhal dari bumi dan segala isinya, Tuhan yang suka terhadap amalan selama mana ia dilakukan dengan keikhlasan".

Sunday, November 23, 2014

Manisnya ukhuwah kita



Bismillah
Alhamdulillah dipinjamkan ruang sejenak untuk menulis dan berkongsi keindahan perasaan anugerahNya

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bertapa manisnya ukhuwah yang sedang dikecapi tika ini
Saat pandangan mata bertemu sinaran pandangan berlandaskan kasih Ilahi
Saat itu jualah aku rasakan getaran kasih-sayang daripada Allah melalui perutusan insan-insan solehah yang dihadirkan khusus ke dalam hidupku
Umpama hadiah tidak bersyarat dianugerahkan Tuhan yang esa

Tika senyuman di bibir menyapa
Membuatkan aku sendiri tidak lekang tersenyum melihat kalian
Sekali-sekala terburai satu tawa mesra penuh keakraban
Meraikan tali ukhuwah Ilahi yang semakin utuh saban hari

Uniknya ukhuwah kita
Saat melihat susuk kalian dari kejauhan sahaja membuatkan hati ini berdetak sedamai irama alam nan permai
Berkongsi dengan kalian sedikit cabaran melintasi skrip kehidupan yang mengacah jiwa sahaja membuatkan semua masalah lari bertaburan
Dan yang paling teristimewa
Melihat wajah kalian sahaja membuatkan diri ini ingat pada pencipta kita
Sesungguhnya sahabat, kalian antara motivasi terindah untuk aku terus berlari menuju dakapan rahmat dan redha Ilahi

Ukhtiku permata agama
Ingatkah kalian akan 7 golongan yang mendapat naungan arasy  Allah di akhirat kelak?
Salah satu golongan tersebut ialah mereka yang berkasih sayang kerana Allah
Sahabat seperjuanganku,
Suatu hari kelak, andai kalian tidak melihat aku di syurga Allah, aku pohon dengan sepenuh haty,tanyakan Allah di mana aku tika itu dan tariklah aku bersama menuju ke pintu jannah
Agar kelak kita dapat berjalan beriringan di syurga Allah.s.w.t

Sahabat, biarlah di dunia ini kita berpenat sebentar
Agar di akhirat kelak kita dapat menikmati keindahan berehat di alam kekal

sahabat,
Demi Allah dan Rasul,
Marilah kita bersedia untuk mengorbankan apa sahaja kerana bukankah kita telah berjanji setia mengadakan perdagangan denganNya?
Yang mana Dia membeli semua yang kita ada dengan syurgaNya yang maha indah
Dan adapun kita tidak mengeluarkan apa-apa modal pun sebenarnya
Kerana kita tidak punya apa-apa
Yang kita ada mestinya pinjaman dari Allah cuma

Sahabat,
Sementara di dunia ini
Marilah kita bersama-sama melakukan perkara yang Dia redha.
Tepuk bahuku andai aku terlelap
Kejutkan aku saat aku terlena
Rawati aku andai aku sakit dengan penyakit dunia
Sedangkan dunia ini hanya sementara cuma

Sahabat,kalian anugerah terindah daripada Allah untukku
Terima kasih ya Allah atas kurnianMu
Moga Engkau terus pimpin kami melakukan perkara yang Engkau redha

Sedangkan kami sendiri masih khuatir dan risau andainya Engkau melepaskan sebentar pandanganMu terhadap kami,adakah kami masih mampu meneruskan perjuangan ini?
Kami hanyalah abdiMu yang lemah
Dan Engkau jualah yang mengetahui segalanya

Sirru a'la barakatillah~

Friday, November 21, 2014

Fiqh wanita 1


Art of being women
Kaum ibu yang menjadikan keluarga itu hebat walaupun lelaki ketua keluarga
Guna kelebihan kita dengan cara diredhai Allah
Bab taharah sgt penting
Orang Islam yang baik mementingkan orang lain daripada dirinya,menyayangi orang lain lebih daripada dirinya sendiri
Biar orang lain selesa bersama kita
Jangan pandang remeh perkara-perkara kecil,kerana perkara kecil juga menjadi penilaian Allah
Perkara yang selalu buat akan jadi tabiat,amalkan perkara yang baik-baik
Jaga tubuh badan dan membersihkan badan kita,dah jadi pahala untuk kita
Taharah dari segi bahasa: kebersihan
Dari segi istilah:kebersihan orang yang solat
Boleh solat dengan baju siap solat dengan syarat baju tersebut bersih
Tempat solat bersih.
(Surah mudassir ayat4)
Keputihan adalah najis,tidak boleh dibawa solat pakaian yang melekat keputihan
Guna air mustakmal,xboleh jugak kerana hanya dikira membersihkan bukan menyucikan,solat tidak diterima
Mandi junub,air mesti rata ke seluruh badan
Mandi wajib dengan teliti,bersungguh hati dan tanpa was-was
Kene jaga ambil wuduk,mandi wajib bagi memastikan solat kita sah dan diterima Allah serta tidak tertolak begitu sahaja.
3 kaedah taharah
-wuduk
-mandi
-tayammum
Perbuatan yang dibenci(makruh) ketika berwuduk
-berwuduk di tempat najis
-berbicara sambil berwuduk
-menampar air ke muka ketika membasuhnya, xgosok muka dengan air
Perkara membatalkan wuduk
-keluar sesuatu daripada dua laluan baik depan atau belakang,baik yang biasa keluar atau tidak
Parkara yang membatalkan wuduk tanpa keluar sesuatu
-hilang akal atau ingatan
Contoh:pitam,tidur lena
Lebih baik perbaharui wuduk untuk kes-kes musykil seperti tidur duduk yg dianggap tidak membatalkan wuduk
-menyentuh lelaki atau wanita,bahagian yang ada saraf,kalau yang ada saraf seperti kuku dan rambut dibenarkan(dikecilkan untuk hal suami isteri)
Kawasan rambut yang berada di dalam kawasan muka(pangkal telinga) yang boleh ditarik masuk ke belakang telinga tak wajib dibasuh,tetapi yang tak boleh ditarik wajib dibasuh(anak rambut bahagian telinga yang pendek)

Thursday, November 20, 2014

Kita Adalah Daie

Bismillah
Semoga Allah merahmati setiap huruf yang ditaip,satu demi satu menggunakan jemari kurniaanNya
Semoga dengan bait-bait kata yang bersambung ini mampu menyentuh hati-hati yang dipilihNya untuk sama-sama kembali kepada kebenaran dan melaksanakan kebaikan sesuai dengan syiar agama Islam yang syumul

Sahabat,
Marilah sama-sama kita menyedari hakikat diri sebagai khalifah Allah di muka bumi ini
Kita semua adalah daie,yakni pendakwah yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
Tugas ini adalah wajib untuk setiap muslim yang beriman
Manakan mungkin tanggungjawab sebesar ini hanya disandarkan kepada golongan agamawan semata-mata

Sedarlah duhai daie sekalian
Hari ini kita melihat dunia terlalu sakit dan menderita
Hari ini kita melihat saudara seagama semakin menjauh dari syariat agama
Hari ini kita lihat terlampau banyak penyakit ummat yang timbul
Adakah kita juga ingin menjadi sebahagian kuman yang menularkan virus-virus berbahaya kepada masyarakat?
Tentu sekali tidak duhai sahabat
Kerana apa?
Kerana kita sebenarnya merupakan ejen penyembuh penyakit ummah

Sahabat, andai hari ini kalian tidak menyedari tanggungjawab ini, maka apakah saat kalian mula sedar akan hakikat ini, kalian mula berasa bersalah dan baru terfikir akan ruginya masa muda remaja yang telah kalian habiskan
Bertapa banyak haty dan jiwa yang tidak sempat diselamatkan lantaran kalian tidak prihatin akan masalah ummat
Lantaran kalian tidak menyedari tanggungjawab kalian dalam melaksanakan amar ma'aruf nahi mungkar

Sahabat
Daie itu bukan sekadar nama untuk rancangan realiti tv
Namun daie adalah gelaran untuk kita semua, gelaran untuk orang yang ikhlas menarik mad'u(orang yang didakwah) untuk lebih dekat kepada Allah, yakni mencapai mardhatillah yang menjadi kejayaan terindah setiap mukmin

Andai kita beralasan,

"Aku masih belum sempurna untuk melaksanakan tugas ini"

Maka ingatlah bahawasanya tidak ada seorang pun yang sempurna. Andai ditunggu menjadi sempurna,maka tiadalah usaha dakwah di muka bumi
Bayangkan sahabat
Andai suatu ketika dulu para anbia' dan sahabat tidak sanggup menanggung kesusahan menyebarkan roh Islam,pasti hari ini kita tidak akan sewenang-wenangnya menghirup udara dalam roh islam yang menjadi nikmat terbesar dalam kehidupan ini

Ayuh sahabat
Perluaskan langkah
Kukuhkan kedudukanmu di muka bumi yang sementara ini
Dengan lafas bismillah
Gunakan segala pinjaman Allah untuk melaksanakan tugas ini, yang menjadi antara sunnah terbesar
Maralah daie sekalian
Dengan haty yang ikhlas mengharapkan balasan Allah semata-mata
Aturlah langkahmu
Berentap di medan dakwah
Memulihkan segala permasalahan ummat
Demi melihat Islam kembali bangkit seperti suatu ketika dulu malah lebih daripada dulu
Mudah-mudahan Allah redha
Akan usaha kita menegakkan kalimah tauhid di muka bumi

Wahai haty-haty yang dipilih Allah
Bersatulah
Kerana kita adalah daie

Kembalilah kita kepada firmanNya yang dirakam dalam surah an-Nahlu ayat 125