FIRMAN ALLAH S.W.T.

"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu"

(al-Baqarah, ayat152)

wahai muda-mudi Islam

kalendar saya:)

Monday, January 30, 2012

Munajat - Ustaz Asri Ibrahim


dengarkan alunan dari video ini
hati yang jauh akan menjadi dekat..
titisan air mata keinsafan akan menitis satu per satu
ujilah sama ada hati anda masih hidup atau sebaliknya..
dengarkan ini sebagai baja kepada pepohon keimanan
la tahzan.. innallahhamaana~

Wednesday, January 25, 2012

kompas hati

bumi kita semakin dimamah usia...seiring jua dengan kita....
satu kenyataan atau persoalan?



bismillah...
kenapa kompas hati???
saya pun tak tahu..
tapi entri kali ini sebenarnya ingin menyentuh pasal kejadian terbaru
suara dari langit yang turut berlaku di beberapa dua tempat selain di samarahan baru2 ini
saya bukanlah orang yang arif lagi bijaksana untuk mengulas kejadian ini
tetapi kompas hati saya menunjuj arah untuk berkongsi rasa yang telah dicerna akal

sebenarnya, sudah lama saya terfikir
sedari kecil saya amati keadaan persekitaran tempat kaki  berpijak yang bernama bumi..
hurm...terlalu ingin tahu saya sehingga mencecah usia sekarang juga saya suka menaiki kenderaan semata-mata
ingin melihat suasana persekitaran
belum genap 18 tahun pun sudah serasa lama diri ini meminjam setiap dari ciptaanNya
seperti udara dan lain-lain lagi...

straight to the point...
rasanya sayelah penghutang yang terbanyak
malu rasanya jika hutang2 ini tidak terbalas dengan amalan yang setimpal dengan nikmatNya yang tidak terhitung banyaknya ini

oh..belum straight to the point ke??hehe
rasanya dalam kiraan tahun masihi
masuk tahun ini sudah mencecah 2012 tahun usia bumi
saban tahun kita menyambut tahun baru dengan gembiranya
hingga terleka bumi semakin tua untuk menangung bebannya
hrmm...manusia pulak??
semakin lincah menderannya dengan kepelbagaian ilmu yang dengan lafaz alhamdulillah, jika digunakan ke arah kebaikan.
tapi sebaliknya...


ok...1433HIJRAH..
Itu usia bumi mengikut perkiraan Nabi Muhammad s.a.w berhijrah bersama kaum muhajirin
kalau usia sebenar agak-agaknya berapa ye???
hanya Dia yang maha mengetahui..



kiamat???
itulah modal  kafirin mempermainkan dakwah para nabi suata ketika dahulu
san dengan sewenangnya di akhir zaman ini
mereka meramalkan kiamat 2012..
nauzubillahhiminzalik..

sebagai umat islam di akhir zaman
semoga kita diberi keimanan yang lebih utuh bagi menghadapi sebarang kemungkinan
tiada siapa yang mampu meneka
tapi berpegang teguhlah dengan al-Quran dan as-Sunnah
yang selama mana kita memegangnnya, kita tidak akan sesat selama-lamanya
sentiasalah memohon perlindungan daripadaNya..
dan  marilah kita bersatu hati.
suka saya katakan ini
kerana mengimbau ayat ini membuatkan hati saya tenang dan sentiasa dekat denganNya
"sesungguhnya Allah itu dekat dari urat nadi kita sendiri"

sekian dari hujung pena~




kongsi ilmu :)
Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir
Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)
Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan
Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.
Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.
Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik
Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang
Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya
Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya
Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam
Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.
Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w
Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya
Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Dimanakah kita?
dari tinta:) mari kita imarahkan masjid!!! ayuh pemuda-pemudi??
Sumber: http://www.tranungkite.net/